Friday, December 25, 2009
Akhirnya kini Pasti..
Wednesday, December 2, 2009
Wabak...wabak...wabak..
- Dididiklah diri kita, anak-anak dan keluarga kita dengan didikan agama yang sempurna. Tanamkan penghayatan akidah dalam hati dan jiwa mereka disamping sentiasa mengawasi dan memastikan mereka tidak mengabaikan kewajiban ibadah kepada Allah s.w.t.
- Jauhi diri kita, anak-anak dan keluarga daripada sebarang bentuk hiburan yang melalaikan.
- Jangan biarkan diri kita, anak-anak dan keluarga kita bergaul bebas sesama lelaki dan perempuan yang boleh mendekatkan kepada zina.
Tuesday, November 24, 2009
Banjir Datang Lagi.
- 'Berat mata memandang berat lagi bahu memikul' itulah yang dapat diungkapkan apabila mendengar dan melihat musibah bencana alam - banjir - yang melanda rakan-rakan negara di wilayah pantai timur. Hanya rasa simpati yang dapat diberikan. Kesukaran yang dihadapi oleh oleh lapisan masyarakat di sana memang sukar untuk digambarkan.
- Dari sehari ke sehari dilaporkan banjir semakin buruk, lebih banyak pusat pemindahan dibuka dan lebih ramai mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir... Situasi ini memang ujian besar buat semua calon SPM dan STPM di negeri-negeri tersebut... Kala rakan di negeri lain sedang selesa membuat ulangkaji, anda di sana mungkin berada dalam kesukaran bukan saja untuk membuat ulangkaji malah sentiasa bimbang pusat peperiksaan akan dinaiki air dan di mana pula akan dipindahkan. Memang satu ujian yang getir untuk dihadapi. Hanya ungkapan 'sabarlah' yang dapat diberikan.
Friday, November 20, 2009
Hari Terakhir Persekolahan...
- Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi sesi 2009. Persoalannya, adakah sudah berakhir semua tugasan serentak dengan berakhirnya sesi persekolahan? Adakah jawapannya 'ya' atau 'tidak'? Inilah dilema atau cabaran yang dihadapi oleh seorang yang bergelar guru.
- Beban tugas dan tanggungjawab seseorang guru itu tiada noktahnya walaupun pada pada musim cuti... Tak percaya?
Tuesday, November 17, 2009
Masa yang ditunggu telah tiba...
Sunday, November 15, 2009
Catatan dari cetusan minda Zeta
Saturday, November 14, 2009
Bengkel Pengurusan Strategik
Saturday, November 7, 2009
Hari Anugerah Gemilang 2009
Friday, November 6, 2009
Tuesday, November 3, 2009
Gerak Gempur @ Pecutan Akhir @Tenungan Tajam
STRATEGI DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN SEJARAH
1. Baca dulu arahan dan kehendak soalan dengan cermat.
2. Baca setiap ceraian soalan kerana setiap ceraian mempunyai markah yang tertentu.
3. Gunakan pen ’highlighter’ untuk meningkatkan tumpuan / fokus anda terhadap kehendak soalan.
4. Sila rangkakan jawapan anda dalam bentuk poin supaya anda tidak lupa atau hilang idea atau tertinggal isi-isi penting. Catatkan segala isi yang anda tahu. Jangan bertanggguh!!!
5. Jangan gunakan lebih dari 30 minit bagi setiap soalan. Gunakan masa itu dengan cekap!!!
6. Ingat... jawapan anda mestilah dalam bentuk esei sahaja (bagi soalan no.5-9)
7. Soalan berbentuk perbandingan, jangan buat kolum petak. Tulis dalam bentuk esei... Ingat ya...!!!!
8. Gunakan bahasa yang mudah, ringkas, tepat dan padat. Jangan meleret-leret atau berbunga-bunga. Get to the point.. Jangan kelentong!!!
9. Setiap isi ditulis dalam perenggan yang berbeza. Jangan muatkan semua isi dalam satu perenggan.
10. Jawab apa yang disoal. Jangan jawab ikut suka atau apa yang diketahui...
11. Jangan tulis sesuatu fakta berulang kali dengan harapan hendak dapat markah 2 kali.
12. Jawapan hendaklah ditulis dengan terang dan jelas. Gunakan pen yang berkualiti dan terang dakwatnya.
13. Jawab soalan mengikut urutan dan pastikan nombor soalan dicatat dengan betul.
14. Jangan sekali-kali gunakan bahasa daerah atau bahasa slanga.
15. Idea yang dikemukakan hendaklah bernas dan matang, contohnya soalan yang memerlukan anda memberi pendapat.
16. Jangan terkeliru dengan istilah / konsep tertentu seperti [adat perpatih / adat temenggung], atau [kerajaan maritim / kerajaan agraria].
17. Semua kertas jawapan hendaklah ditulis no.kad pengenalan / angka giliran dan no. soalan dengan jelas dan betul. Sila teliti betul-betul.Susun kertas jawapan mengikut urutan.
Wednesday, October 28, 2009
Ibn Sina
Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat. Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Tetapi di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib telah diterbitkan diRom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap zenith iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.
Di samping menjadi zenith dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki ranking yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.
Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.
Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.
Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api, dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.
Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.
Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.
Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.
Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.
Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.
Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu al-Farabi.
dipetik daripada http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id3.html