Saturday, December 31, 2011

Selamat Datang 2012

Setelah 365 hari berlalu, tirai 2011 akan dilabuhkan tidak sampai 3 jam dari sekarang.  Dan kini tibalah 365 hari untuk melayari bahtera 2012.

Jadi di manakah kita bermula (where do we begin?)

Saturday, December 24, 2011

Minda Fikir 2 - Madah Pembuka Minda

     Apakah ungkapan kata atau madah pujangga yang paling berkesan yang pernah anda dengar?  Pernahkah anda mendengar sebaris ungkapan yang ringgas boleh menjadi sumber inspirasi kepada anda sekaligus dapat membawa perubahan yang besar dalam hidup anda?  Pernahkah ungkapan-ungkapan tersebut mengubah cara anda berfikir terhadap sesuatu perkara atau membuat anda berfikir tentang sesuatu dengan cara yang berlainan?


     Apakah ungkapan yang selalu anda baca atau amalkan? Tentu ungkapan yang menjadi amalan atau yang memberi motivasi kepada kita berbeza berdasarkan perkara yang mempengaruhi kita.


     Di sini saya ingin kongsikan beberapa madah pujangga yang menjadi kegemaran saya yang telah kumpulkan daripada pelbagai sumber.


"If you stop learning, you stop creating history and become history." – Vadim Kotelnikov


"Anyone who stops learning is old, whether at twenty or eighty. Anyone who keeps learning stays young. The greatest thing in life is to keep your mind young."  - Henry Ford


"Belajarlah sehingga ke liang lahat." - 
"Tuntutlah ilmu hingga ke negara China." - 
"Hina besi kerana karat, hina manusia kerana tiada ilmu." - pepatah Melayu


“Intellectual growth should commence at birth and cease only at death.”- Albert Einstein
“Education is like a double-edged sword. It may be turned to dangerous uses if it is not properly handled.” - Wu Ting-Fang
"For true success ask yourself these four questions: Why? Why not? Why not me? Why not now?" – James Allen



"Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." - Lao Tze
"Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya."

"Carilah ilmu itu sehingga jangan lupa beribadat,dan beribadatlah sehingga jangan lupa mencari ilmu."

"Kita tidak boleh hanya berjaya dalam akademik,tetapi sahsiah juga haruslah cemerlang."
"Ilmu dunia jika digunakan untuk kebaikan maka baiklah jadinya dan jika dihalakan pada kejahatan maka jahatlah jadinya."


Semoga kita dapat ikhtibar daripadanya..



Sunday, December 18, 2011

Minda Petua: Mudah dan Murah

Berat badan dah naik!!!
Susah nak turunkan berat badan!!!
Diet kerana nak kuruskan badan??

Macam mana ni...produk nak kuruskan badan bukannya murah.. dan bukan boleh makan sekali je...kena makan berterusan.. alahai...

Persoalan demi persoalan yang kadang kala merusingkan minda... mengganggu fikiran..


Perkara yang paling asas tetapi selalu dilupakan oleh  kebanyakan orang ialah AIR. Pernahkah kita terfikir sebenarnya AIR merupakan bahan diet yang sangat efektif.  Minumlah  lapan gelas air sehari untuk mengekalkan tahap kesihatan  dan membantu mengurangkan berat badan anda. Mulakan seawal bangun pagi sehinggalah sebelum anda tidur pada malam hari.

Mudah dan murah. 

Namun, sejauh manakah kita boleh  mengamalkan diet ini secara berterusan?

Tiada kejayaan tanpa usaha. Walau apapun yang kita buat, disiplin perlu menjadi keutamaan. Jadi cubalah.  Sesuatu yang baru memang sukar untuk dilaksanakan.  Tapi jika ada azam yang tinggi dan kesungguhan, insyaallah kejayaan akan menjadi milik kita.

Tulisan ini untuk peringatan diri saya sendiri. Semoga saya terus berdidiplin untuk mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari tanpa sebarang alasan jika gagal melaksanakannya.

Konklusinya, dengan minum air secukupnya, tubuh kita akan selalu segar dan kesihatan tetap terpelihara.


8 gelas sehari

Thursday, December 15, 2011

Minda Kongsi : Tawaran Opsyen SBPA

Hari ini dalam sejarah.  Mendengar taklimat SBPA yang disampaikan pengetua dan sekaligus menandatangani tawaran opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam yang lebih dikenali sebagai SBPA.

Surat Tawaran Opsyen SBPA yang telah disiap ditandatangan pada 15 Disember 2011
Bersetuju dengan opsyen pencen paksa pada umur 60 tahun.

Sunday, December 11, 2011

Minda Kongsi : Gerhana Bulan

Semalam (10 Disember 2011) antara topik yang menjadi isu perbualan ialah gerhana bulan. Topik ini banyak diutarakan dalam perbualan di alam nyata dan di alam maya seperti di facebook dan twitter. Gerhana bulan dijangka bermula pada jam 7.30 malam hingga 11.00 malam. Ramai yang bersiap sedia untuk menyaksikan keajaiban ciptaan Allah ini.  Bersedia dengan kamera dan binokular.  Saya juga tidak terkecuali. Bersedia dengan kamera juga tapi kamera dari iphone je. Ok la, janji ada.  Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan solat sunat gerhana. Alhamdulillah.

Bagaimana gerhana bulan terjadi?

Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terakhir ialah pada 16 Jun 2011.


Keadaan bulan pada  pukul 6.28 malam

Foto diambil pada sekitar jam 7.15  malam

Foto dirakam sekitar jam 8.30 malam

dirakam pada pukul 9.00 malam

dirakam pada jam 9.45 malam

perubahan yang dilihat pada pukul 10.10 malam

Foto yang sempat dirakam pada pukul 10.40 malam
Di atas adalah beberapa foto yang sempat dirakam melalui lensa iphone 4 di lokasi perumahan ini. Apapun yang dilihat dengan mata kasar sedikit berbeza dengan yang dirakam oleh lensa kamera ini.



Gerhana Bulan -  



panduan solat sunat gerhana dipetik dari laman sesawang  Jabatan agama Islam Terengganu  jheatweb.terengganu.gov.my

Thursday, December 8, 2011

Kongsi Maklumat SBPA

Dalam dilema? Masih keliru dengan pelaksanaan SBPA? Mereka yang bergelar guru bolehlah menambahkan pengetahuan terhadap SBPA melalui pekeliling ini.

SBPA untuk pendidikan


Pekeliling SBPA untuk pendidikan -
Dimuat turun dari laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam http://www.jpa.gov.my/

Kongsi Maklumat

Pelaksanaan SBPA

Intipati pelaksanaan SBPA


Pelaksanaan SBPA -

Bacalah..
Dimuat turun dari laman web Jabatan Perkhidmatan Awam http://www.jpa.gov.my/

Tuesday, October 25, 2011

Minda Fikir

Secebis ikhtiar, segugus harapan.


Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan kombinasi kebahagiaan.


Sesuatu yang baik, belum tentu benar. 
Sesuatu yang benar, belum tentu baik. 
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. 
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Semakin banyak berbicara tentang diri sendiri, 

semakin banyak pula kemungkinan untuk  berbohong.


Tidak ada lautan yang bergelora,
Tiada lurah yang dalam, 
Tiada bulan yang tinggi 
Tiada jalan yang berliku
bagi orang yang mahu.

Jika kita tidak mampu menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.


Thursday, October 20, 2011

Klu Peperiksaan Akhir Tahun

Assalamualaikum semua... selamat membuat ulangkaji kepada semua murid yang akan menduduki peperiksaan akhir tahun... Dah agak lewat malam ni..tapi pasti ada yang masih berjaya untuk membuat  persediaan minit-minit terakhir... Teruskan usaha kamu.

Hahaha... untuk murid tingkatan empat SMKP yang akan menduduki kertas dua sejarah esok... dah lengkap ke persediaannya? Tahniah kepada yang telah membuat ulangkaji dengan bersungguh-sungguh.. Teruskan perjuangan.  Jangan mudah putus asa.

Di sini saya berikan klu tema soalan yang diuji dalam peperiksaan nanti... Jadikan bahan ini sebagai panduan bagi membantu menambah keyakinan kamu untuk menjawab soalan yang dikemukakan nanti..

http://www.docstoc.com/docs/100210522/Klu      Klik di sini

atau klik di sini  http://www.ziddu.com/download/16925863/JadualSpesifikasiItemF4Paper2.pdf.html

Wednesday, October 19, 2011

Ucap Selamat

Minggu ini merupakan Minggu Peperiksaan Akhir Tahun 2011 bagi murid tingkatan 4 SMKP. Esok, 20 Oktber 2011..bersamaan hari Khamis merupakan hari keempat dalam minggu peperiksaan ini.  Esok, mereka akan diuji dengan kertas Sejarah  1. Apapun anggapan mereka terhadap kertas ini, mereka tetap perlu mendudukinya. Harapan saya, mereka dapat membuka sedikit ruang minda dan jiwa untuk menerima subjek ini sejujurnya.

Selamat berjuang dan semoga beroleh kejayaan.

Hanya mereka yang fokus secara menyeluruh dari aspek jiwa, dan minda akan mendapat kecemerlangan.

All the best.

Saturday, October 8, 2011

JSI Gerak Gempur Sejarah Tingkatan 4

Selamat Hujung Minggu semua...semoga semuanya sihat dan bersemangat untk meneruskan kehidupan dalam dunia yang semakin mencabar ini.

Sambil menikmati cuti hujung minggu ini, di sini saya paparkan JSI Kertas Sejarah Gerak Gempur sebagai persediaan untuk menduduki Peperiksaan Akhir Tahun nanti. Kepada murid-murid tingkatan 4 SMKP, silalah gunakan sedikit masa untuk membaca JSI ini dan seterusnya cuba jawab soalan-soalan yang berkaitan dengan tema dan tajuk yang dipaparkan. Hubungi saya jika ada sebarang keraguan atas ketidakfahaman.

Selamat membuat ulangkaji..

http://www.ziddu.com/download/16710386/JSI_Gerak_Gempur_Sejarah_T4.pdf.html

Klik di sini...JSI Gerak Gempur Sejarah T4 2011

Friday, September 16, 2011

Pra-Percubaan SPM 2011

Selamat Menyambut dan meraikan Hari Malaysia 2011. Cuti hujung minggu yang panjang.  Kepada calon PMR dan SPM 2011, gunakanlan cuti ini dengan sebaik mungkin.  Di sini, saya lampirkan empat soalan yang berkaitan dengan latihan sejarah SPM. Cubalah buat latihan ini.


PRA Percubaan Sejarah SPM -

Sunday, July 17, 2011

Sekadar Renungan-Kelebihan Bulan Syaaban

Bulan Saaban


Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.


Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Antara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.


Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  1. Memperbanyakkan puasa sunat. Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  1. Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  2. Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Saturday, July 16, 2011

Modul Cemerlang Sejarah Tingkatan 4

Bagi pelajar tingkatan 4 SMKP, bolehlah buat latihan ini.  Ingatlah, latihan yang berterusan dan komprehensif akan menghasilkan kecemerlangan.


Sejarah Tingkatan 4 Bab 7 -

Friday, July 15, 2011

Latihan Intensif - Fokus A+


Latihan Intensif -

Buatlah latihan ini.  Practice makes perfect

Sunday, July 3, 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Peraturan Pemarkahan Sejarah SPM Kertas 2

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011


Peraturan Pemarkahan Sejarah 2 -

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Sejarah SPM Kertas 2

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011


Sejarah SPM Kertas 2 -

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Sejarah SPM Kertas 1

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011


Sejarah SPM Kertas 1 -

Thursday, June 23, 2011

Rombongan Brunei ke SMK. Pantai...sr 1

Esok  24 Jun 2011 merupakan hari yang agak sibuk di SMK Pantai. Ada dua agenda yang akan berlangsung. Agenda pertama, warga sekolah akan menerima kunjungan ibu bapa dan penjaga pelajar untuk Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 yang dijangka bermula pada jam 10.00 pagi.

Justeru itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menjemput ibu bapa dan penjaga pelajar agar datang beramai-ramai untuk mengambil slip peperiksaan anak-anak tuan sekaligus dapat berinteraksi dengan guru kelas khususnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang prestasi dan potensi anak-anak tuan terutama dalam bidang akademik.  Interaksi ini sekurang-kurangnya dapat membantu ibu bapa atau penjaga dalam memantau perkembangan pembelajaran anak-anak di rumah.

Agenda kedua pula, dalam jangka masa yang hampir sama (lebih kurang jam 10.30 pagi), warga sekolah akan menerima kunjungan antarabangsa dari Brunei Darussalam.  Rakan rombongan seramai 30 orang yang terdiri daripada guru dan murid dari Sekolah Menengah Menglait, Gadong, Brunei DS.

Lencana SM Menglait

Lencana SMK Pantai

Berikut ialah aturcara yang diatur untuk menyambut tetamu


  1. Tarian Sambut Tamu
  2. Taklimat oleh pengetua
  3. Tayangan multimedia
  4. Sesi perkongsian ilmu
  5. Ucapan balas oleh ketua rombongan
  6. Penyampaian cenderahati
  7. Sesi lawatan ke sekitar sekolah
  8. Solat Jumaat
  9. Berangkat pulang
(Sumber aturcara :Pn. Jijah,PK 1)

Kepada semua warga sekolah, terima kasih atas kerjasama yang diberikan dalam proses membantu menjayakan agenda tersebut.

Jumpa esok..^_^

Sunday, June 19, 2011

AlFatihah...Zami Ismail...Perginya Seorang Pelawak Legenda..

Sebaik tiba di rumah pada jam 12.30 tengah hari tadi, terus buka tv dan terdengar berita pelawak Zami Ismail dilaporkan meninggal dunia. Kiranya terkejut juga, hari sebelum tu ada menonton  lakonannya dalam cerita Anak Bapak Sr 2 di TV Hijrah...terasa baru sangat rasanya tengok wajah dia...Alih-alih hari ni dengar dia dah meninggal.


Zami Ismail ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia yang terkenal. Paling diingati ialah peranan beliau dalam siri sitcom televisyen `Pi Mai Pi Mai Tang Tu' sebagai Pak Uda serta siri `Salam Pantai Timur'.


Pak Uda meninggal dunia pada hari Ahad, 19 Jun 2011 di Institut Jantung Negara kerana komplikasi jantung pada umur 67 tahun. Jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak. Pada 2008, beliau pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Selayang selepas tidak sedar kerana sesak nafas.


(Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Zami_Ismail)

Apabila tengok gambar ini semasa dia di wad 


teringat pada abah yang juga pernah dimasukkan ke CCU Hospital Seremban pada 10 April kerana mempunyai masalah jantung dan kemudian ke IJN pada 20 April untuk masukkan pacemaker...tapi masa tu doktor dan nurse tak bagi ambil gambar jadi tiada gambar  untuk disimpan.  Apabila diamati gambar ini betul-betul menimbulkan kenangan terhadap abah semasa itu, cuma bezanya abah pada masa itu rambutnya telah dibotakkan dan telah selamat menjalani operation cuma keadaannya yang tidak begitu stabil.

Berbalik kepada Zami Ismail@Pak Uda, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh. Amin


Al-fatihah.

Saturday, June 11, 2011

Kembali ke Sekolah

13 Jun 2011..kembali ke sekolah...selepas 2 minggu bercuti.  Perasaan yang berbeza memang menyelubungi insan yang bergelar murid dan guru. Ada yang memang menunggu-nunggu saat ini...mungkin dan bosan berada di rumah... dan inilah masanya untuk bertemu kembali rakan sekolah. Ada juga yang rasa malas dan berat hati untuk melangkahkan kaki ke destinasi bernama sekolah ini, perasaan ini lahir kerana tidak puas lagi bercuti,  bersuka ria atau berseronok, terpaksa berpisah dengan keluarga atau apa saja alasannya.

Sunday, May 22, 2011

AL-FATIHAH

Apabila melihat gambar yang disiarkan oleh  TV dan media cetak, pelbagai perasaan terbit dari sanubari.Terbayang lagi kesakitan dan kesukaran yang dialami oleh mangsa yang terlibat tatkala tanah menyimpah ke arah mereka.  Mereka masih kanak-kanak, berumur 8 - 13 tahun.  Peritnya bayangan itu. Jerit pekik dan laung tangis mereka yang kesakitan, terkejut dan ketakutan ditimbus dengan rakus oleh  runtuhan tanah dan batu-batu tersebut.

Oh tuhan, tak tergambar rasanya penderitaan mereka kala itu. Getar di jiwa ini semakin kuat. Tidak terkata. Ya Allah. Ucapan astaghfirullah...hanya itu yang mampu diucap..





Tanah runtuh: 16 terbunuh, 9 selamat


Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.


sumber: Malaysiakini

Friday, May 20, 2011

Jadual spesifikasi Item (JSI)

Kepada semua murid tingkatan empat khususnya di SMK Pantai, sila gunakan JSI ini sebagai panduan semasa membuat ulangkaji bagi persediaan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun 2011.


CEMERLANG SEJARAH  SPM 2011
Jadual Spesifikasi Item (JSI)
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Sejarah Tingkatan 4
KERTAS 2
Tingkatan 4
TEMA
BAB
TAJUK
SOALAN
7
1
1.      Mesir Purba
1
7
2
1.      Tamadun Rom
                      i            Perundangan Rom

2

7
3
1.      Kerajaan Angkor
                      i             Tasik Tonle Sap
2.      Pengaruh Hindu-Budddha
                      i            Dalam pentadbiran kerajaan awal
                    ii            Candi


5

5
5
7
3
1.      Pengaruh Hindu-Buddha
                      i            Cara Kedatangan Pengaruh HB
                    ii            Pengaruh HB dalam pentadbiran


6
6
8
4
1.   Masyarakat Jahiliah
                      i            Ciri-ciri Masyarakat Jahiliah
                    ii            Latar belakang masyarakat Jahiliah


3, 7
7
8
4
1.  Penyebaran Islam di Makkah
                      i            Secara rahsia
                    ii            Secara Terbuka

4
4
8
4
1.   Kehidupan Nabi Muhamad sebelum  
      menjadi rasul
2.   Keperibadian Nabi Muhamad

8
8
8
4
1.   Perjanjian Hudaibiyah
9


Selamat belajar. Semoga berjaya dalam peperiksaan ini.


Panitia Sejarah
SMK Pantai
@cgzeta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah