Sunday, May 13, 2012

Badan Pengawas SMK Pantai

Pada 7 Mei 2012, jam 2.30 petang, bertempat di bilik mesyuarat SMKP, badan pengawas SMKP telah mengadakan satu aktiviti kepimpinan dan penghargaan kepada para pengawas sekolah yang telah banyak membantu dalam mengawal disiplin murid sekolah.

Program selama 1 jam 30 minit tersebut telah diisi dengan:

i)  Amanat pentadbir yang telah disampaikan oleh Pn. Jijah bt Mohamad Suhai, Penolong Kanan 1

ii) Peranan Pengawas sebagai Pemimpin disampaikan oleh PK HEM

Majlis yang dianjurkan badan pengawas ini telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Zulhilmi bersama Pn. Azniah Jali

Selain daripada ucapan dan ceramah, majlis ini turut memberi penghargaan kepada para pengawas yang lahir pada bulan Januari hingga Mei... siap potong kek hari jadi lagi..

Majlis ini diakhiri dengan sembahyang asar berjemaah yang diimamkan ustaz Mohd Zulhilmi.

Semoga semua pengawas yang hadir dapat mengaplikasikan hasil ceramah yang telah diberikan dan dapat  bertugas dengan penuh dedikasi selepas ini.

Sedang mendengar ucapan daripada PK 1

apa yang dimenungkan tu?

Buat catatan

PK 1 dan Ustaz Mohd Zulhimi 

Serius nampak!

Semoga apa yang disampaikan akan dipraktikkan

nampak biru...

dengar dan fikir

serius PK 1 menyampaikan amanat

Tajaan Badan Pengawas


yang diraikan

yang diraikan

Jumpa lagi..

Masa untuk membuat ulangkaji


TENUNGAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012
SEJARAH TINGKATAN 5

Gunakanlah tenungan ini sebagai panduan semasa membuat ulangkaji sebagai persediaan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun nanti.

Selamat belajar.


TEMA
BAB
TAJUK
CATATAN



TEMA 7
BAB 1
Kemunculan tamadun awal – Tamadun Hwang Ho



     
BAB 2
Peningkatan Tamadun – Aspek peningkatan tamadun
                              i        Pemerintahan dan pentadbiran
                             ii        Perundangan
                           iii        Perluasan kuasa

Peningkatan ekonomi – Tamadun India


TEMA 8
BAB 5
Kerajaan Islam di Madinah
                            i        Penyebaran Islam (perang dalam Islam)



TEMA 10



BAB 2
Faktor-faktor Pemangkin Nasionalisme

Gerakan Islah

Peranan Akhbar, Majalah dan Novel

Perjuangan Persatuan-persatuan Melayu





TEMA 11


BAB 3

Ciri-ciri Negara dan Bangsa

Kesultanan Melayu Melaka – Asas Pembentukan Negara dan bangsa

Warisan Negeri-negeri Melayu



BAB 5

Pakatan Murni

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
- Kandungan
- Kepentingan


Saturday, May 12, 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun 2012 kepada semua yang bergelar murid sama ada di sekolah rendah atau menengah.

Gunakanlah masa cuti hujung minggu ini dengan sebaik mungkin untuk membuat belajar dan menelaah pelajaran anda.

Belajarlah dengan bersungguh-sungguh, tekun dan fokus supaya apa yang anda baca boleh difahami dan diingati dengan mudah.

Jangan mudah putus asa.  Rancang masa kamu dengan sebaik mungkin.

Lupakan seketika keseronokan berhibur di pusat-pusat hiburan atau di depan laptop kamu...lupakan seketika jaringan sosial kamu... Lakukan pengorbanan ini demi kecemerlangan akademik kamu.

Gambar hiasan...sedang tekun menjawab soalan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah