Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah 1432H

Insyaallah beberapa jam saja lagi kita akan berada dalam zon 1 Muharram 1432 Hijrah. Ini bermakna kita akan memasuki tahun baru mengikut kalender Islam.

Pesanan buat diri sendiri...inilah masanya untuk muhasabah diri menghitung pencapaian sepanjang 1431H yang lalu di samping membuat resolusi bagi meneruskan perjalanan seterusnya.
Apabila tiba tahun baru hijrah teringat lagu hijrah...memang evergreen... seperti lirik di bawah

Tajuk Lirik Lagu: Maal Hijrah

Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan

Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah

Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman







Satu lagi lagu yang memaparkan semangat hijrah. Hayatilah lirik ini.

Penyanyi: In-Team
Tajuk Lirik Lagu: Hijrah Satu Wawasan

   
Setiap insan yang berwawasan
Inginkan perubahan
Untuk mencapai segala impian
Untuk mencipta suatu kejayaan
Yang lebih gemilang
  
Mulakan hijrah dengan niat
 Yang suci dan pasti
 Membina kehidupan harmoni
 Hijrah menuntut pengorbanan kesabaran ketabahan
 Sejahtera hidup aman sentosa
  
C/O
Hijrah satu peralihan
Dalam meniti arus kehidupan
Dari kejahilan kepada kebenaran
Contohilah Rasulullah
 Berhijrah dari Makah ke Madinah
 Demi menegakkan kalimah yang suci
 Hijrah satu perubahan
 Dalam meniti arus kemodenan
 Dari kemunduran kepada kemajuan

 Hindarilah permusuhan
Bersatu padu erat kasih sayang
Demi menjayakan hijrah yang murni







Friday, December 3, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Harapan: semoga roh 1432H dapat memberi perubahan yang positif  khususnya untuk diri ini walaupun sedikit. Lebih kuat, lebih sihat dan sentiasa berfikiran positif. Insyaallah.


Sunday, November 14, 2010

Salam Aidil Adha



17 November 2010. Salam Aidiladha kepada semua sanak saudara, rakan taulan sama ada yang dekat atau yang jauh... Semoga kita mendapat keberkatan hidup dan keampunan daripadaNya. Amin.

Tuesday, November 9, 2010

Memandu-Pandai + Kemahiran

Memandu kereta. Ramai yang tahu memandu.  Malah budak bawah umur pun tahu memandu kereta. Ramai yang mahu memandu. Budak bawah umurpun mahu memandu kereta walaupun belum ada lesen.

Pada alaf ini, memandu kereta adalah sesuatu yang sangat biasa kepada semua orang. Tanpa mengira gender - lelaki atau perempuan. Tanpa mengira usia - muda atau tua. Di jalan kampung, di jalan raya malah di lebuh raya...pemandu terdiri daripada pelbagai usia, keturunan, bangsa dan agama.  Semua tahu memandu.

Tahu memandu sahaja adakah memadai?

Haaaa, pemandu yang hanya tahu memandu tetapi tidak mengaplikasikan pengetahuan pemanduan dan tidak mahir memandu atau mengendalikan kereta inilah yang paling ramai berada di jalan raya.  Golongan inilah yang paling banyak menimbulkan masalah kepada pemandu lain dan akibat daripada kecuaian mereka boleh mengundang kemalangan yang maha dasyat sekaligus meragut banyak nyawa.

Situasi yang paling menyesakkan minda dan perasaan ialah apabila berdepan dengan pemandu yang hanya tahu memandu tetapi tidak menggunakan pengetahuan memandu semasa berada di jalan raya.

Rasanya ramai yang mengalami situasi seperti ini:
  • memandu perlahan di lane laju (kanan)...tidak alert walaupun telah diberikan lampu tinggi...masih selamba dengan kelajuan 50kmj...
  • keluar simpang tidak memberi signal ke kanan atau ke kiri..terus keluar..
  • membrek kereta sebelum memberi signal sama ada untuk keluar simpang atau masuk ke simpang
  • menekan minyak (melincur laju) walaupun lampu trafik telah kuning sehingga menggangu kenderaan dari arah lain
  • tidak memberi laluan kepada kenderaan di sebelah kanan semasa di bulatan
  • memandu terlalu perlahan - 30kmj di jalan raya yang satu lane walaupun bukan di hadapan sekolah atau hospital
  • memberi signal apabila berada di muka simpang...adakah patut?
Semua situasi di atas menambahkan lagi sakit kepala kepada pemandu yang mematuhi peraturan jalan raya..sekaligus menambahkan lagi stres.

Harapan saya kepada semua pemandu khususnya di wilayah ini,
  1. tambahkan pengetahuan tentang pemanduan,
  2. patuhilah peraturan jalan raya yang telah ditetapkan
  3. tambahkan kepekaan terhadap pemandu lain
  4. pandulah secara berhemah dan bertimbangrasa
  5. dan yang paling penting...tingkatkan kemahiran memandu
Permanduan berhemah mengurangkan stres.

Tuesday, November 2, 2010

Menghitung hari

Menghitung hari,
detik demi detik,
masa ku nanti apa ‘kan ada
Jalan cerita,
kisah yang panjang,
menghitung hari.


Ramai yang sedang menghitung hari...atas pelbagai alasan:
  1. Calon SPM menghitung hari menjelang peperiksaan
  2. Pelajar yang lain menghitung hari untuk cuti sekolah
  3. Individu yang lain mungkin sedang menghitung hari untuk bercuti
  4. Ada juga yang sedang menghitung hari untuk mengetahui status permohonan e-tukar
  5. ....weekend yang panjang sempena Deepavali (5-7 Nov)...tapi WP Labuan tak cuti...huhuhu
Hitunglah walau apapun agendanya...yang penting anda bahagia dan bersedia dengan sebarang kemungkinan...

Tuesday, October 19, 2010

Latih Tubi/Pecutan Akhir

34 hari. Cuma 34 hari sahaja lagi menjelang SPM. Kehangatan dan bahang SPM terasa di sana sini.  Masing-masing - guru, dan murid  sibuk mengisi masa yang tersisa ini dengan pelbagai latih tubi yang juga disebut dengan pelbagai nama lain seperi pecutan akhir, tudingan dan yang paling common ialah soalan ramalan. Walau apapun namanya, buatlah sebanyak mana latihan selagi kamu terdaya. Para ibu bapa juga sibuk menghantar dan mengambil anak pergi kelas tambahan, kelas tusyen, kelas bimbingan dan sebagainya.


Kepada calon SPM SMK Pantai, khususnya dan seluruh negara amnya, di laman ini, saya turunkan beberapa rangkaian soalan esei Sejarah SPM tingkatan 4.  Jadikanlah bahan ini sebagai panduan semasa membuat ulangkaji kertas sejarah 1249.

Esei Sejarah Tingkatan 4


Banyakkanlah membaca dan membuat latihan supaya kamu dapat menguasai isi pelajaran seterusnya dapat memberi jawapan yang tepat dalam peperiksaan nanti.  Hanya usaha yang berterusan sahaja akan menjamin kejayaan.  Jangan lupa membaca.

Friday, October 8, 2010

Isu Disiplin - Fesyen Rambut Pelajar

Masalah disipilin pelajar satu perkara yang sering mendapat tempat di media masa. Impak masalah ini tertampar di muka para guru.  Tindakan disiplin yang dikenakan kepada pelajar tertakluk kepada akta pendidikan.

Cuba renung, fikir dan cambahkan fikiran lewat foto di bawah.  Pelenturan disiplin seperti ini kepada siapa jari perlu ditudingkan?


Fesyen Rambut # 1

Fesyen rambut # 2

Fesyen Rambut # 3 
 
Fesyen Rambut # 4


Fesyen Rambut # 5


Tidak perlu 1001 perkataan untuk menerangkan sebab & punca kejadiaan, lihat dan fikirkanlah pelanggaran disiplin ini berlaku.

Bagaimanakah peranan kita sebagai:
  • ibu
  • bapa
  • penjaga
  • ahli keluarga
  • ahli masyarakat
  • jiran
  • ketua kampung
  • PIBG
  • media
  • ....dan guru!

Monday, October 4, 2010

Sejenak...mari fikirkan...

Demam peperiksaan...itulah yang boleh dikatakan untuk sepanjang tempoh dua bulan ini.  Bermula esok, calon-calon PMR seluruh negara akan 'masuk gelanggang' untuk menguji segala ilmu dan kemahiran yang ada yang telah dipelajari selama hampir sembilan tahun di alam persekolahan.


Pelbagai perasaan bersarang di minda. Berdebar, panik, dan 101 macam perasaan lagi.  Perasaan ini bukan sahaja dialami oleh para calon PMR tersebut malah pihak guru dan ibu bapa juga mengalami perasaan yang sama.


Selain kemahiran kognitif, akademik, pada masa inilah kemahiran emosi amat berperanan.  Bagi mereka yang bijak mengawal emosi, perasaan panik akan mudah diatasi.  Sebaliknya, bagi pelajar yang mempunyai emosi kurang stabil akan menghadapi tekanan dan kemurungan yang berlanjutan.  Pelajar yang pandai dan bijak selalunya akan berjaya namun pelajar yang pandai  tetapi tidak bijak akan menghadapi kesukaran apabila berdepan dengan tekanan.


Apapun, semua tekanan emosi, perasaan takut, panik akan dapat diatasi jika persiapan telah dibuat dengan cukup rapi.


Kejayaan boleh digenggam jika ramuan ini ada dicampurkan bersama doa. Ramuan itu terdiri daripada:








Semua bahan ini perlulah diadun dan dicanai dengan baik dan penuh cermat. Selepas itu dihisai pula dengan doa dan tawakal.  Insyaalah kejayaan itu pasti menjadi milik kita.


Kepada semua calon PMR SMKP, selamat menduduki peperiksaan PMR. Buatlah yang terbaik. Cg juga mendoakan yang terbaik buat kalian.  Doa dan restu ini juga ditujukan kepada semua calon PMR seluruh negara.  Andalah modal insan dan aset yang sangat bermakna buat negara dalam menjayakan Misi Nasional.

Sunday, October 3, 2010

Peperiksaan Percubaan SPM#2

Kepada semua murid SMKP yang menduduki Peperiksaan Percubaan #2 kertas 1249 - Sejarah SPM pada 5 Oktober 2010, cg ucapkan Selamat Menjawab dan





Kejayaan tidak datang bergolek. Kejayaan pasti dapat dicapai apabila kita mengusahakannya. Perkara yang paling penting ialah usaha, tekun dan tabah dalam menghadapinya. Jangan cepat bosan. Tidak juga cepat menyerah kalah. Inilah perjuangan.  Dalam berjuang memang banyak cabaran.  berusahalah dengan sepenuh jiwa dan tumpukan perhatian.  Keyajaan pasti ada di sana.

Tuesday, September 28, 2010

Tajam Minda @ SPM 2010

Bekalan buat semua calon SPM SMK Pantai untuk menghadapi prafasa terakhir dalam membuat ulangkaji kertas 1249-Sejarah SPM 2010.
Dalam menghadapi saat-saat penghujung waktu sebelum menduduki Percubaan ke-2, di sini saya kemukakan tema dan bab yang perlu diberi fokus semasa membuat ulangkaji kertas 1249/2.



Tema 7 : Bab 1 - Tamadun Awal



1. a)  Jelaskan tentang tamadun Indus daripada aspek
         i.  lokasi
        ii.  proses pembentukan
       iii.  organisasi sosial
       iv.  ekonomi


     b) Jelaskan sumbangan tamadun Indus daripada aspek 
          i. bandar terancang         

         ii. sifat keterbukaan
        iii. kreativiti masyarakat .
 




Thursday, September 16, 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri

Hari ni cuti umum...Cuti Hari Malaysia..16 September 2010...ada empat jemputan rumah terbuka hari raya...sempat tunaikan dua jemputan sahaja. Alhamdulillah...terima kasih atas jemputan... Pada zaman melenium ni, amalan rumah terbuka sempena hari raya sudah menjadi satu ikutan yang diamalkan oleh semua kaum di Malaysia. Malah boleh dikategorikan sebagai budaya..satu perlakuan yang menjadi amalan masyarakat. Hari raya memang sinonim dengan rumah terbuka. Hal ini menjadi topik perbualan hangat menjelang hari raya, selain daripada topik juadah yang nak dihidangkan, baju raya, langsir raya, pinggan mangkuk raya, perabut raya yang memang semestinya tersenarai dalam tajuk perbualan walaupun bulan ramadan belum menjenguk tiba... Hal ini sangat berbeza dengan situasi pada zaman saya kecil dulu...hari raya memang telah diketahui umum sebagai hari untuk kunjung mengunjungi, untuk bertandang atau hari rumah terbuka... tak perlu tetapkan tarikh bila dan di mana? Menu apa nak dihidangkan? Siapa jemputan... Semua tu tak perlu... Menjelang saja malam raya, dah ada tetamu yang datang, tuan rumah dah bersedia dengan hidangan ringan...malam takbir...rombongan takbir akan datang dari rumah ke rumah bertakbir membawa ke pukul satu hingga dua pagi... Semasa arwah nenek masih ada, setiap pagi hari raya pertama, selepas sembahyang sunat hari raya, pasti ada tetamu yang singgah khususnya saudara mara (lelaki) datang bertandang untuk bertanya khabar nenek sambil meraikan hari raya. Meriah...mula jam 10 pagi hingga ke petang pula kanak-kanak datang bertandang...datang dari pelbagai kampung...ada yang berjalan kaki, berbasikal dan ada juga yang bermotor...ada juga dalam kalangan mereka yang tidak dikenali...tetap dilayan dan dijemput masuk...pintu rumah sentiasa terbuka...hidangan pula memang telah disediakan. Hari raya pertama, tetamu dijamu dengan hidangan utama ketupat, rendang, lemang...wajib ada. Memang meriah...tak menang tangan layan kanak-kanak...ditambah lagi dengan saudara mara yang datang...penat tetapi puas...gembira...masa tu tak de pula rasa takut nak beraya...takut pencuri, takut diculik, atau takut kedatangan tidak diterima... Hari raya hari bergembira... Namun suasana ini hampir tidak menjadi amalan pada hari ini. Kanak-kanak tidak lagi beraya bersama-sama rakan...Mereka lebih rela menghabiskan masa di depan TV, PS atau pegi ke CC. Selain itu, mereka akan beraya bersama-sama ibu bapa. Faktor keselamatan mungkin merupakan satu faktor yang menyebabkan ibu bapa tidak 'berani' membenarkan anak-anak dalam usia kanak-kanak untuk berjalan sendiri... Kes rompak, culik, bunuh yang berleluasa dewasa ini turut menjejaskan kemeriahan sambutan hari raya yang tradisional...

KEMBALI KE SEKOLAH

Setelah hampir dua minggu bercuti termasuk cuti hari raya, esok kebanyakan sekolah di wilayah ini (WP Labuan) akan mula beroperasi semula. Mood cuti masih ada...tambahan pula hari ini cuti umum - cuti Hari Malaysia...ramai yang ambil kesempatan buat rumah terbuka...maka mood hari raya itu lebih tebal berbanding mood nak gi sekolah esok...ermmmmmm. Walau bagaimanapun... esok - sekolah tetap sekolah. Persiapan perlu dibuat. Mana-mana homeworks yang belum selesai, perlu diselesaikan. Ini satu amanah, satu tanggungjawab. Lupakan seketika FB, kuih raya, rumah terbuka: semak dulu senarai tugasan yang belum selesai. Kepada murid-murid cikgu khususnya di SMKP, sila semak senarai ini...
  • uniform sekolah sudah dibasuh
  • kasut sudah dicuci
  • stokin sudah dicuci
  • rambut sudah digunting kemas (murid lelaki)
  • rambut sudah diwarnakan hitam semua
  • baju dan seluar sekolah ikut spesifikasi yang ditetapkan
  • anak tudung (perempuan sahaja)
  • homeworks sudah disiapkan
  • jadual waktu pembelajaran

dan yang paling penting MINDA, HATI dan PERASAAN perlulah disediakan SEPENUHNYA untuk menghadapi persekolahan esok. Hal ini sangat PENTING agar semua perkara yang disenaraikan di atas dapat dilaksanakan dengan sempurna. Jika semuanya telah dilaksanakan maka perkataan TERLUPA, dan TERTINGGAL tidak akan dijadikan alasan bela diri.

Berita Harian Online | 16 September pelengkap kemerdekaan

Berita Harian Online 16 September pelengkap kemerdekaan

Thursday, September 9, 2010

Raya di Perantauan

Waktu dan tika ini tentu emak di kampung sibuk menyiapkan juadah hari raya... memang tak menang tangan dia... masak rendang (rendang itik - special raya tahun ni)), rebus ketupat, kuah kacang, sup tulang...lemang dah siap dibakar pada petang tadi... Norazni, Norazlida , Norkhazimah, Norlizawati, & Nazrul Azwan....bestnya dapat berkumpul sambil makan rendang itik... Norkamizah pula selamat beraya di Besut, Ganu... Tahun ni, saya beraya kat Labuan jer... ok juga... Selamat menyambut hari raya... walau di mana juga kita meraikannya... yang penting ciptakan suasana hari raya...meriahnya tetap terasa... Namun dalam kemeriahan itu, syahdu tetap menusuk-nusuk di lubuk jiwa terutama apabila mendengar suara takbir mendayu-dayu dari surau perumahan ini... Sabar dan tenanglah jiwa...

Monday, September 6, 2010

Salam Aidilfitri

Salam aidilfitri untuk sanak saudara, sahabat taulan, jiran tetangga, muslimin & muslimat walau di mana jua anda berada...

Saturday, August 28, 2010

Nuzul Al-Quran

27 Osos 2010 bersamaan 17 Ramadan 1431

Sunday, July 4, 2010

Dia datang lagi!

Siapa yang datang? Mana? Bulan Julai datang lagi! Apa relevannya? Tunggu...nanti saya perihalkan.

Sunday, June 27, 2010

Sedia Bersedia

Jun - Julai 2010. Bersedialah untuk sediakan kekuatan: 1. Fizikal 2. Semangat 3. Minda 4. Kesabaran Mengapa perlu sediakan semua ini? Ha...senarai semak untuk aktiviti Jun -Julai telah tersedia untuk dilangsaikan... Selepas berlangsungnya Hari Koperasi SMKPantai 2010 tadi... bolehlah menarik nafas lega..tarik perlahan-lahan... tahan...hempus perlahan-lahan.. Fuhh...lega. Lega...ermmm...belum lega lagi... Sila telitikan aktiviti Jun-Julai.. 1. Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 2. Lawatan & perasmian sekolah oleh TPM merangkap menteri pelajaran 3. Pidato PNB 4. Kelas Tambahan 5. Percubaan PMR 6. Mesyuarat Pengurusan 7. Mesyuarat PIBG Bukan nak merungut atau menghebahkan tugas yang perlu dibuat. Sekadar berkongsi rasa.

Saturday, June 26, 2010

Hari Koperasi SMK Pantai 2010

Minggu pertama selepas cuti yang agak panjang.. tiga minggu. Minggu ni memang minggu yang paling sibuk bagi warga SMK Pantai. Antara senarai tugas yang perlu dilunaskan: 1. Key-in markah peperiksaan pertengahan tahun 2. Membuat pelan tindakan untuk penilaian NKRA 3. Membuat persiapan menjelang Hari Koperasi Sekolah 2010 Kesibukan ini berganda dirasakan khususnya oleh individu yang terlibat secara langsung dengan Hari Koperasi 2010 yang julung kali diadakan pada tahun ini. Pelbagai acara telah diatur bagi memeriahkan lagi hari tersebut. Selain daripada gerai makanan, minuman yang sememangnya gerai wajib dalam setiap program seperti ini, ada pelbagai lagi gerai yang dibuka seperti gerai permainan, gerai pakaian, gerai bundle, car wash, jamming dan karaoke, malah yang istimewanya, pada hari tersebut juga akan diadakan pameran kereta. Gandingan guru dan murid, masing-masing sibuk menyiapkan keperluan untuk program pada hari tersebut. Sebulan yang lalu, dalam keriuhan dan kemeriahan itu, aku teruja juga untuk turut sama menggempakkan lagi program tersebut. Nak beli gerai, tapi nak jual apa? Nak jual makanan, tak berapa ada skill memasak...leceh juga.. Fikir punya fikir, nak jual bundle pakaian terpakai. Tak susah nak dapat barang... kat dalam almari baju lama banyak.. bolehla...campur dengan barang rakan kongsi...stok tak jadi masalah.. Muktamad...habis fikir... jual barang bundle.. Ermmm...ada ke permintaan? Ada ke orang nak beli? Ada ke? Boleh ke?.. itulah antara soalan-soalan yang menerjah fikiran. Hari ni, hampir 80% persiapan telah dibuat. Stok bundle...ada (masih kurang), penyangkut baju...ada, sepit baju..ada... Ermmm...apa lagi ye? Penyidai baju..ada (dua).. Macam dah cukup.. Apa-apapun, tunggu je la hari esok.. Jumpa di sana... 27 Jun 2010 - jam 7.30 pagi hingga 4 petang. Jangan lupa singgah di Bundle Corner.

Sunday, June 20, 2010

Cabaran Masa Cuti.

Setelah tiga minggu bercuti, esok tibalah masanya untuk meneruskan sesi persekolahan semester kedua 2010. Terasa seperti baru semalam je cuti. Peluang cuti ini memang sangat dinanti-nantikan. Macam-macam perancangan yang dibuat untuk mengisi masa cuti ini. Bagi perantau seperti aku, yang tinggal berjauhan dengan induk keluarga, jadi masa cuti ini memang sangat berharga dan perlu dipenuhi dengan sebaik mungkin! Masa cuti inilah nak pulang ke kampung. Menjenguk sanak keluarga. Mengeratkan silaturahim. Masa cuti ini juga sibuk memenuhi undangan: majlis pertunangan, majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran. Setiap minggu. Masa cuti ini juga nak digunakan untuk membuat tinjauan di shopping malls. Godaan jualan tengah tahun sungguh menggoda. Seperti aku yang tinggal di pulau ini, apabila berpeluang pulang ke kampung, singgah pula di kota kosmopolitan KL, gamitan dan godaan malls ini sangat mengujakan. Melangkah je di dalam shopping malls itu, terasa seakan tak cukup masa nak melihat, membelek dan membeli (jika berkenan) barangan yang didagangkan. Urut je dada. RM, RM, RM.... Bagiku, walaupun di atas kertas tercatat cuti selama tiga minggu, tapi hakikatnya bukanlah tiga minggu solid dan total. Cuti bukan sebarang cuti. Cuti ini dibekalkan dengan tugasan yang perlu dibereskan. Jadi, perlu pandai merancang dan membahagi masa untuk melunaskan kerja yang dibekalkan. Tepuk dada tanya selera. Hal ini perlukan kekuatan. Kekuatan mental dan fizikal tentunya. Dewasa ini senario persekitaran dipengaruhi dunia siber hari ini memang besar cabaran yang perlu dihadapi. Kemajuan dan kemudahan akses internet merupakan cabaran yang sangat besar terhadap kemahuan melunaskan tugasan yang sedia ada. Terasa masa sangat singkat dan jarum jam sangat cepat berputar. Saat bertukar minit bertukar jam. Pagi bertukar tengahari bertukar petang berganti malam..Malam bertukar menjadi pagi. Bertukar sudah haribulan. Cepatnya. Sungguh pabila melayari alam siber, satu jam umpama satu minit sahaja. Masa terus berlalu. Kerja di alam nyata belum usai lagi. Tunggulah dulu, lima minit saja lagi. Tit, tot, tit, tot..bukan lima minit lagi. Dah hampir lima jam..belum terasa lama. Itulah penangan alam siber ini. Ya, satu cabaran yang perlukan kekuatan mental untuk menghadapinya. Namun hal yang bertentangan berlalu pabila aku mengadap tugasan ini. Terasa jarum jam sangat malas nak berlalu.. Baru satu muka surat..terasa lama sudah aku menatapnya..Bosanpun menjelma. Kebosanan ini semakin menebal pabila terpaksa berhadapan dengan jawapan yang tidak memenuhi skema, teknik menjawab yang tidak betul dan ditambah lagi dengan bentuk tulisan yang sangat 'seni' sehingga sukar untuk dibaca! Tapi inilah cabarannya!

Thursday, June 10, 2010

Kumpul Kekuatan...Hari ke-2

10 Jun 2010...mengumpul baki kekuatan dan kesunguhan kelmarin disaring menjadi misi hari ini. Misi: MESTI siap semua skrip. Lebih kurang 42 skrip. 6.45 pagi dah bersiap-siap di meja makan bersama 42 skrip, sebatang pen merah dan peraturan pemarkahan. Fikiran bercelaru antara surfing dengan skrip. Surfing...games...FV, CW..sungguh mengoda. Mampu mencairkan misi. Oooo tidak...ingat esok 11 Jun 2010... desa permai melambai-lambai...semua kerja ini mesti dibereskan. Baru aman jiwa dalam percutian. Kekuatan mental, semangat dan keazaman dicanai, diadun dan digenggam agar misi menjadi kenyataan. Jangan fikirkan keseronokan hari ini...bisik hati terhadap minda... Minda terus mengarahkan tangan dan mata untuk terus memegang dan menatap skrip demi skrip... Minda terus memahami isi-isi yang diberi.. aduh! lain yang ditanya lain pula yang dijawab.. Ni sah tak buat membaca apatah lagi membuat ulangkaji. Bukan nak menuduh, tapi dari cara jawapan yang diberi, dia memang takde bahan/isi yang hendak ditulus. Kuatkan semangat. Biarlah. Jangan emo. Nanti skrip yang lain tak tertanda. Tangan terus mencapai skrip yang seterusnya. Aduh...toing! toing! toing!...sudah banyak kali diberitahu...jawapan mesti ditulis dalam bentuk ayat yang berperanggan atau esei untuk soalan esei! Mengapalah dia tulis dalam bentuk poin-point dan bernombor. Adakah dia lupa?, terlalu cemas semasa menjawab?, tidak tahu? atau tak ambil peduli? Tulis je la.. Alahai... Sabar...sabar...sabar. Jangan emo. Kontrol emosi tu. Teruskan. Jika terlalu banyak fikir nanti tak siap pula kerja ni dan misi tak tercapai. 8.45 pagi... ahaaa...22 skrip dah siap...selesai. Jawapan tak panjang dan tak berbelit dan ada lima skrip yang tidak dijawab sepenuhnya. Dalam situasi ini, aku sedikit kecewa. Dah hampir lima bulan belajar. Bab dan tajuk yang disoal semua dah dipelajari dan telah diberi penekanan semasa P&P. Hari ini, hasil daripada jawapan yang diberi, perkara yang telah dipelajari macam tak pernah dipelajari langsung... memang kecewa. Macam hilang semangat nak teruskan penandaan. Sabar...sabar... kuatkan semangat. Jangan emo. Masih ada 20 skrip lagi. Mungkin yang ini boleh melegakan perasaan.. Rehat dulu. Tarik nafas. Kumpul kekuatan. Himpun semangat. Bancuh satu mug nescafe...cicah roti dalam nescafe. Huu... sedapnya. Setengah jam dah berlalu. Jangan bertangguh lagi. Tarik nafas. Kumpul kekuatan. Himpun semangat. Teruskan. 20 skrip di depan mata. Perjuangan diteruskan. Kesungguhan menghasilkan kejayaan. Kejayaan memerlukan kekuatan...mental tentunya... Kekuatan datang dariNya..

Kumpul Kekuatan...Hari 1

Selepas hampir 10 hari cuti berlalu, aku seakan tiada mood....ermmm bukan seakan..memang tidak ada mood untuk meneruskan kerja-kerja yang tertangguh khususnya dalam melunaskan kerja-kerja penandaan kertas jawapan murid-murid. Pendek kata...malas yang teramat. Jangankan nak semak, nak tengok kertas pun, malasnya hanya Allah yang tau.. 9.00 pagi... selepas membelek-belek majalah lama... mataku terpandang pada kalender di meja TV... 9 Jun 2010. Haaaa dah 9 haribulan...tanganku menghitung-hitung... Ooppppps 11 Jun lagi 2 hari... alamak....apa-apapun...menjelang 11 Jun semua kerja ini mesti diselesaikan...itu misi yang perlu dicapai...MESTI. Apa lagi, kaki ku bergegas ke bilik untuk mencari sesuatu...mana pula aku letak ni...masih dalam kereta? Tidak. Aku yakin dah bawa masuk dan simpan di sini. Cari, cari... Haa.. tu dia, terselit di antara beg pakaian yang lebih besar... Barang yang ku cari...beg yang berisi kertas jawapan itu, lantas ku ambil beg itu..ku pegang, ku belek-belek, ku buka sehelai demi sehelai... Nah, kekuatan oh kekuatan datanglah dalam diri...11 Jun...kampung melambai-lambai...KL...shopping mall..Pavillion... rojak mamak... Ya Rabbi, berikan aku kekuatan dan kesungguhan dalam menyelesaikan tugasan ini... Semangat oooo semangat, Kekuatan minda dan keinginan, Datanglah, marilah bersama ku untuk menjayakan misi ini.. Belum lengkap lagi...mana pula ...penting ni.. walaupun kecil...tapi saat-saat begini sangat bernilai...cari-cari.. dalam handbag..tak de...tertinggallah tu..dalam pencil case... ada, 2 lagi..conteng..conteng...ok..berfungsi... pen merah.. Misi bermula...9.20 pagi... TV off...CD off...Internet off...hanya bunyi deruan kipas...sebatang pen merah...20 skrip...subjektif...dengan lafaz Bismilllahirrahmannirahim...misi dimulakan... Ya Rahman Ya Rahim...tetapkanlah pendirianku...permudahkanlah aku menjayakan misi ini... Semak...tanda...semak...tanda... irama dan lagu perut dah berbunyi....pedih...sendawa....angin... baru teringat aku belum menjamah apa-apapun makanan tadi.. hanya minum satu mug nescafe... Nak berhenti....tak boleh...misi belum tercapai. Berhentilah... Tak nak..teruskan.. Kejap je... Ok la...take 5... minum dan makan roti... Cukup masa ke? Cukup. Make it faster... Sambung semula...semak...tanda...semak...tanda... Selesai juga.....1.30 petang... 4 jam 10 minit... 20 skrip selesai......misi tercapai. Misi kedua menyusul kemudian...42 skrip lagi... Kesungguhan menghasilkan kejayaan. Kejayaan memerlukan kekuatan...mental tentunya... Kekuatan datang dariNya..

Tuesday, June 8, 2010

Cuti...santai tambah ilmu....

Cuti untuk rehat....betul-betul dapat rehat...minda, fizikal dan spiritual...tak nak fikir pasal kerja..rehat dulu... Take a break. Jadi masa cuti masa banyak dihabiskan dengan mengadap laptop...selain layan FB sambil menggunakan aplikasi yang popular dalam kalangan ahli FB seperti FV, CW etc., sempat juga aku meneroka beberapa laman sesawang...baca berita dari pelbagai side...government, opposite, atas pagar...web fesyen...recipe...home deko...malah web fiction seperti short story, poem, ghost story semua aku baca...oooo..terasa betul-betul santai...

Siapa kata cuti ni boring...banyak aktiviti boleh dibuat sebenarnya..

Semasa dalam pencarian dan menyaring bahan-bahan yang hendak dibaca, aku tertarik dengan sajak di bawah..tidak tahu siapa penulisnya...gaya penulisan biasa sahaja... tapi mempunyai maksud yang amat mendalam.

Dalam dunia materi hari ini, seolah-oleh tiada lagi nilai persahabatan seperti yang dimiliki oleh Hang 5 Bersaudara... Jika nilai persabahatan dalam sajak ini dapat dipahatkan dalam jiwa setiap manusia ...alangkah harmoninya hidup ini...

marilah hayati sajak ini..

A true friend never walks away.

A true friend looks out for you.

A true friend will always stay.

A true friend will guard your secrets

like a precious gift.

A true friend is there for you, t

o give you a helpful lift.

A true friend tries to make you smile,

tries to replace that frown.

They may not always succeed,

but they rarely let you down.

These arms for you are open,

this heart of mine does care

and when I think you need me...

I'll try to always be there.

I'll listen to your fears,

I promise not to laugh,

comfort your falling tears,

I'll make this friendship last.

I'll keep you close to my heart,

I'll always hold you dear,

even when we're miles apart,

even when you're here.

I hope I am to you

everything you are to me.

For the friendship we have

is a special one indeed.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah