Membuat latihan secara berterusan akan menghasilkan kefahaman. Kefahaman akan menghasilkan kecemerlangan. Kecemerlangan membawa kebahagiaan. perkara yang paling penting ialah jangan mudah putus asa.
Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 4, di sini saya uploadkan latihan sejarah Tema 7 - Bab 4 iaitu Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah. Sila cetak dan buat latihan untuk soalan 6 dan esei. Soalan 1-5 sudah diedarkan kepada semua pelajar yang berkaitan. Jika masih belum ada, sila cetak keseluruhan modul ini. Pastikan juga semua soalan diselesaikan. Jangan segan untuk berjumpa saya jika masih ragu-ragu tentang jawapan yang dikehendaki.
Modul ini disusun bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman murid terhadap tajuk yang dipelajari. Kepada semua murid tingkatan empat diminta membuat latihan ini.
Murid-murid tingkatan lima juga digalakkan menjadikan modul ini sebagai medium untuk memantapkan pemahaman dan meningkatkan ingatan terhadap tajuk ini.
Pengenalan
Malayan Union telah ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia II.
Malayan Union telah menggabungkan semua negeri Melayu termasuk PulauPinang dan Melaka di bawah sebuah kesatuan yang akan diketuai oleh seorang Gabenoryang berpusat di Singapura.
Gabenor pertamanya ialah Sir Edward Gent.
Pengisytiharan ini secara rasmi menggantikan Pentadbiran Tentera British (British Military Administration - BMA) yang dijalankan di Tanah Melayu sejak September 1945
Sebab-sebab Pengenalan Malayan Union
Persediaan kepada Tanah Melayu Untuk berkerajaan sendiri
British mahu menjimatkan perbelanjaan kos pentadbiran
Melahirkan pentadbiran yang licin
Mengawal kuasa politik orang Melayu
Membentuk bangsa Malayan Union
Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union
Semua Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri selat digabungkan
Diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England
Singapura diasingkan kerana kepentingan sebagai pelabuhan bebas
Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union. Taraf kerakyatan diberikan kepada semua warga asing yang dilahirkan di Tanah Melayuatau Singapura serta mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin disana untuk tempoh 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942
Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis raja-raja Melayu yang berkuasa dalam bidang adat istiadat Melayu dan agama Islam
Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik untuk menjadi ketua pentadbir di setiap negeri
Reaksi Terhadap Malayan Union
a. Golongan yang Menentang
Orang Melayu membantah cara Sir Harold Mc Michael yang mengugut Raja-raja Melayu bahawa baginda akan diturunkan dari takhta jika enggan menerima Malayan Union
Kebayakan Sultan tidak diberi masa yang mencukupi untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku dengan Sultan Perak
Terdapat sultan yang menandatangi Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor
Orang Melayu menganggap keadaan selepas Perang Dunia 11 tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan politik
Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-raja Melayu dalam Malayan Union. Raja-raja Melayu hilang tahkta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu
Walaupun raja-raja Melayu masih membincangkan hal agama Islam namun zakat dan fitrah dipungut atas nama Gabenor Malayan Union. Justeru orang Melayu bimbang kedudukan agama Islam akan tercabar.
Pemberian kerakyatan yang longgar juga ditentang oleh orang Melayu. Dasar terbuka ini dilihat akan mengancam status quo orang Melayu kerana hal ini akan menyebabkab jumlah orang Melayu semakin kecil dan ekonomi dan pendidikan orang Melayu akan mundur.
Orang Melayu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
b. Golongan yang Menyokong
Orang dagang dan golongan Melayu radikal menyokong Malayan Union
Mereka bersetuju dengan dasar menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran
Bersetuju dengan dsar sama rata Malayan Union yang akan menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu.
Kerakyatan terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing
Mereka percaya janji British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu
Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menyokong kerana pemerintahannya bersifat Barat serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengikhtiraf kuasa raja dan pembesar Melayu
AWAS, BATAS dan API juga menyokong Malayan Union.
Penyatuan pentadbiran agama Islam dalam Malayan Union disokong oleh PKMM kerana hal ehwal pentadbiran Islam dipermudahkan.
Bendera Malayan Union 1946-1948
Lagu Rasmi Malayan Union 1946-1948
Jata Negara Malayan Union 1946-1948
Tindakan Orang Melayu Menentang Malayan Union
Akhbar seperti Utusn Melayu, Majlis dan Warta Negara telah menggesa orang Melayu untuk bangun menentang Malayan Union dengan menekankan kesefahaman dankerjasama orang Melayu secara berterusan
Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu. Hal ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah
Persatuan Melayu dihidupkan untuk menentang Malayan Union. Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
Dato Onn yang dianggap sebagai penyatu bangsa Melayu. Beliau telah menyeru orang Melayu bersatu padu secaraberorganisasi di peringkat kebangsaan dan berjaya menganjurkan Kongres Melayu pada 1hingga 4 Mac 1946 di kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
Kongres Melayu tersebut mendapat sambutan dari segenap masyarakat Melayudan telah dihadiri oleh 41 buah persatuan Melayu dari seluruh Tanah Melayu. Ia telahdipengerusikan oleh Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaba).
Kongres Pertama itu telah berjayamembawa kepada penubuhan United Malays National Organization ( UMNO ). Ia telahmenjadi sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan serta ketuanan orang Melayu
Pada masa yang sama, orang Melayu turut mengadakan rapat umum semasa kehadiran dua wakil parlimen British iaitu L.D. Gammans dan David Rees Williams. Lawatan kedua-duanya Pada Mei 1946 telah menyaksikan rapat umum di Singapura, Jahor Bharu, Muar, Batu Pahat, Rembau , Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Alor Star dan George Town
Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka terhadap ahli parlimen tersebut.
Dato' Onn berbasikal dalam usaha menentang Malayan Union
Setem yang digunakan semasa pemerintahan Malayan Union
Perjuangan Dato' Onn dalam mengembalikan semula maruah bangsa Melayu.
Kesimpulan
Malayan Union dibatalkan pada 1 Februari 1948. Pihak British terpaksa menurut kehendak masyarakat Melayu yang bertindak melalui UMNO untuk mengwujudkan Persekutuan Tanah Melayu. British telah bersutuju untuk membuat perundingan dengan sultan-sultan Melayu dan UMNO bagi membentuk sistem politik dan pentadbiran yang lebih baik.
Limpahan Rezeki
-
70,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Kuala Lumpur : Pelaksanaan projek berimpak tinggi, projek Kereta Api
Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singa...
TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA
-
Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar
mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang
tiang dan ...
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN
-
13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan
kenyataan berkenaan pemberian wang B...
belajar sastera seronok, santai, n heboohhh
-
*kepada semua pelajar khususnya fom 4 n fom 5 yg mengambil elektif
sastera...gred A gerenti dalam tangan anda..syaratnya..cuma satu..faham
jalan cerita.....
Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 64)
-
*Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 64)*
*Tan Sri Abdul Gani bin Patail*
Apa dah jadi.... Semua yang dibuat dan dirancang tak menjadi? Letak jawatan
adala...
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH
-
Sememangnya kita tidak dapat lari daripada ujian kerana *ujian itu adalah
sebahagian daripada kehidupan di dunia*. Dunia ini sendiripun tempat ujian
sebel...