Sekarang mari kita kukuhkan kefahaman terhadap topik ini.
Tema 10: Bab 1: Tingkatan 5
Soalan
Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara pada
umumnya dibahagikan kepada dua tahap.
a) Nyatakan
ciri-ciri nasionalisme tahap pertama dan kedua di Asia Tenggara
Jawapan
Ciri-ciri
nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara
Gerakan nasionalisme tahap pertama
bersifat setempat. Gerakan tahap pertama tiada organisasi.
Matlamat gerakan nasionalisme tahap
pertama ialah mennuntut pembaharuan dalam bidang kebudayaan, agama dan hak
peribumi. Gerakan tahap pertama tidak menuntut kemerdekaan segera.
Gerakan tahap pertama dipimpin
golongan pertengahan yang mendapat pendidikan di Barat dan Timur Tengah
Gerakan tahap pertama bersifat
sederhana. Menggunakan kaedah memberi kesedaran melalui karya kesusasteraan
Ciri-ciri nasionalisme tahap Kedua di
Asia Tenggara
Gerakan nasionalisme tahap kedua pula bersifat
nasional. Gerakan tahap kedua mempunyai
organisasi yang tersusun.
Gerakan tahap kedua mempunyai matlamat
menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri. Gerakan tahap kedua juga dipimpin golongan berpendidikan tinggi yang
berpengetahuan.
Gerakan kedua menggunakan gerakan bersifat radikal.
Melancarkan revolusi untuk mencapai matlamat.
b) Jelaskan perkembangan nasionalisme di negara
berikut:
i) Filipina
Jawapan
ciri-ciri
gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina ialah
F1 merupakan gerakan dakyah
F2 dipimpin oleh Jose Rizal
F3 menuntut kebebasan bersuara
F4 menuntut Filipina dijadikan wilayah
Sepanyol
F5 menubuh Liga Filipina
F6 ditangkap dan dibunuh
Ciri-ciri
gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina ialah
F1 dimulakan oleh Andres Bonifacio
F2 menubuhkan Katipunan
F3 untuk menyatukan bangsa Filipina
F4 mencapai kemerdekaan
F5 melancarkan revolusi bersenjata tetapi
gagal
F6 menggunakan akhbar Kalayan
F7 diteruskan oleh Emilio Aguinaldo
F8 bekerjasama dengan Amerika Syarikat
Jelaskan perkembangan nasionalisme di negara berikut:
ii) Indonesia
Ciri-ciri
gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia ialah
F1 dipelopori oleh Raden Adjeng Kartini
F2 memajukan pendidikan wanita
F3 menulis karya Seorang Puteri Jawa
F4 mendedahkan kemunduran dan penindasan
Belanda
F5 melalui pertubuhan Muhammadiyah
F6 matlamat menyebarkan Islam
F7 menentang penyebaran agama Kristian
Ciri-ciri
nasionalisme tahap kedua di Indonesia ialah
F1 diperjuangkan oleh parti radikal
F2 seperti Parti Nasional Indonesia (PNI)
F3 dipimpin oleh Soekarno
F4 menuntut kemerdekaan
F5 walaupun secara kekerasan
F6 PNI diharamkan
c) Sekiranya anda dilantik menjadi
pemimpin Malaysia, bagaimanakah anda menanamkan
semangat nasionalisme kepada rakyat jelata.
F1 Menanam semangat patriotisme dalam setiap
tindakan yang dilakukan.
F2 Menanam
perasaan cinta dan sayangkan negara
F3 Menjamin kedaulatan negara, tidak dijajah oleh
kuasa asing.
F4 Semangat mempertahankan negara dan
bangsa.
F5 Semangat bersaing dan berusaha untuk
memajukan diri/bangsa/negara.
F6 Menyemai perasaan menghargai perjuangan
dan pengorbanan pejuang terdahulu.
F7 Mendorong
semangat berkorban demi bangsa dan negara.
F8 Mana-mana yang munasabah