skip to main |
skip to sidebar
Hari ni cuti umum...Cuti Hari Malaysia..16 September 2010...ada empat jemputan rumah terbuka hari raya...sempat tunaikan dua jemputan sahaja. Alhamdulillah...terima kasih atas jemputan...
Pada zaman melenium ni, amalan rumah terbuka sempena hari raya sudah menjadi satu ikutan yang diamalkan oleh semua kaum di Malaysia. Malah boleh dikategorikan sebagai budaya..satu perlakuan yang menjadi amalan masyarakat.
Hari raya memang sinonim dengan rumah terbuka. Hal ini menjadi topik perbualan hangat menjelang hari raya, selain daripada topik juadah yang nak dihidangkan, baju raya, langsir raya, pinggan mangkuk raya, perabut raya yang memang semestinya tersenarai dalam tajuk perbualan walaupun bulan ramadan belum menjenguk tiba...
Hal ini sangat berbeza dengan situasi pada zaman saya kecil dulu...hari raya memang telah diketahui umum sebagai hari untuk kunjung mengunjungi, untuk bertandang atau hari rumah terbuka... tak perlu tetapkan tarikh bila dan di mana? Menu apa nak dihidangkan? Siapa jemputan... Semua tu tak perlu...
Menjelang saja malam raya, dah ada tetamu yang datang, tuan rumah dah bersedia dengan hidangan ringan...malam takbir...rombongan takbir akan datang dari rumah ke rumah bertakbir membawa ke pukul satu hingga dua pagi...
Semasa arwah nenek masih ada, setiap pagi hari raya pertama, selepas sembahyang sunat hari raya, pasti ada tetamu yang singgah khususnya saudara mara (lelaki) datang bertandang untuk bertanya khabar nenek sambil meraikan hari raya.
Meriah...mula jam 10 pagi hingga ke petang pula kanak-kanak datang bertandang...datang dari pelbagai kampung...ada yang berjalan kaki, berbasikal dan ada juga yang bermotor...ada juga dalam kalangan mereka yang tidak dikenali...tetap dilayan dan dijemput masuk...pintu rumah sentiasa terbuka...hidangan pula memang telah disediakan. Hari raya pertama, tetamu dijamu dengan hidangan utama ketupat, rendang, lemang...wajib ada.
Memang meriah...tak menang tangan layan kanak-kanak...ditambah lagi dengan saudara mara yang datang...penat tetapi puas...gembira...masa tu tak de pula rasa takut nak beraya...takut pencuri, takut diculik, atau takut kedatangan tidak diterima...
Hari raya hari bergembira...
Namun suasana ini hampir tidak menjadi amalan pada hari ini. Kanak-kanak tidak lagi beraya bersama-sama rakan...Mereka lebih rela menghabiskan masa di depan TV, PS atau pegi ke CC. Selain itu, mereka akan beraya bersama-sama ibu bapa. Faktor keselamatan mungkin merupakan satu faktor yang menyebabkan ibu bapa tidak 'berani' membenarkan anak-anak dalam usia kanak-kanak untuk berjalan sendiri... Kes rompak, culik, bunuh yang berleluasa dewasa ini turut menjejaskan kemeriahan sambutan hari raya yang tradisional...
0 comments:
Post a Comment