Debaran semakin kencang. Hari yang ditunggu pasti datang. Jangan biarkan masa yang tersisa terbuang begitu saja. Jom baca dan salin latihan ini. Tenung-tenungkan.
Tema 11: Bab 5: Tingkatan 5
Jelaskan peranan Suruhanjaya Reid dalam
usaha merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
F1 Membincangkan
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
F2 Menyusun
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
F3 Mengkaji
isu-isu sebagai panduan dalam merangka perlembagaan
F4 Menerima
memorandum daripada pelbagai pihak
F5 Menerbitkan
cadangan perlembagaan
F6 Menghantar
cadangan perlembagaan kepada Parlimen British
Apakah isu yang menjadi perhatian
Suruhanjaya Reid dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?
F1 Mengambil
kira kedudukan Raja-Raja Melayu dalam PTM
F2 Hak
istimewa orang Melayu sebagai penduduk peribumi
F3 Mewujudkan
satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
F4 Agama
Islam sebagai agama rasmi PTM
F5 Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Jelaskan isi kandungan perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1957 ?
F1 Pembentukan
sebuah kerajaan persekutuan
F2 Pemisahan
antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri
F3 Institusi
Raja sebagai Raja Berperlembagaan
F4 Kedudukan
istimewa orang Melayu dikekalkan
F5 Agama
Islam sebagai agama rasmi persekutuan
F6 Pentadbiran bersifat demokrasi berparlimen
F7 Parlimen mengandungi Dewan Rakyat dan Dewan Negara
F8 Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan
F9 Perdana Menteri dibantu oleh sebuah kabinet
F10 Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu
F11 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
F12 Kedudukan istimewa Melayu
F13 Tanah Simpanan Melayu
F14 Kerakyatan secara kuatkuasa
undang-undang/Permohonan/Naturalisasi
F15 Prinsip jus soli
F16 Menteri Besar sebagai ketua pentadbiran pada peringkat negeri
F17 MB
dibantu oleh Dewan Undangan Negeri / EXCO
Huraikan kepentingan perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1957.
F1 Pembentukan
sebuah kerajaan demokrasi
F2 Kewujudan
institusi Raja Berperlembagaan
F3 Mewujudkan
perpaduan antara kaum di Tanah Melayu
F4 Memberi
peluang kepada penduduk tempatan mentadbir negara
F5 Mengetepikan
perbezaan agama, warna kulit dan bahasa
Soalan berbentuk KBKK
Sebagai warga negara patriotik,
bagaimanakah anda menyambut hari kemerdekaan negara kita?
F1 Mengibarkan jalur gemilang
F2 Menyertai perbarisan / perarakan hari kemerdekaan
F3 Menyanyi lagu kebangsaan dengan bersemangat
F4 Menyanyikan lagu patriotik
F5 Menonton/menayang filem patriotik
F6 Menganjurkan bulan kemerdekaan
F7 Mengadakan kempen cintai negara
F8 Menghadiri pameran kemerdekaan
F9 Mengadakan lawatan ke mercu tanda negara / tempat bersejarah
F10 Menghasilkan kad lemerdekaan
F11 Mengadakan kuiz kemerdekaan
Bagaimanakah anda mengisi
kemerdekaan negara kita supaya kekal berdaulat?
F1 Hidup bersatu
F2 Menghayati/mempraktikan Rukun Negara
F3 Menghormati undang-undang
F4 Taat setia kepada raja
F5 Memelihara keamanan
F6 Menghargai jasa parajurit
F7 Menghormati pemimpin / raja
F8 Membeli barangan buatan Malaysia
F9 Menyokong dasar kerajaan
F10 Mengambil bahagian dalan acara/program rasmi negara
F11 Mempraktikkan konsep 1 Malaysia
F12 Mematuhi perlembagaan / undang-undang negara
Selamat membuat latihan. Belajar terus belajar. Kejayaan sedang menunggu kalian.
0 comments:
Post a Comment