Thursday, October 4, 2012

Tenung-tenung #3

Debaran semakin kencang. Hari yang ditunggu pasti datang. Jangan biarkan masa yang tersisa terbuang begitu saja.  Jom baca dan salin latihan ini.  Tenung-tenungkan.

Tema 11: Bab 5: Tingkatan 5


Jelaskan peranan Suruhanjaya Reid dalam usaha merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

F1        Membincangkan  perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
F2        Menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
F3        Mengkaji isu-isu sebagai panduan dalam merangka perlembagaan
F4        Menerima memorandum daripada pelbagai pihak
F5        Menerbitkan cadangan perlembagaan
F6        Menghantar cadangan perlembagaan kepada Parlimen British

Apakah isu yang menjadi perhatian Suruhanjaya Reid dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?

F1        Mengambil kira kedudukan Raja-Raja Melayu dalam PTM
F2        Hak istimewa orang Melayu sebagai penduduk peribumi
F3        Mewujudkan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
F4        Agama Islam sebagai agama rasmi PTM
F5        Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Jelaskan isi kandungan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ?

F1        Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan
F2        Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri
F3        Institusi Raja sebagai Raja Berperlembagaan
F4        Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
F5        Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan
F6        Pentadbiran bersifat demokrasi berparlimen
F7        Parlimen mengandungi Dewan Rakyat dan Dewan Negara
F8        Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan
F9        Perdana Menteri dibantu oleh sebuah kabinet
F10      Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu
F11      Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
F12      Kedudukan istimewa Melayu
F13      Tanah Simpanan Melayu
F14      Kerakyatan secara kuatkuasa undang-undang/Permohonan/Naturalisasi
F15      Prinsip jus soli
F16      Menteri Besar sebagai ketua pentadbiran pada peringkat negeri
 F17     MB dibantu oleh Dewan Undangan Negeri / EXCO

 Huraikan kepentingan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

F1        Pembentukan sebuah kerajaan demokrasi
F2        Kewujudan institusi Raja Berperlembagaan
F3        Mewujudkan perpaduan antara kaum di Tanah Melayu
F4        Memberi peluang kepada penduduk tempatan mentadbir negara
F5        Mengetepikan perbezaan agama, warna kulit dan bahasa

Soalan berbentuk KBKK

Sebagai warga negara patriotik, bagaimanakah anda menyambut hari kemerdekaan negara kita?

F1        Mengibarkan jalur gemilang
F2        Menyertai perbarisan / perarakan hari kemerdekaan
F3        Menyanyi lagu kebangsaan dengan bersemangat
F4        Menyanyikan lagu patriotik
F5        Menonton/menayang filem patriotik
F6        Menganjurkan bulan kemerdekaan
F7        Mengadakan kempen cintai negara
F8        Menghadiri pameran kemerdekaan
F9        Mengadakan lawatan ke mercu tanda negara / tempat bersejarah
F10      Menghasilkan kad lemerdekaan
F11      Mengadakan kuiz kemerdekaan

Bagaimanakah anda mengisi kemerdekaan negara kita supaya kekal berdaulat?

F1        Hidup bersatu
F2        Menghayati/mempraktikan Rukun Negara
F3        Menghormati undang-undang
F4        Taat setia kepada raja
F5        Memelihara keamanan
F6        Menghargai jasa parajurit
F7        Menghormati pemimpin / raja
F8        Membeli barangan buatan Malaysia
F9        Menyokong dasar kerajaan
F10      Mengambil bahagian dalan acara/program rasmi negara
F11      Mempraktikkan konsep 1 Malaysia
F12      Mematuhi perlembagaan / undang-undang negara


Selamat membuat latihan. Belajar terus belajar. Kejayaan sedang menunggu kalian.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah