Tuesday, May 4, 2010

Motivasi Menjelang Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

  • "Sedikit pencapaian itu lebih baik daripada tiada pencapaian langsung"
  • "Something is better than nothing"
  • "If you can't see it, you can't have it".
  1. Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran.
  2. Sebelum kamu mampu mendapat gred A+ atau A untuk subjek Sejarah SPM, A+ @ A itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran. Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, kamu tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan.
  3. Gambaran kamu berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Kamu tidak akan menghasilkan sesuatu yang kamu tidak gambarkan. Oleh itu, gambarkanlah A+ atau A dan kamu pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu.
  4. Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan kamu untuk merealisasikannya. Cubalah..

Saturday, May 1, 2010

Minggu Ulangkaji

Buat pelajar SMK Pantai, di sini cikgu paparkan beberapa tips yang boleh diaplikasikan dalam menghadapi peperiksaan pertengahan tahun 2010 .. Semoga kalian berjaya mencapai kecemerlangan khusus dalam subjek Sejarah:
1. Rancang Persiapan Peperiksaan

  • Dapatkan restu ibu bapa dan guru
  • Beberapa minggu sebelum peperiksaan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan walau di mana kamu berada - di sekolah, rumah, manfaatkan masa dengan membaca nota ringkas.
  • Jaga kesihatan diri dan tidur yang dengan secukupnya kamu supaya sentiasa sihat, segar dan fokus ketika mengulangkaji dan menduduki peperiksaan.

  • Lupakan dulu perkara-perkara lain yang kamu minat...games, FB, etc

  • Tenang dan percayakan diri sendiri...kamu boleh lakukan yang terbaik..
2. Banyakkan buat latihan sambil mengulangkaji

  • Teruskan membuat latihan yang cikgu berikan atau jawab soalan model peperiksaan dan cuba jawab soalan-soalan peperiksaan sebenar. Semak jawapan dan kukuhkan penguasaan kamu dengan membuat semakan dari buku teks terutama pada bahagian soalan yang gagal dijawab. Tindakan ini akan membiasakan kamu dengan soalan standard, di samping memanjangkan hayat ingatan kamu...(do it over and over and over again..)

3. Ulangkaji semua

  • Jangan sekali-kali belajar tajuk atau sub-tajuk yang anda sukai sebaliknya merangkumi semua bab (yang telah dipelajari). Semua bab adalah keutamaan kamu.

Lagi beberapa tips akan menyusul kemudian...tunggu!!!

HARI PEKERJA

Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua insan yang menyambutnya. Bersama-samalah menghayati tema tahun ini yang berbunyi "Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi". Agak berbelit juga lidah nak menyebut frasa ini...semoga para pekerja di luar sana tidak terbelit minda untuk memahami dan menjadikannya satu realiti..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah