Tuesday, January 24, 2012

Imperialisme di Asia Tenggara Sr 3

Nota Bab 1 Sejarah Tingkatan 5


BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Nasionalisme di Asia Tenggara


1   Faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara.


   F1 Dasar Penjajah Barat
   H1a Rakyat tempatan tidak puas hati terhadap dasar penjajah.
   H1b Penduduk tempatan tiada peluang dalam sistem birokrasi Barat.
   H1c Dasar ekonomi penjajah bersifat menindas.
   H1d Penjajah mewujudkan jurang sosial dalam masyarakat.
   H1e Dasar kemasukan imigran menyebabkan ekonomi dikuasai oleh mereka.


   F2 Pengaruh Agama.
   H2a Agama menjadi alat penyatuan rakyat.
   H2b Lahirnya gerakan Islah oleh persatuan-persatuan agama.


   F3 Karya Kesusasteraan.
   H3a Karya membangkitkan kesedaran dan kecintaan kepada negara.
   H3b Karya menyampaikan mesej kesengsaraan rakyat.


   F4 Pendidikan.
   H4a Penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam pendidikan.
   H4b Kemudahan disediakan untuk sekolah yang menggunakan bahasa penjajah.
   H4c Pendidikan diberi kepada golongan elit sahaja.
   H4d Lepasan sekolah vernakular sukar untuk mendapatkan pekerjaan.


   F5 Kemunculan Golongan Intelek.
   H5a Golongan intelek yang terdedah kepada idea falsafah Barat dan Islam.
   H5b Memimpin gerakan nasionalisme menuntut membaiki taraf hidup dan membebaskan negara.


   F6 Pengaruh Media.
   H6a Media seperti akhbar dan majalah menyemarkakkan semangat nasionalisme.
   H6b Menyebarkan idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah.


   F7 Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan.
   H7a Sistem perhubungan memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.
   H7b Jalan raya dan jalan kereta api menghubungkan kawasan yang sebelumnya terpisah


   F8 Pengaruh Luar.
   H8a Kejayaan Jepun menewaskan China dan Rusia membuka mata nasionalis.
   H8b Perjuangan Mahatma Ghandi menjadi sumber inspirasi kepada nasionalis.


2.   Gerakan Nasionalisme Tahap Pertama di Asia Tenggara.

            F1        Bersifat setempat.
            F2        Tiada organisasi.
            F3        Matlamat gerakan nasionalisme mennuntut pembaharuan dalam bidang                               
                        kebudayaan, agama dan hak peribumi.
            F4       Gerakan tahap pertama tidak menuntut kemerdekaan segera.
            F5       Dipimpin golongan pertengahan yang mendapat pendidikan di Barat dan Timur   
                        Tengah                
            F6       Bersifat sederhana
            F7       Menggunakan kaedah memberi kesedaran melalui karya kesusasteraan

3.         Gerakan Nasionalisme Tahap Kedua di Asia Tenggara.

            F1        Bersifat nasional.
            F2        Mempunyai  organisasi yang tersusun.
            F3        Mempunyai matlamat menuntut kemerdekaan
            F4        dan membentuk kerajaan sendiri.
            F5        Dipimpin  golongan berpendidikan tinggi yang berpengetahuan
            F6        Menggunakan gerakan bersifat radikal.
            F7        Melancarkan revolusi untuk mencapai matlamat.


4.         Ciri-ciri gerakan nasionalisme TAHAP PERTAMA di Filipina.

F1          merupakan gerakan dakyah
F2          dipimpin oleh Jose Rizal
F3          menuntut kebebasan bersuara
F4          menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
F5          menubuh Liga Filipina
F6          ditangkap dan dibunuh

5.         Ciri-ciri gerakan nasionalisme TAHAP KEDUA di Filipina

         F1        dimulakan oleh Andres Bonifacio
         F2        menubuhkan Katipunan
F3          untuk menyatukan bangsa Filipina
F4          mencapai kemerdekaan
F5          melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal
F6          menggunakan akhbar Kalayan
F7          diteruskan oleh Emilio Aguinaldo
F8          bekerjasama dengan Amerika Syarikat


6.         Ciri-ciri gerakan nasionalisme TAHAP PERTAMA di Indonesia

         F1        dipelopori oleh Raden Adjeng Kartini
F2          memajukan pendidikan wanita
F3          menulis karya Seorang Puteri Jawa
F4          mendedahkan kemunduran dan penindasan Belanda
F5          melalui pertubuhan Muhammadiyah
F6          matlamat menyebarkan Islam
F7          menentang penyebaran agama Kristian

7.         Ciri-ciri nasionalisme TAHAP KEDUA di Indonesia

F1          diperjuangkan oleh parti radikal
F2          seperti Parti Nasional Indonesia (PNI)
F3          dipimpin oleh Soekarno
F4          menuntut kemerdekaan
F5          walaupun secara kekerasan
F6          PNI diharamkan

8.         Ciri-ciri nasionalisme TAHAP PERTAMA di Thailand

          F1        menentang penguasaan politik kerabat diraja
F2          raja berkuasa mutlak
F3          sikap boros raja
F4          pendidikan Barat mendedahkan fahaman demokrasi
F5          pendedahan tentang raja berpelembagaan
F6          Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai
F7          menamatkan raja berkuasa mutlak.

9.         Ciri-ciri nasionalisme TAHAP KEDUA di Thailand

F1          rakyat tidak puas hati penguasaan ekonomi orang Cina
F2          dan kapitalis Barat
F3          menyekat penguasaan melalui undang-undang
F4          sekolah Cina dibubarkan
F5          akhbar Cina dibubarkan
F6          penduduk tempatan digalak menguasai ekonomi
F7          jawatan tertinggi hanya untuk penganut Buddha
F8          nama Siam ditukar kepada Thailand

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah