Friday, December 25, 2009

Akhirnya kini Pasti..

Penantian selama hampir tujuh minggu telah berakhir ...Teka teki yang bermain di minda selama ini telah ada jawapannya...Siapa yang lulus?, siapa yang gagal?, berapa peratus lulus?, berapa peratus gagal?, siapa terbaik?, siapa paling lemah?...telah terjawab... Akhirnya kini pasti...keputusan PMR 2009 seluruh negara meningkat...sebaliknya SMK. Pantai merosot sedikit... namun bilangan straight A bertambah... Jadi apa pula selepas ini?

Wednesday, December 2, 2009

Wabak...wabak...wabak..

Tinggal sebulan lagi sebelum melangkah ke tahun baru 2010. Pelbagai peristiwa yang telah dilalui sepanjang 2009. Pelbagai perayaan dan sambutan yang telah dilakukan. Pelbagai wabak dan bencana yang telah berlaku...Semalam 1 Disember... adalah hari yang telah diisytiharkan sebahai Hari AIDS Sedunia dan 1 Disember 2009 merupakan sambutan Hari HIV/AIDS Sedunia yang ke-21. Sambutan ini telah dimulakan sejak tahun 1988 lagi yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap HIV dan AIDS. HIV/AIDS??...mungkin masyarakat di Malaysia hampir terlupa akan wabak ini kerana sepanjang tahun ini rakyat Malaysia sangat 'digemparkan' dengan wabak Influenza A H1N1.. AIDS atau disebut sebagai Sindron Kurang Daya Tahan Penyakit adalah disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai HIV yang menyebabkan kegagalan sistem tubuh untuk melawan penyakit kerana kuman HIV telah memusnahkan sel yang bertanggungjawab melawan penyakit disebabkan oleh kuman, bakteria, virus dan lain-lain. Persoalannya...setelah 21 tahun kempen ini berjalan...sudah sedarkah manusia sejagat tentang punca penularan wabak ini dan sedarkah mereka terhadap tanggungjawab untuk bersama-samanya mencegah dan mengawal diri, keluarga dan masyarakat daripada terjebak dan terjerumus dengan gejala serta perkara-perkara mungkar yang mengundang kepada penyakit AIDS? Jika dahulu, di Malaysia punca utama penularan virus HIV adalah melalui masalah penagihan dadah dan perkongsian jarum suntikan, tetapi tred itu telah berubah pada hari ini..lihat laporan Berita Harian... Statistik HIV dan AIDS di dunia agak menggerunkan; mengikut kajian UNAIDS, 33.4 juta orang yang hidup dan dijangkiti HIV di dunia ini, and 2.7 juta kes baru didiagnos pada tahun 2008. Sejak bermulanya jangkitan HIV sehingga kini, kira-kira 25 juta orang telah meninggal dunia akibat jangkitan ini. Bayangkan ketika ini, purata sehari tiga pesakit AIDS meninggal dunia dan 19 orang menjadi pembawa HIV positif. Melihat senario di Asia, menjelang tahun 2010 diramalkan akan muncul 10 juta pesakit AIDS dengan mencatatkan kematian sebanyak 750,000 setahun. Belanja yang perlu disediakan untuk menghadapi bencana ini dianggarkan melebihi RM66.5 bilion. Sebagai individu yang kerdil..mampukah kita menghalang gelombang wabak ini? Jawapannya BOLEH jika kita jadikan langkah berikut sebagai amalan hidup:
  1. Dididiklah diri kita, anak-anak dan keluarga kita dengan didikan agama yang sempurna. Tanamkan penghayatan akidah dalam hati dan jiwa mereka disamping sentiasa mengawasi dan memastikan mereka tidak mengabaikan kewajiban ibadah kepada Allah s.w.t.
  2. Jauhi diri kita, anak-anak dan keluarga daripada sebarang bentuk hiburan yang melalaikan.
  3. Jangan biarkan diri kita, anak-anak dan keluarga kita bergaul bebas sesama lelaki dan perempuan yang boleh mendekatkan kepada zina.
Utamakan kesihatan dan amalkan cara hidup SIHAT. Untuk bacaan lanjut boleh baca AIDS Epidemic Update 2009
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah