Monday, December 31, 2012

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan




CATATAN KEMBARA


20-23 Disember 2012
KL-JAKARTA-BOGOR-PUNCAK-BANDUNG-JAKARTA-KL


Hari Pertama:

Bergambar bersama sebelum memulakan perjalanan. 2/3 daripada anggota rombongan.
KLIA - KL

SHIA -Jakarta
 Tiba dengan selamat di Lapangan terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta - Jakarta

Papan tanda yang menarik perhatian

Salah satu mercu tanda di SHIA
bersambung...

Selamat Datang 2013


Semoga kedatangan 2013 
membawa lebih kebahagian 
kepada saya 
dan 
anda. 

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H




Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Sejahtera,



Hari ini merupakan hari terakhir mengikut kalendar Islam.  29 Zulhijjah 1433H.  Dalam beberapa jam sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun ini dan akan berdepan dengan segala macam  agenda dan cabaran tahun 1434H.

Nampak sahaja logo ini, teringat sambutan Maal Hijrah,
dan teringat juga pada lagu tema Maal Hijrah.
Lirik lagu tema ada disertakan di bahagian bawah 

Justeru itu, dalam kita menghitung detik itu, marilah kita hitungkan juga segala amal kebajikan yang telah kita lakukan sepanjang tahun ini. Di samping itu hitungkan juga segala keburukan dan kekurangan dalam perbuatan, perkataan dan amalan yang telah kita buat. 


"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"
Begitulah bunyi tema sambutan Maal Hijrah tahun ini.


Bagaimanakah kalian menyambut tahun baru hijrah ini? 


Marilah kita hayati lirik lagu ini untuk kita memahami dan menjiwai erti penghijrahan itu.


Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan

Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah

Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman


Semoga segala usaha perjuangan kita diberkati Allah.


Tuesday, November 13, 2012

Selamat Menyambut Hari Deepavali 2012


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 

Selamat Hari Deepavali 2012  

kepada semua rakan dan kenalan 
yang meraikannya

yang disambut pada hari ini 
- 13 November 2012 - 
Selasa 
Semoga kehadiran Pesta Cahaya ini akan membawa kebahagian dan keceriaan buat anda semua.

Monday, November 12, 2012

Selamat Bercuti







Selamat bercuti.  Selamat balik kampung.
Gunakanlah masa cuti ini dengan penuh bermanfaat. Elakkan terlibat dalam perkara-perkara yang boleh mejejaskan keselamatan diri, nama baik keluarga dan sekolah.

Thursday, November 1, 2012

Pengaruh Hindu-Buddha di Asia Tenggara



Tenungan Akhir 2012

SEJARAH SPM



BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

Pengaruh Agama Hindu /Buddha Dalam Kerajaan Awal.

a) Proses permulaan kedatangan pengaruh Hindu/Buddha.

  1. Peranan Ksyatria atau tentera – melalui penaklukan.
  2. Peranan pedagang atau Vaisya.
  3. Peranan Brahmin atau pendeta.
  4. Penyesuaian budaya India yang menarik sahaja dengan budaya tempatan berlaku, buktinya arca bercirikan Asia Tenggara di Srivijaya – ikatan tali kulit harimau hanya ada di Srivijaya.
  5. Aspek Hindu/Buddha yang diambil berbeza antara seoang pemerintah di Asia tenggara dengan pemerintah Asia Tenggara yang lain – di Kedah Tua (Buddha), Dieng di Indonesia (Hindu), Pulau Bangka (Hindu mazhab Vishnu).
  6. Pengaruh Hindu/Buddha berlaku serentak dengan hubungan perdagangan, apabila Rom menghentikan perdagangan emas ke India maka India beralih mendapat emas di Asia Tenggara.


b) Pengaruh Hindu/Buddha dalam sistem pemerintahan.

  1. Gelaran raja bermula selepas kedatangan pengaruh sistem beraja India. Di bawah raja ialah kerabat diraja dan pembesar termasuk ahli agama seperti Brahmin. Selepas itu rakyat dan hamba (bawah sekali).
  2. Raja berkuasa mutlak dalam semua hal, perintahnya menjadi undang – undang, menentangnya dianggap derhaka. Walau bagaimanapun raja harus adil kepada golongan diperintah.
  3. Rakyat takut derhaka maca muncul konsep dewa-raja yang mempuntai sakti. Unsure mitos dan lagenda digunakan untuk memperkuatkan kedudukan pemerintahannya.
  4. Upacara pertabalan dipimpin oleh Brahmin bertujuan membezakan kedudukan raja daripada golongan diperintah.
  5. Raja yang terpengaruh sistem Buddha/Hindu membina kompleks kota yang melambangkan alam semesta (orde kosmos). Negara dianggap alam semesta, raja dan ibu kota ialah pusat alam (pusat pemerintahan), maka raja perlu mengatur kesejahteraan negara dan rakyat (alam semesta).


c) Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Angkor.

  1. Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavaram II.
  2. Raja dianggap raja dewa.
  3. Raja dibantu pembesar atau gabenor di daerah.
  4. Brahmin pula berperanan dalam upacara agama.
  5. Raja juga dibantu oleh pembesar dikalangan pegawai tentera dan hakim.



d) Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Srivijaya.

  1. Pengaruh yang muncul ialah agama Buddha Mahayana.
  2. Raja dibantu pentadbiran pusat dan daerah.
  3. Pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra. Seorang daripada mereka bakal menggantikan raja kecuali raja putra kerana beliau anak gundik.
  4. Di bawah anak raja ialah ketua pentadbiran pusat (parvanda atau senapati), seterusnya pegawai lain seperti haim, temenggung dan penghulu.
  5. Kedudukan hamba terletak paling bawah sekali.
  6. Pentadbiran daerah ditadbir oleh Datu (dilantik raja) dan bhupati (orang-orang kaya).
  7. Datu perlu bersumpah taat setia di Telaga batu Palembang, berdasarkan bukti jumpaan batu bersurat di situ.


e) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian monumen.

  1. Monumen ialah binaan/bangunan daripada batu untuk memperingati orang ternama atau peristiwa penting seperti candi/kuil, wat/stupa, arca dan patung.
  2. Candi – berperanan sebagai rumah ibadat, menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya, menyimpan patung dewa utama dan lambing kehebatan raja.
  3. Angkor wat dan Borobudur melambangkan order kosmos.
  4. Rumah ibadat di Thailand, Kemboja, Vietnam disebut wat, tetapi di Burma disebut stupa, di Indonesia disebut candi.
  5. Candi Dieng dan Prambanan di Indonesia untuk agama Hindu, tetapi candi seperti Chaiya dan Yarang di Thailand untuk agama Buddha.
  6. Patung Hindu seperti patung dewa Siva, Brahma, Durga.
  7. Patung Buddha seperti patung Avalokitesvara.
  8. Candi dan patung di Asia Tenggara hasil campuran gaya tempatan dan India. Antara pengaruh India tersebut ialah patung zaman Dinasti Gupta.

 f) Pengaruh Hindu dalam kesenian Angkor Wat.

  1. Angkor Wat dibina di siem Reap untuk agama Hindu.
  2. Candi ini mempunyai tempat pemujaan, menara, tembok.
  3. Ia juga mempunyai ukiran Ramayana dan Mahabrata.


g) Pengaruh Buddha dalam kesenian Borobudur.

  1. Candi di Jawa Tengah ini untuk agama Buddha Mahayana.
  2. Ia mempunyai 3 tingkat iaitu sila, samadhi dan panna, setiap tingkat dwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.
  3. Di tingkat pertama diukir cerita Gautama Buddha.


h) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian candi Lembah Bujang.

  1. Candi Lembah Bujang terdapat di Bukit Batu Pahat Pendiat dan Pangkalan Bujang.
  2. Candi Hindu – terbahagi 2 iaitu Vimana ( bahagian suci tempat arca keagamaan ) dan Mandapa ( bahagian luar).
  3. Candi Buddha – memiliki pelan jenis cruciform.



Monday, October 29, 2012

Soalan Objektif 1249/1

Assalamualaikum semua.

Kepada calon SPM 2012, dah penat ke membuat ulangkaji? Rehat seketika.  Tarik nafas, hembus nafas... biarkan oksigen mengalir ke otak dengan tenang...dan memberi tenaga baru.


Mari, mari kita uji ingatan dengan soalan yang mudah ini...



1         Dalam tamadun  awal manusia raja mendakwa dirinya 
           sebagai wakil Tuhan.
           Mengapa?
      
A    Mendapat pengiktirafan
B    Mengukuhkan kedudukan
C    Melicinkan pentadbiran
D    Menguasai ekonomi

2      Apakah bukti kewujudan hubungan perdagangan antara 
        kawasan petempatan awal di Asia Tenggara?

A    Tembikar mengisi air
B    Manik-manik hiasan
C    Seni arca Amarawati
D    Gendang gangsa Dongsong 




3      Dialog berikut berlaku pada Zaman Jahiliah.

            Umar : Ali memenuhi semua syarat menjadi Syeikh
             Daud : Kalau begitu kita lantik beliau menjadi Syeikh

        Apakah syarat kelayakan tersebut ?

  I      Kaya
  II     Paling tua
  III   Pandai berpidato
  IV   Berfikiran matang

  A    I dan II 
        B    I dan IV
        C    II dan III
        D    III dan IV



4     Bagaimanakah Piagam Madinah menjamin keadilan sistem 
       ekonomi antara kaum?
     
       I    Mengenakan cukai jizyah
       II   Melarang pengambilan riba
       III Mencegah amalan penindasan
       IV Menyelaraskan sistem timbangan

      A   I dan II
      B   I dan IV
      C   II dan III
      D   III dan IV 

5    Mengapakah sebahagian pedagang Islam dilantik menjadi 
      Syahbandar di bandar pelabuhan Asia Tenggara?

      A  Jujur dan amanah

      B  Memiliki kekayaan
      C  Fasih berbahasa Melayu
      D  Cekap dalam pentadbiran

 6    Maklumat berikut merupakan gerakan pekerja yang berlaku di 
       Britain pada abad ke 19

                       Pergerakan Luddite
           
       Mengapakah peristiwa di atas berlaku?

A    Menuntut kenaikan gaji
B    Memelihara buruh wanita
C    Mewujudkan kesatuan sekerja
D    Mempertahan kaedah tradisional


7    Bagaimanakah sempadan sesebuah kerajaan Melayu tradisional 
      ditentukan?

       A    Keselamatan kepada rakyat
       B    Kesediaan rakyat membayar cukai
       C    Kerelaan rakyat melakukan kerahan
       D    Kesetiaan rakyat terhadap pemerintah

 8   Suruhanjaya Reid dibentuk di Tanah Melayu pada tahun 1956 
      sebagai persediaan kemerdekaan.
Apakah tugas suruhanjaya tersebut?
      A  Merangka perlembagaan
      B  Mencadangkan tarikh pilihan raya
      C  Melantik pegawai pentadbiran baru
      D  Menganjurkan rundingan antara kaum


 9    Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani 
       antara Raja-Raja Melayu dengan pihak British pada 15 Ogos 
       1957


       A   Perluasan pengaruh komunis disekat
       B   Kerjasama pelbagai kaum membentuk kerajaan
       C   Kuasa pembesar tempatan dipulihkan semula
       D   British bersetuju memberi kemerdekaan

10  Bagaimanakah Perang Dunia Kedua (1939 – 1945 ) bermula di 
      Eropah?
      
     A   Rusia memasuki Berlin
     B   Jerman menyerang Poland
     C   Itali menceroboh Perancis
     D   Austria mengancam Serbia



Selamat menduga ingatan...jika lupa buka nota semula, tanya kawan atau tanya cikgu.

Usaha tangga kejayaan

Tekun, tabah, doa dan tawakal



Jom semak Jawapan:
1  B
2  D
3  D
4  C
5  A
6  D
7  D
8  A
9  D
10  B








Saturday, October 27, 2012

Seni Bina

Seni bina dalam tamadun awal

  • Peningkatan dalam seni bina mencerminkan ketahanan manusia dalam menghadapi cabaran untuk menghasilkan monumen yang diabadikan sebagai pencapaian yang paling agung demi bangsa, agama dan negara.

  • Pemimpin yang berwibawa dan kuat dapat menyatupadukan rakyat dan meningkatkan jati diri serta menyakini usaha mereka untuk mencapai kejayaan.
Kepada calon-calon SPM 2012, bolehkah kalian membezakan dua seni bina ini?

  1. Pantheon
  2. Parthenon
Jom kita lihat perbezaannya


Pantheon

Pantheon adalah sebuah bangunan yang dibina sebagai kuil berbentuk bulat (kubah) di pusat kota Rom.  Pembangunan kuil ini diselesaikan pada masa pemerintahan Maharaja Hadrian (117-138 M). Hadrian membangun kuil ini untuk penyembahan terhadap dewa-dewa Rom. Nama Pantheon berasal dari bahasa Yunani yang berarti Rumah Semua Dewa. Kuil ini digunakan sebagai gereja dari tahun 609 sampai 1885 dan kemudian menjadi gereja dan tempat pemakaman bagi pahlawan nasional Itali. Tokoh-tokoh terkenal yang dimakamkan di sini adalah Raja Emmanuel I dan pelukis Renaissance, Raphael



Parthenon

Parthenon adalah kuil Yunani yang dibangun untuk dewi Athena
pelindung Athen pada abad ke-5 SM. Bangunan ini dibina pada 
zaman pemerintahan Pericles iaitu pada tahun 421-409 SM. 
Parthenon dianggap sebagai simbol Yunani Kuno dan demokrasi 
Athen, dan merupakan salah satu monumen budaya terbesar dunia.



Contoh Soalan

  •                          Rumah berhala untuk dewi Athena
  •         Dibina semasa zaman pemerintahan Pericles

1  Maklumat di atas merujuk kepada binaan

   A   Pantheon
   B   Acropolis
   C   Parthenon
   D   Colloseum


Selamat membuat ulangkaji.

Friday, October 26, 2012

Tenungan Kertas 1249/1

Jom kita belajar.




Kertas 1249/1


Selamat membuat ulangkaji.


Tekun, tabah, doa dan tawakkal.

Selamat Aidil Adha 1433H


Saya mengambil kesempatan 
ini untuk mengucapkan 
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1433H 
kepada 
seluruh keluarga, 
sanak saudara, 
rakan taulan, 
jiran tetangga 
dan seluruh umat Islam 
walau di mana kalian berada. 

Kepada ahli keluarga dan sahabat  taulan 
yang dapat menunaikan ibadah Haji tahun ini
saya mengucapkan selamat menjalani ibadah Haji 
semoga mendapat 
Haji Mabrur 
dan 
selamat pergi dan selamat kembali.



Kepada yang melakukan ibadah korban, 
 semoga   ibadat yang kita lakukan 
itu mendapat keberkatanNya.

amin.

Tuesday, October 23, 2012

Soalan Objektif


Dah nak tidur? Mengantuk sudah?  Cuppp...jangan tidur  lagi.  Jom kita cuba jawab lima lagi soalan objektif ini.



1        Mengapakah Sultan Mansur Shah menghantar kitab al-Dur 
          al-Manzum ke Sumatera- Pasai?

A       Untuk dibahaskan
B       Sebagai mas kahwin
C       Untuk diterjemahkan
D       Sebagai tanda persahabatan


Menentukan kemajuan perdagangan

X

Berurusan dengan pedagang



2        X dalam rajah di atas ialah jawatan dalam sistem pentadbiran 
          Kesultanan Melayu Melaka.
          Apakah jawatan tersebut?

          A       Temenggung                                
          B       Syahbandar                                  
  C       Laksamana
  D       Bendahara

3        Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani pada tahun 1494.
          Apakah kesan perjanjian tersebut?

A       Kemunculan negara baru
B       Keruntuhan institusi beraja
C       Pembayaran pampasan perang
D       Pembahagian kawasan pengaruh

4        Apakah tuntutan gerakan nasionalisme tahap awal di 
          Filipina?

          A       Hak mengundi
          B       Hak kebebasan bersuara
          C       Pengembalian kuasa raja
          D       Pemerintahan kerajaan sendiri



Piagam Atlantik 1945


5        Apakah gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa  Bersatu (PBB)    
          yang terkandung dalam piagam di atas?

          A       Dasar Liberalisasi
          B       Amalan realpilitik
          C       Dasar dekolonisasi
          D       Amalan monorki


Jawapan

1  C
2  B
3  D
4  B
5  C

Kuantiti yang sedikit tetapi jika kerap dilakukan dan diulang-ulang, akan menjadi kebiasaan dan boleh membawa impak yang besar.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Biar sedikit  yang penting ADA.


Semoga kejayaan menjadi milik kalian. 




Perang Dunia Kedua

Masih ada masa untuk memulakan langkah pertama.  Khusus untuk calon SPM 2012 SMKPantai WPLabuan yang masih 'suam-suam kuku' dalam membuat ulangkaji.  Sesungguhnya masih belum lewat untuk kamu memulakan langkah ke arah belajar dengan secara berfokus.  Fokus kepada tajuk-tajuk yang telah berikan oleh guru kamu. Di sini saya berikan soalan dan jawapan yang boleh kalian baca, salin dan baca. Buatlah proses ini secara berulang-ulang agar isinya 'melekat' dalam ingatan kalian . 

Tema 12: Bab 9: Tingkatan 5

Nyatakan sebab berlakunya Perang Dunia Kedua

F1

F2
F3

F4

F5
F6

F7

F8

Jerman dan Itali tidak puashati dengan syarat Perjanjian Versailles.
Jerman dilarang memiliki kapal selam dan tentera udara.
Kemunculan kerajaan totalitarian di Jerman dan Itali telah melanggar perjanjian Versailles.
Itali dan Jerman menyerang Negara-negara sekitar Eropah.
Keadaan ekonomi yang meleset dan pengangguran tinggi.
Menyebabkan rakyat sokong  dasar perluasan kuasa Itali dan Jerman.
Kebangkitan tentera Jepun serta dasar perluasan kuasa mereka ditentang oleh British, Belanda dan Amerika
Serangan Jerman  dan USSR ke atas Poland menyebabkan Britian dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman


Jelaskan kesan Perang Dunia Kedua ke atas masyarakat antarabangsa

F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7
F8
F9

F10
Amerika dan Rusia muncul sebagai kuasa besar di dunia.
Perang Dingin antara USA dan Rusia.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan .
Berlakunya kebijajahan dunia
muncul negara-negara berdaulat.
17 juta tentera dan 13 juta awam terkorban dalam perang.
Bom Atom mula mengancam keamanan dunia.
Kos peperangan dianggarakn sebanyak US 500 billon.
Negara Jerman terbahagi kepada Jerman Barat dan Jerman Timur.
Runtuhnya sistem imperialisme Barat
           
           
           
Nyatakan perkara-perkara dalam Perjanjian Versailles yang menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin Jerman

F1
F2
F3 
Kehilangan tanah jajahan
Pampasan perang yang tinggi
Diarah mengurangkan saiz angkatan tenteranya

Jika bukan sekarang, bila lagi?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah