Monday, August 31, 2009

Kembali ke Sekolah

Esok, 1 September 2009, bersamaan 11 Ramadan 1430H.. kembali ke sekolah setelah bercuti selama 10 hari - cuti pertengahan penggal kedua... Kepada semua pelajar tingkatan 5, mereka akan menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM.. selamat menduduki peperiksaan...semoga anda semua telah membuat persiapan yang secukupnya untuk berjuang dalam 'medan perang' esok..- especially untuk pelajar 5 Zamrud dan 5 Berlian... moga kalian dapat menterjemahkan isi pelajaran yang telah dicurahkan kepada kalian khususnya bagi sujek Sejarah... sebahagian pelajar 5 Zamrud sedang menyiapkan soalan gerak gempur Sejarah SPM

Thursday, August 27, 2009

Perlu difikirkan

Hangat bahang sambutan kemerdekaan mula terasa...banyak juga rumah di kediaman kami yang mengibarkan jalur gemilang... pelbagai saiz...tidak terkecuali surau di perumahan ini turut menyahut seruan kemerdekaan...tidak ketinggalan mengibarkan jalur keramat itu... Tapi apa yang agak terkilan dan rasa sakit di hati ini, mengibarkan bendera ini semacam satu upacara pula...terdetik dalam mindaku...terjemahan daripada apa yang aku lihat daripada tindak tanduk mereka yang mengibarkan jalur keramat ini...seperti satu pesta...tidak membawa maksud yang mendalam yang menginsafi perjuangan negarawan semasa bergadai nyawa dan harta benda dalam mengembalikan maruah dan kedaulatan negara ini dari cengkaman penjajah... Jalur gemilang Memang agak terkilan...

Friday, August 21, 2009

Ceritaku...Part 3

Esok, Sabtu 22 Ogos 2009...seluruh umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa...Semoga kita dapat menjalankan ibadat ini dengan penuh tanggungjawab dan mendapat keredhaan daripadaNya..

Wednesday, August 19, 2009

Ceritaku....Part 2

Jam 3.22 petang tadi terima sms daripada pengetua yang meminta semua guru hadir dalam satu majlis bersama timbalan menteri pelajaran yang diadakan di salah sebuah sekolah rendah di sini...
Begitulah... senario di wilayah ini...jika ada sebarang majlis yang melibatkan pegawai tinggi atau somebody...seluruh pegawai diminta hadir bagi menjayakan majlis tersebut... Wilayah yang kecil, bilangan pegawai yang sedikit...memaksa keadaan ini berlaku...sebagai personalia yang terlibat dalam bidang ini...nak tak nak kena terima...jika tidak maka majlis tidak ada 'orang'... Semasa bertugas di tempat lama, amat jarang sekali aku terlibat secara langsung untuk hadir atau sebagai AJK dalam majlis-majlis yang melibatkan menteri atau pegawai atasan... hanya personalia yang berjawatan sahaja akan hadir...namun situasi ini sangat berbeza di sini... Keadaan ini ada pro dan kontra...ada baik dan buruknya...

Monday, August 17, 2009

Ceritaku....Part 1

Pagi tadi, pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Kemerdekaan kali ke-52 telah selamat disempurnakan oleh Pengetua... Apakah maksud kemerdekaan dari perspektif murid kat sekolahku? Murid A: merdeka...emmmm bebas dari penjajah Murid B: tidak lagi dijajah Murid C: ... angkat bahu Murid D: ???***** .......to be continued.....

Wednesday, August 12, 2009

CARA-CARA BERSANGKA BAIK

Manusia memang suka bersangka2 (tak semua) yang kaya disangka makan duit haram.. yang miskin disangka lemah dan pemalas yang pakai kereta baru disangka nak menunjuk yang pakai kereta buruk disangka ZUHUD... Perasaan hasad,dengki, ujub dan riak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj. Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al-Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku". Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku." Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku." Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku." Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk... disunting dari http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com

Tuesday, August 11, 2009

Cuma aku

Hari ni, Selasa 11 Ogos 2009... seperti biasa induk bicara masih berlegar pada topik cuaca panas, udara berdebu @ berjerebu, H1N1, catuan air... Rutin hidup berputar sekali lagi... Hari ini merupakan hari terakhir 3 buah sekolah di wilayah ini dikenakan tindakan kuarantin di rumah akibat positif H1N1... Masih menjadi bualan di kalangan pelajar tentang persoalan mengapa sekolah ku tidak ditutup sedangkan ia sekolah yang paling awal dikesan mempunyai pelajar positif H1N1...walaupun telah diterangkan oleh pengetua semasa dalam perhimpunan, nampaknya ada di kalangan pelajar ini yang tidak boleh menyampaikan semua mesej yang diberi kepada masyarakat sekeliling... Sebetulnya, sekolah ku tidak diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan kerana pelajar yang positif itu tidak datang ke sekolah setelah dia pulang dari menghadiri satu perkhemahan unit beruniform di salah sebuah negeri di Semenanjung...jadi dia tidak ada konteks dengan rakan pelajar yang lain sebelum dia disahkan positif... Adalah diharapkan pelajar boleh faham situasi yang berlaku...dan tidak bersikap sinis terhadap sekolah dan pihak yang berkenaan...

Monday, August 10, 2009

Hari-hari yang Mencabar

Di mana-mana, isu hangat yang diperkatakan di wilayah ini sekarang ialah wabak H1N1...satu demi satu sekolah ditutup...minggu lepas 5 Ogos 2 sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah telah ditutup kerana terdapat kes positif H1N1 sebaran sekolah... waris-waris mereka dari sekolah lain turut di kuarantin... % kehadiran merosot... Minggu lepas juga keadaan udara sedikit tercemar...IPU meningkat sehingga 80%...berjerebu... Bukan itu sahaja, sebilangan kecil penduduk di wilayah ini turut berhadapan dengan masalah catuan air...cubalah bayangkan....dengan cuaca yang panas...melebihi 34 darjah Celcius.... air pula dicatu...jerebu lagi...bayangkan... Penderitaan ini (jika boleh dikatakan derita) ditambah lagi dengan gangguan letrik tanpa notis.... Berhadapan dengan semua masalah ini...kesabaran yang tinggi sangat diperlukan... Ekoran daripada itu, badan rasa tak sihat...pening, batuk, sakit tekak berlumba-lumba datang menyerang...

Sunday, August 2, 2009

Pulang

Hujung minggu lepas, selepas menghadiri satu seminar di Genting Highland, aku ambil kesempatan untuk singgah sehari dua di kampung...menjenguk emak dan famili.. Dapat jua menatap wajah Wiwi...member baru dalam our famili..anak Gja..baru 7 hari lahir...kiut sangat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah