Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 kepada semua murid SMK Pantai. Berusahalah bersungguh-sungguh demi kecemerlangan masa depan kalian.
Sebagai persediaan menduduki peperiksaan ini, di sini saya kongsikan beberapa amalan yang telah diolah daripada tulisan di akhbar dan tulisan dari beberapa blog sebagai panduan bersama...bacalah...
Persediaan menghadapi ujian/peperiksaan:
- Ulangkaji Berterusan
- Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
2. Jadual waktu
3. Tentukan keutamaan
- Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan tubi yang berterusan perlu dibuat terlebih dulu terhadap kertas peperiksaan yang terakhir diduduki . Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
3. Tentukan keutamaan
- Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. Dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
- Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran, fokus dan tidak putus asa.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan cara itu dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
Selamat Berjaya
0 comments:
Post a Comment