Saturday, October 13, 2012

Tenung-renung : Peranan Persatuan Melayu



Mari kita membaca.  Membaca menambahkan pengetahuan dan menguatkan ingatan.

Tema 10: Bab 2: Tingkatan 5


Kemunculan Persatuan-persatuan Negeri awal abad ke 20 membincangkan pelbagai persoalan bangsa Melayu berkaitan isu ekonomi, sosial dan politik bangsa.

(a)     Tuliskan tiga tujuan perjuangan 
          nasionalisme oleh persatuan-persatuan negeri         
          Melayu.
        
F1     Menjaga kepentingan sosio-ekonomi penduduk Melayu
F2     Mendesak British menjaga kebajikan orang Melayu
F3     Menggalakan ahli persatuan berkenal-kenal
F4     Menggalakkan ahli persatuan bertukar-tukar pendapat
F5     Memajukan diri dan bangsa Melayu
F6     Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan Melayu
F7     Membincangkan nasib Melayu dalam ekonomi / 
         pendidikan / perkhidmatan kerajaan

(b)     Nyatakan peranan  Mohammad Eunos  
          Abdullah melalui Kesatuan Melayu   
          Singapura (KMS)

F1     Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British
F2     Menjadi wakil orang Melayu dalam Majlis Perundangan 
         Negeri-Negeri Selat
F3     Melalui desakannya, kebajikan orang Melayu Singapura 
         mendapat perhatian British
F4     Memperoleh sebuah kawasan petempatan khas bagi orang 
         Melayu di Singapura
F5     Mendorong penubuhan cawangan KMS di Melaka, Pulau 
         Pinang dan di Negeri-Negeri Melayu

(c)    Apakah tujuan penubuhan Persatuan 
         Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ?

F1     Menggalakkan ahli berkenal-kenal
F2     Menggalakkan ahli bertukar pendapat untuk memajukan 
         diri dan bangsa
F3     Menggalakkan perpaduan / persaudaraan  orang Melayu 
         seluruh Semenanjung Tanah Melayu

(d)     Senaraikan tindakan-tindakan oleh Kesatuan 
          Melayu Muda (KMM) yang bersifat 
          politik.

F1     Bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari 
         Tanah Melayu
F2     Menjadikan KMM sebagai badan propoganda Jepun
F3     Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propoganda 
         anti-British
F4     Mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan
F5     Menubuhkan cawangan KMM di Maahad Ihya Assyarif
F6     Menubuhkan tentera semut untuk menentang British

(e)     Apakah hasil daripada kongres Melayu yang 
         telah diadakan pada tahun 1939 dan 1940?

F1     Kemunduran orang Melayu dalam ekonomi dan 
         pendidikan dibincangkan
F2     Layanan pilih kasih oleh British dalam pentadbiran 
         kerajaan telah didedahkan
F3     Perjuangan kesatuan mendapat sokongan golongan intelek 
         Melayu dan akhbar-akhbar Melayu
F4     Perpaduan Melayu untuk mengatasi permasalahan 
         sosioekonomi dan politik dapat diwujudkan
F5     Perasaan kenegerian di kalangan orang Melayu dapat 
         diatasi

(f)     Mengapakah kesedaran berpersatuan tidak 
         menonjol di Sabah pada awal abad ke-20?

F1     Tidak tersebar ke kawasan pedalaman
F2     Kesulitan perhubungan
F3     Taraf pendidikan yang rendah

Selamat belajar. Teruskan usaha. 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah