Tenungan Akhir 2012
SEJARAH
SPM
BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
Pengaruh
Agama Hindu /Buddha Dalam Kerajaan Awal.
a)
Proses permulaan kedatangan pengaruh Hindu/Buddha.
- Peranan
Ksyatria atau tentera – melalui penaklukan.
- Peranan
pedagang atau Vaisya.
- Peranan
Brahmin atau pendeta.
- Penyesuaian
budaya India yang menarik sahaja dengan budaya tempatan berlaku, buktinya arca
bercirikan Asia Tenggara di Srivijaya – ikatan tali kulit harimau hanya ada di
Srivijaya.
- Aspek
Hindu/Buddha yang diambil berbeza antara seoang pemerintah di Asia tenggara
dengan pemerintah Asia Tenggara yang lain – di Kedah Tua (Buddha), Dieng di
Indonesia (Hindu), Pulau Bangka (Hindu mazhab Vishnu).
- Pengaruh
Hindu/Buddha berlaku serentak dengan hubungan perdagangan, apabila Rom menghentikan
perdagangan emas ke India maka India beralih mendapat emas di Asia Tenggara.
b)
Pengaruh Hindu/Buddha dalam sistem pemerintahan.
- Gelaran
raja bermula selepas kedatangan pengaruh sistem beraja India. Di bawah raja
ialah kerabat diraja dan pembesar termasuk ahli agama seperti Brahmin. Selepas
itu rakyat dan hamba (bawah sekali).
- Raja
berkuasa mutlak dalam semua hal, perintahnya menjadi undang – undang,
menentangnya dianggap derhaka. Walau bagaimanapun raja harus adil kepada
golongan diperintah.
- Rakyat
takut derhaka maca muncul konsep dewa-raja yang mempuntai sakti. Unsure mitos
dan lagenda digunakan untuk memperkuatkan kedudukan pemerintahannya.
- Upacara
pertabalan dipimpin oleh Brahmin bertujuan membezakan kedudukan raja daripada
golongan diperintah.
- Raja
yang terpengaruh sistem Buddha/Hindu membina kompleks kota yang melambangkan
alam semesta (orde kosmos). Negara dianggap alam semesta, raja dan ibu kota
ialah pusat alam (pusat pemerintahan), maka raja perlu mengatur kesejahteraan
negara dan rakyat (alam semesta).
c)
Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Angkor.
- Angkor
Wat dibina oleh Raja Suryavaram II.
- Raja
dianggap raja dewa.
- Raja
dibantu pembesar atau gabenor di daerah.
- Brahmin
pula berperanan dalam upacara agama.
- Raja
juga dibantu oleh pembesar dikalangan pegawai tentera dan hakim.
d)
Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Srivijaya.
- Pengaruh
yang muncul ialah agama Buddha Mahayana.
- Raja
dibantu pentadbiran pusat dan daerah.
- Pentadbiran
pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara
dan raja putra. Seorang daripada mereka bakal menggantikan raja kecuali raja
putra kerana beliau anak gundik.
- Di
bawah anak raja ialah ketua pentadbiran pusat (parvanda atau senapati),
seterusnya pegawai lain seperti haim, temenggung dan penghulu.
- Kedudukan
hamba terletak paling bawah sekali.
- Pentadbiran
daerah ditadbir oleh Datu (dilantik raja) dan bhupati (orang-orang kaya).
- Datu
perlu bersumpah taat setia di Telaga batu Palembang, berdasarkan bukti jumpaan
batu bersurat di situ.
e)
Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian monumen.
- Monumen
ialah binaan/bangunan daripada batu untuk memperingati orang ternama atau
peristiwa penting seperti candi/kuil, wat/stupa, arca dan patung.
- Candi
– berperanan sebagai rumah ibadat, menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya,
menyimpan patung dewa utama dan lambing kehebatan raja.
- Angkor
wat dan Borobudur melambangkan order kosmos.
- Rumah
ibadat di Thailand, Kemboja, Vietnam disebut wat, tetapi di Burma disebut
stupa, di Indonesia disebut candi.
- Candi
Dieng dan Prambanan di Indonesia untuk agama Hindu, tetapi candi seperti Chaiya
dan Yarang di Thailand untuk agama Buddha.
- Patung
Hindu seperti patung dewa Siva, Brahma, Durga.
- Patung
Buddha seperti patung Avalokitesvara.
- Candi
dan patung di Asia Tenggara hasil campuran gaya tempatan dan India. Antara
pengaruh India tersebut ialah patung zaman Dinasti Gupta.
f)
Pengaruh Hindu dalam kesenian Angkor Wat.
- Angkor
Wat dibina di siem Reap untuk agama Hindu.
- Candi
ini mempunyai tempat pemujaan, menara, tembok.
- Ia
juga mempunyai ukiran Ramayana dan Mahabrata.
g)
Pengaruh Buddha dalam kesenian Borobudur.
- Candi
di Jawa Tengah ini untuk agama Buddha Mahayana.
- Ia
mempunyai 3 tingkat iaitu sila, samadhi dan panna, setiap tingkat dwakili oleh
patung stupa dan patung Buddha.
- Di
tingkat pertama diukir cerita Gautama Buddha.
h)
Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian candi Lembah Bujang.
- Candi
Lembah Bujang terdapat di Bukit Batu Pahat Pendiat dan Pangkalan Bujang.
- Candi
Hindu – terbahagi 2 iaitu Vimana ( bahagian suci tempat arca keagamaan ) dan
Mandapa ( bahagian luar).
- Candi
Buddha – memiliki pelan jenis cruciform.