Sunday, October 7, 2012

Tenung - Renung #2


Tarikh exam dah dekat. Masih banyak tajuk yang belum dikuasai!

Jangan panik: 
Ubahkan fikiran negatif menjadi positif. Perasaan yakin anda boleh lakukan adalah strategi menghadapai peperiksaan yang paling baik. 

Mari tenung dan renungkan soalan dan jawapan latihan ini. salin semula dalam buku latihan anda. Latih tubi merupakan cara yang paling berkesan untuk anda menguasa isi pelajaran sekali gus meningkatkan kefahaman anda terhadap isi pelajaran tersebut.


Tema 10: Bab 6: Tingkatan 5: PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA



Terangkan faktor-faktor pembentukan Malaysia pada tahun 1963.


Faktor politik
F1        menghalang pengaruh komunis di Singapura
F2        mempercepatkan kemerdekaan Singapura, Sabah, Sarawak
F3        proses dekolonisasi
F4        arahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
F5        menstabilkan politik di Asia Tenggara

Faktor ekonomi
F6        pasaran luas
F7        galakan pelaburan
F8        memanfaat keistimewaan
F9        memanfaat kekayaan seperti bijih timah
F10      menikmati pembangunan

Faktor sosial
F11      Mewujudkan kesepakatan
F12      Semangat setia kawan
F13      Majukan anggota belum membangunkan
F14      Imbangi jumlah kaum
F15      Antara Melayu dan bukan Melayu

Jelaskan reaksi Singapura terhadap pembentukan Malaysia.


F1        PAP dan Lee Kuan Yew menyokong
F2        bimbang pengaruh Barisan Sosiolis
F3        Barisan Sosiolis menentang
F4        menganggap penjajahan baru
F5        menuntut pandangan rakyat
F6        referendum diadakan
F7        rakyat Singapura setuju menyertai Malaysia

Jelaskan reaksi Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia.


F1        reaksi awal menolak
F2        ingin kekal di bawah British
F3        SUPP bimbang Sabah dan Sarawak dikuasai Persekutuan Tanah Melayu
F4        UNKO bimbang penguasaan orang Melayu
F5        BERJASA mahukan merdeka dahulu
F6        akhirnya semua parti setuju kecuali SUPP


Jelaskan langkah-langkah pembentukan Malaysia.


F1        lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sabah dan Sarawak
F2        menerangkan tujuan penubuhan
F3        mengadakan rundingan antara pegawai British, Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura
F4        Penubuhan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
F5        berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia
F6        mengumpulkan pandangan penduduk
F7        menubuhkan Suruhanjaya Cobbold (1962)
F8        dipengerusikan oleh Lord Cobbold
F9        bertujuan meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia
F10      satu per tiga menyokong tanpa syarat
F11      satu per tiga inginkan kemerdekaan dahulu
F12      penentukan tarikh penubuhan Malaysia
F13      bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
F14      penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
F15      membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah
F16      penubuhan Suruhanjaya PBB
F17      meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
F18      majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju
F19      Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963

Apakah inti pati Perjanjian Malaysia 1963?


F1        hal ehwal luar adalah kuasa persekutuan
F2        agama Islam agama Persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak
F3        agama lain bebas diamalkan
F4        bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan
F5        bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan
F6        Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di   
            Tanah Melayu
F7        Singapura memperoleh 15 kerusi perwakilan parlimen
F8        Sarawak dan Sabah diberi kuasa mengawal imigresen dan perkhidmaatan awam
F9        Sarawak memperoleh 24 kerusi , Sabah 16 kerusi Singapura 15 kerusi bagi
            perwakilan Parlimen

Soalan berbentuk KBKK


 Apakah kebaikan penubuhan Malaysia kepada rakyat hari ini?


F1        keluasan negara bertambah
F2        bilangan penduduk bertambah
F3        pertahanan negara lebh kukuh
F4        komunis dapat dibanteras
F5        penjajahan asing ditamatkan
F6        merapatkan hubungan antara kaum
F7        memperkaya budaya negara
F8        meluaskan pasaran dalam negara
F9        sumber hasil diperkaya
F10      negeri-negeri yang kurang maju dibangunkan


teman baik semasa belajar
Saya mesti percaya bahawa saya akan berjaya jika saya mahu berjaya. BUKTIKAN!!!



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah