Thursday, June 23, 2011

Rombongan Brunei ke SMK. Pantai...sr 1

Esok  24 Jun 2011 merupakan hari yang agak sibuk di SMK Pantai. Ada dua agenda yang akan berlangsung. Agenda pertama, warga sekolah akan menerima kunjungan ibu bapa dan penjaga pelajar untuk Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 yang dijangka bermula pada jam 10.00 pagi.

Justeru itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menjemput ibu bapa dan penjaga pelajar agar datang beramai-ramai untuk mengambil slip peperiksaan anak-anak tuan sekaligus dapat berinteraksi dengan guru kelas khususnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang prestasi dan potensi anak-anak tuan terutama dalam bidang akademik.  Interaksi ini sekurang-kurangnya dapat membantu ibu bapa atau penjaga dalam memantau perkembangan pembelajaran anak-anak di rumah.

Agenda kedua pula, dalam jangka masa yang hampir sama (lebih kurang jam 10.30 pagi), warga sekolah akan menerima kunjungan antarabangsa dari Brunei Darussalam.  Rakan rombongan seramai 30 orang yang terdiri daripada guru dan murid dari Sekolah Menengah Menglait, Gadong, Brunei DS.

Lencana SM Menglait

Lencana SMK Pantai

Berikut ialah aturcara yang diatur untuk menyambut tetamu


  1. Tarian Sambut Tamu
  2. Taklimat oleh pengetua
  3. Tayangan multimedia
  4. Sesi perkongsian ilmu
  5. Ucapan balas oleh ketua rombongan
  6. Penyampaian cenderahati
  7. Sesi lawatan ke sekitar sekolah
  8. Solat Jumaat
  9. Berangkat pulang
(Sumber aturcara :Pn. Jijah,PK 1)

Kepada semua warga sekolah, terima kasih atas kerjasama yang diberikan dalam proses membantu menjayakan agenda tersebut.

Jumpa esok..^_^

Sunday, June 19, 2011

AlFatihah...Zami Ismail...Perginya Seorang Pelawak Legenda..

Sebaik tiba di rumah pada jam 12.30 tengah hari tadi, terus buka tv dan terdengar berita pelawak Zami Ismail dilaporkan meninggal dunia. Kiranya terkejut juga, hari sebelum tu ada menonton  lakonannya dalam cerita Anak Bapak Sr 2 di TV Hijrah...terasa baru sangat rasanya tengok wajah dia...Alih-alih hari ni dengar dia dah meninggal.


Zami Ismail ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia yang terkenal. Paling diingati ialah peranan beliau dalam siri sitcom televisyen `Pi Mai Pi Mai Tang Tu' sebagai Pak Uda serta siri `Salam Pantai Timur'.


Pak Uda meninggal dunia pada hari Ahad, 19 Jun 2011 di Institut Jantung Negara kerana komplikasi jantung pada umur 67 tahun. Jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak. Pada 2008, beliau pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Selayang selepas tidak sedar kerana sesak nafas.


(Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Zami_Ismail)

Apabila tengok gambar ini semasa dia di wad 


teringat pada abah yang juga pernah dimasukkan ke CCU Hospital Seremban pada 10 April kerana mempunyai masalah jantung dan kemudian ke IJN pada 20 April untuk masukkan pacemaker...tapi masa tu doktor dan nurse tak bagi ambil gambar jadi tiada gambar  untuk disimpan.  Apabila diamati gambar ini betul-betul menimbulkan kenangan terhadap abah semasa itu, cuma bezanya abah pada masa itu rambutnya telah dibotakkan dan telah selamat menjalani operation cuma keadaannya yang tidak begitu stabil.

Berbalik kepada Zami Ismail@Pak Uda, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh. Amin


Al-fatihah.

Saturday, June 11, 2011

Kembali ke Sekolah

13 Jun 2011..kembali ke sekolah...selepas 2 minggu bercuti.  Perasaan yang berbeza memang menyelubungi insan yang bergelar murid dan guru. Ada yang memang menunggu-nunggu saat ini...mungkin dan bosan berada di rumah... dan inilah masanya untuk bertemu kembali rakan sekolah. Ada juga yang rasa malas dan berat hati untuk melangkahkan kaki ke destinasi bernama sekolah ini, perasaan ini lahir kerana tidak puas lagi bercuti,  bersuka ria atau berseronok, terpaksa berpisah dengan keluarga atau apa saja alasannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah