Wednesday, October 3, 2012

Tenung-tenung #2

Masa untuk membuat ulangkaji.  Latihan demi latihan. Jangan putus asa.  Kuatkan semangat.


Latihan ini sesuai sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan SPM 2012 dan murid tingkatan 4 yang akan menduduki peperiksaan akhir tahun 2012 pada minggu hadapan.


Tema 9: Bab 9 : Sejarah Tingkatan 4



2 (a)     Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Gelap?

F1           Zaman kemerosotan ilmu pengetahuan
F2           Perdagangan tidak meluas/tidak bersifat antarabangsa
F3           Kemerosotan kehidupan perbandaran
F4           Tiada pentadbiran pusat yang berkesan / pentadbiran pusat yang lemah
F5           Gereja mengongkong kehidupan manusia
F6           Kelembapan kegiatan ekonomi/sara diri/tukar barang

2(b)      Senaraikan ciri-ciri Zaman Gelap

F1           Kemerosotan ilmu pengetahuan
F2           Kemerosotan kehidupan perbandaran
F3           Ketiadan pentadbiran pusat yang berkesan
F4           Kemunculan golongan baron (tuan tanah)
F5           Petani mendapat perlindungan daripada tuan tanah
F6           Petani membayar cukai tinggi kepada tuan tanah
F7           Petani yang tidak mampu menyerahkan tanah kepada tuan tanah
F8           Petani menjadi hamba kepada tuan tanah
F9           Golongan baron / tuan tanah mendapatkan perlindungan daripada raja
F10         Tuan tanah membayar cukai / memberi perkhidmatan kepada raja
F11         Membentuk sistem feudal di Eropah
F12         Gereja Katolik menjadi institusi yang berkuasa
F13         Gereja Katolik memiliki hartanah yang banyak
F14         Gereja memfokuskan kepada amalan agama / ilmu keakhiratan
F15         Gereja mengongkong kehidupan manusia
F16         Kegiatan ekonomi lembab
F17         Kegiatan perdagangan tidak meluas
F18         Perdagangan diganggu oleh serangan orang gasar/Viking/Mgyar
F19         Perdagangan dikuasai oleh orang Islam
F20         Menumpukan kepada ekonomi pertanian
F21         Perniagaan hasil pertanian secara tukar barang
F22         Penggunaan mata wang terhad

2(c)      Mengapakah masyarakat Eropah berjaya keluar dari Zaman Gelap?

F1           Gereja menjadi ajen penyatuan
F2           Peningkatan aktiviti pertanian
F3           Kemajuan perdagangan
F4           Kemunculan bandar baru seperti Venice/Milan/Florence
F5           Lahir golongan pertengahan seperti artisan/pedagang/ahli perbankan
F6           Status sosial berubah daripada berasaskan pemilikan tanah kepada berasaskan kekayaan
F7           Rakyat mula terlibat dalam urusan politik
F8           Parlimen diwujudkan untuk memenuhi permintaan rakyat
F9           Kemunculan Zaman Renaissance
F10         Lahir manusia Renaissance seperti Francesco Petrarch / Niccolo Michiavelli / Giovanni  
               Bocaccio
F11         Kemunculan aliran humanisme / keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan masalah
F12         Semangat inkuiri / ingin tahu / berani meneroka
F13         Berlaku pertembungan budaya/bangsa/agama
F14         Berlaku gerakan Reformation
F15         Lahir golongan patron / pedagang kaya
F16         Wujud persaingan antara bandar untuk menarik tokoh cendekiawan
F17         Kemunculan golongan saintis seperti Galileo Galilie
F18         Penekanan kepada keupayaan individu
F19         Kemunculan golongan monarki baru
F20         Kegiatan penerokaan dan penjelajahan
F21         Perubahan pemikiran dan gaya hidup
F22         Keyakinan diri yang tinggi / optimis / berani mengambil risiko
F23         Menekankan pendidikan / ilmu
F24         Menggunakan sepenuhnya keupayaan minda untuk berfikir
F25         Berlaku Revolusi Pertanian
F26         Pemagaran tanah
F27         Penanaman secara ladang
F28         Penciptaan teknologi baru dalam bidang pertanian
F29         Berlaku Revolusi Perindustrian
F30         Pembinaan kilang
F31         Pengkhususan pengeluaran
F32         Kemunculan golongan buruh
F33         Kemuncuan majikan
F34         Kemajuan pengangkutan

2 (d)     Apakah idea kreatif dan inovatif masyarakat Eropah yang mencetuskan Revolusi Pertanian dan 
            Revolusi Perindustrian?

F1           Pengeluaran secara besar-besaran / ladang / kilang
F2           Perubahan dalam sistem pemilikan tanah
F3           Akta Pemagaran Tanah
F4           Teknik penanaman yang efisien
F5           Penciptaan peralatan / mesin / teknologi baru
F6           Penggunaan baja dalam pertanian
F7           Pengenalan tanaman baru
F8           Pengenalan sistem tanaman bergilir /
F9           Mengadakan perdagangan antarabangsa
F10         Menggalakkan kegiatan keusahawanan
F11         Mengadakan pengkhususan pekerjaan
F12         Penjimatan kos
F13         Penggunaan enjin kuasa wap
F14         Memajukan sistem pengangkutan
F15         Penggubalan Akta Parlimen bagi membela nasib pekerja / Akta Kilang / Akta Lombong / 
               Akta Sepuluh Jam
           
2 (e)     Apakah iktibar yang diperoleh daripada perubahan masyarakat di Eropah bagi kemajuan bangsa 
            dan negara kita?

F1           Berani meneroka bidang baru
F2           Mempunyai semangat inkuiri / ingin tahu / melakukan eksperimen
F3           Mempunyai daya kreativiti
F4           Mempunyai daya inovatif
F5           Menggalakan penyelidikan / R & D
F6           Mementingkan ilmu pendidikan
F7           Berusaha meningkatkan teknologi
F8           Melahirkan tenaga kerja mahir
F9           Berusaha melakukan perubahan ke arah kebaikan
F10         Berdaya saing
F11         Bijak menyelesaikan masalah 

Selamat membuat ulangkaji. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah