Wednesday, October 28, 2009

Ibn Sina

Ibnu Sinna

Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat. Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Tetapi di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.

Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.

Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib telah diterbitkan diRom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.

Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap zenith iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.

Di samping menjadi zenith dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki ranking yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.

Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.

Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api, dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.

Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.

Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.

Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.

Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.

Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu al-Farabi.

dipetik daripada http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id3.html

Ceritaku...

Hampir seminggu aku tidak up date blog ni. Sepanjang minggu ini aku hanya menjenguk sahaja dan membaca kembali hasil nukilan ku lewat pengalaman semasa. Hari ini hati bagai digaru-garu untuk menghantar post...walaupun aku belum putuskan cerita apa yang aku nak tulis.. Kesibukan rutin harian ditambah lagi dengan pelbagai tugas tambahan yang diamanahkan kepadaku...membuatkan aku rasa semakin dekat dengan blog ini untuk ku jadikan tempat meluahkan segala yang tersumbat di minda ini.

Thursday, October 22, 2009

Kunjungan Angkasawan Negara

Hari ini WP Labuan melakar sejarah apabila dikunjungi oleh angkawasan negara yang pertama iaitu Datuk Dr. Sheikh Muzaffar...Setelah memberi ceramah kepada pada pelajar di Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan... Datuk Dr. Sheikh Muzaffar telah sudi untuk menjejakkan kaki ke sekolah kami untuk bergambar kenangan dengan warga sekolah. Berita kedatangan angkawasan itu menjadi buah mulut dalam kalangan murid dan guru. Tepat jam 2. 35 petang, tibalah masa yang ditunggu...

Wednesday, October 21, 2009

Memenatkan...

Hari ini hari yang sangat memenatkan...fizikal, pemikiran dan mental!!! Geram pun ada... Marah pun ada... rasa tidak puas hati ada... semua bercampur baur... Perancangan yang dibuat manusia memang banyak perubahan pada saat akhir.

Sunday, October 18, 2009

Rumah Terbuka Hari Raya...

Menjelang hari-hari terakhir bulan Syawal ni, ramai lagi umat Islam yang masih merancang dan melaksanakan rumah terbuka...Pada malam Khamis yang lalu (15 Oktober 2009) kami telah membuat majlis jamuan hari raya di Dewan Komuniti, Perumahan Kastam Bukit Kuda, WP Labuan...Ramai juga kawan yang bertanya kenapa buat di dewan...tentu grant sambutan tersebut...Persoalannya bukan grant atau hendak menunjuk-nunjuk, tetapi keadaan rumah kami yang kecil dan lokasinya pula berhampiran dengan dewan tersebut, jadi kami ambil kesempatan itu untuk mengadakan jamuan kami di dewan demi keselesaan para tetamu... Jam 7.15 malam tetamu telah mula datang...walaupun masih awal dari masa jemputan...tapi semua hidangan telah ready. Diluar jangkaan...terkejut dan panik...ramai tetamu yang dijemput hadir... sambutan sangat baik... baru 8.30 malam..hampir 70% makanan telah habis..memang panik... chop!!..Faizal proaktif...pergi ke restoran yang berhampiran untuk order nasi dan lauk tambahan untuk menampung keperluan tetamu... alhamdulillah masalah dapat diatasi.. Syukurlah selain daripada nasi, kami ada menyediakan soto dan buah rambutan (agak banyak) juga...Jadi sementara menunggu nasi dan lauk tambahan tiba, mereka boleh menikmati soto atau makan buah-buahan dulu... Setelah beberapa kali memgadakan jamuan hari raya (rumah terbuka), inilah pengalaman paling berharga dari segi: 1. Lokasi 2. Tetamu yang datang dari pelbagai kategori... rakan guru, rakan kastam, anak murid dan kenalan.. 3. Kena buat budget yang agak besar jika jamuan dibuat pada hujung-hujung Syawal ini. 4. Perlu buat list/anggaran para tetamu Sambutan yang hebat ini bukan sahaja 'memeranjatkan' aku, malah ramai juga tetamu yang kagum dengan bilangan tetamu yang hadir..mereka kata macam majlis kahwin. Memang dalam tempoh 11/2 jam itu (7.30pm-9.00pm) tak menang tangan untuk melayan tetamu yang hadir. Apa yang aku plan pada malam itu tak menjadi..antaranya ialah untuk bergambar dengan tetamu dan keluarga mereka yang hadir...Foto-foto itu untuk aku abadikan dalam blog ini atau dalam facebook ku... Hakikatnya..semua perancangan itu tinggal kenangan saja.... Dalam kesibukan melayan tetamu dan rasa panik kerana kehabisan nasi dan lauk...sekeping gambarpun tak terakam!! Menjelang jam 10.15 malam, tetamu berangkat pulang dan caterer kami sibuk mengemaskan pinggan dan mangkuk bekas jamuan tadi...

Saturday, October 17, 2009

Deepavali

Selamat Menyambut Deepavali kepada semua rakan dan taulan yang beragama Hindu..Moga tahun ini membawa lebih "cahaya" dalam hidup kalian..

Wednesday, October 14, 2009

Relaks jap...tengok dulu cerita artis...- Ida Nerina failkan tuntutan cerai di mahkamah Syariah?..jadikan iktibar atas apa yang berlaku

Sunday, October 11, 2009

Sembang-sembang...

Pilihanraya N31-Bagan Pinang, Port Dickson ... calon BN-Tan Sri Isa Samad menang dengan majoriti yang besar iaitu 5,435 undi. Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi. Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini. Semoga janji-janji yang ditaburkan sepanjang lapan hari berkempen akan ditunaikan sepanjang berkhidmat sebagai ADUN...janganlah abaikan kepercayaan rakyat terhadap Tan Sri...

Wednesday, October 7, 2009

Demam Peperiksaan

Hari ini, 7 Oktober 2009, calon PMR menduduki peperiksaan...bagi pelajar lain, menduduki peperiksaan akhir tahun...pendek kata 2 minggu ni pelajar dilanda demam peperiksaan. Sama ada bersedia atau tidak, mereka terpaksa menghadapi situasi ini. Adakah peperiksaan ini bermakna pada diri mereka? atau sekadar mengisi detik masa yang berlalu

Sunday, October 4, 2009

Demam Rumah Terbuka Raya

Hujung minggu ini peluang makan free memang banyak... ada jemputan kahwin... ada jemputan rumah terbuka raya....dari tengah hari sampai ke malam.... sekarang ni pun baru balik dari rumah terbuka ....3 jemputan malam ni...tegang juga perut dibuatnya... Satu topik yang menarik... amalan mengadakan rumah terbuka sempena hari raya boleh dikatakan sebagai budaya rakyat Malaysia...sekurang-kurangnya untuk memupuk semangat 1Malaysia? Di Labuan semangat 1Malaysia sebenarnya memang telah lama menjadi amalan masyarakatnya...tanpa mengira suku kaum, keturunan atau bangsa, sama ada etnik Bumiputera, Cina atau India, mereka boleh berintegrasi antara satu sama lain...mesra dan ikhlas... Berbalik kepada amalan rumah terbuka tadi, para tetamu yang dijemput dan yang hadir bukan terdiri daripada satu kaum sahaja, sebaliknya memang wujud integrasi antara kaum... Masalah perpaduan kaum merupakan isu nasional...sebagai sebuah negara yang multiracial...isu perkauman merupakan isu yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Dasar-dasar negara terhadap isu ini perlulah jitu dan mantap...Adalah diharapkan rakyat Malaysia dapat mengekalkan semangat perpaduan yang sedia kepada satu tahap yang lebih baik khususnya di kawasan bandar...

Saturday, October 3, 2009

Demam peperiksaan..

Jika di Filipina, negaranya dilanda ribut Ketsana dan Parma... di Tonga dan Samoa dilanda tsunami, di Padang, Sumatera dilanda gempa bumi...di Malaysia pula secara amnya pada minggu hadapan dilanda demam peperiksaan PMR dan akhir tahun... di seluruh negara dianggarkan seramai 475, 182 pelajar akan menduduki PMR...Peperiksaan bertulis PMR akan diadakan di seluruh negara pada 7, 8, 9 Oktober 2009 dan disambung pada 12 dan 13 Oktober 2009. Kepada semua pelajar SMK Pantai, WP. Labuan diucapkan selamat menghadapi PMR...luahkan segala ilmu yang telah dipelajari sebelum ini... tekun, tabah dan sabar adalah kunci kejayaan... Buat sehabis baik...yang seterusnya berserah kepada Allah...

Friday, October 2, 2009

Selepas Raya....

Keadaan abah beum pulih sepenuhnya semasa kami berangkat pulang ke Labuan.. Harap-harap Gja dapat menguruskan keperluan abah... kakinya perlu buat dressing...agar tidak berlemak...bernanah... dahinya masih bengkak...kesan darah beku di muka semakin pudar... Simpati juga pada Gja... selain menguruskan baby, dia perlu menguruskan keperluan abah (seperti menguruskan baby juga)... Hari Isnin - 28 September, Gja bawa abah ke klinik untuk dressing dan buka jahitan, doktor kata luka di belakang tumit abah dah ada jangkitan kuman...abah tak pantang makan (hari raya lagi...macam-macam makanan ada)... Hari Rabu - 30 September, abah kena refer di salah sebuah hospital kerajaan berkenaan luka di kaki yang telah dijangkiti kuman... namun kerana kesuntukan masa (biasalah...hospital kerajaan kena tunggu lama...sebelum berjumpa doktor), Gja refer di hospital swasta..., luka abah dapat sudah dapat disettlekan... Hari Khamis - 1 Oktober ...masalah lain pula... bengkak di dahi abah belum lagi surut... doktor sarankan agar buat pemeriksaan terhadap penglihatan abah dan bengkak di dahinya... Setelah didignosis, ada blood clot (darah beku)...perlu minor operation... Hari Jumaat - 2 Oktober...Dak abang (Azwan) bawa abah ke hospital swasta untuk minor operation tersebut...kos operation RM1K, tepat jam 11.50 am abah masuk OT... alhamdulillah 1/2 jam selepas itu abah selamat menjalani pembedahan... jam 4 pm dibenarkan pulang... Syukurlah ada adik-adik yang prihatin terhadap keperluan abah...aku yang jauh diperantauan ini hanya mampu berdoa akan keselamatan abah dan keluarga... Besar juga dugaan yang dihadapi abah lewat usia emasnya ini... bersabarlah abah dan redhalah dengan ujian dariNya ini...semua ini memang menguji kesabaran...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah