Monday, October 4, 2010

Sejenak...mari fikirkan...

Demam peperiksaan...itulah yang boleh dikatakan untuk sepanjang tempoh dua bulan ini.  Bermula esok, calon-calon PMR seluruh negara akan 'masuk gelanggang' untuk menguji segala ilmu dan kemahiran yang ada yang telah dipelajari selama hampir sembilan tahun di alam persekolahan.


Pelbagai perasaan bersarang di minda. Berdebar, panik, dan 101 macam perasaan lagi.  Perasaan ini bukan sahaja dialami oleh para calon PMR tersebut malah pihak guru dan ibu bapa juga mengalami perasaan yang sama.


Selain kemahiran kognitif, akademik, pada masa inilah kemahiran emosi amat berperanan.  Bagi mereka yang bijak mengawal emosi, perasaan panik akan mudah diatasi.  Sebaliknya, bagi pelajar yang mempunyai emosi kurang stabil akan menghadapi tekanan dan kemurungan yang berlanjutan.  Pelajar yang pandai dan bijak selalunya akan berjaya namun pelajar yang pandai  tetapi tidak bijak akan menghadapi kesukaran apabila berdepan dengan tekanan.


Apapun, semua tekanan emosi, perasaan takut, panik akan dapat diatasi jika persiapan telah dibuat dengan cukup rapi.


Kejayaan boleh digenggam jika ramuan ini ada dicampurkan bersama doa. Ramuan itu terdiri daripada:








Semua bahan ini perlulah diadun dan dicanai dengan baik dan penuh cermat. Selepas itu dihisai pula dengan doa dan tawakal.  Insyaalah kejayaan itu pasti menjadi milik kita.


Kepada semua calon PMR SMKP, selamat menduduki peperiksaan PMR. Buatlah yang terbaik. Cg juga mendoakan yang terbaik buat kalian.  Doa dan restu ini juga ditujukan kepada semua calon PMR seluruh negara.  Andalah modal insan dan aset yang sangat bermakna buat negara dalam menjayakan Misi Nasional.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah