Satu majlis perpisahan pengetua En. Yusup b. Mohamad telah diadakan dalam suasana yang sederhana tetapi meriah. Majlis ini diadakan di dalam surau sekolah yang dihadiri semua pelajar tingkatan 5 dan majlis ketua tingkatan. Pada peringkat awal, majlis ini dirancang di adakan di tapak perhimpunan, tetapi cuaca pagi itu hujan renyai-renyai, maka lokasi majlis ditukar di surau sekolah. Berikut ialah beberapa keping gambar yang boleh menceritakan majlis tersebut.
Sedang mendengar ucapan pengetua
Persembahan daripada pasukan puisi berirama
sebahagian guru yang turut serta
Sempat posing....
sebahagian murid perempuan
Penyampaian cendera hari daripada ketua kelas
Kek yang ditaja badan pengawas
Pada sebelah tengah hari pula, telah diadakan salam selamat tinggal antara pengetua dengan semua murid...