Saturday, October 6, 2012

Tenung : Renung

Belajar terus belajar.


Latihan guna sama. Murid tingkatan 4 dan calon SPM 2012.  Mari tenung dan renungkan.

Tema 9: Bab 10: Tingkatan 4

KESAN-KESAN DASAR EKONOMI

SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR

Jelaskan perkembangan sistem pendidikan.
Perkembangan pendidikan ketika penjajahan ialah

F1        Mendirikan sekolah vernakular Melayu
H1a     bertujuan untuk menjadikan anak Melayu lebih baik dari bapanya
H1b     sekolah Melayu, pertama di Teluk Belanga, Singapura
F2        Mendirikan sekolah vernakular Tamil
H2a     disediakan oleh British di bandar
H2b     pengurus ladang membiayai sekolah Tamil di ladang
H2c     sukatan pelajaran, tenaga pengajar , buku dari India
F3        Mendirikan sekolah vernakular Cina
H3a     dibiayai oleh saudagar Cina
H3b     guru, buku, suakatan pelajaran dari China
F4        Mendirikan sekolah vernakular Inggeris
H4a     dibuka oleh mubaligh Kristian dan badan sukarela
H4b     terletak di bandar
           
Apakah ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu?

F1        petempatan masyarakat berbeza mengikut kaum
F2        orang India tinggal di ladang getah
F3        orang Cina tinggal di kawasan lombong dan bandar
F4        orang Melayu tinggal di kampung
F5        jenis pekerjaan kaum juga berbeza-beza
F6        kaum Melayu sebagai petani
F7        kaum India sebagai penoreh getah
F8        kaum Cina sebagai pelombong/peniaga

Jelaskan lima faktor yang menyebabkan berlakunya proses perbandaran.    
Faktor perkembangan bandar baru ialah

F1        perlombongan bijih timah seperti Kuala Lumpur, Taiping, Seremban
F2        perkembangan perlombongan petroleum seperti Miri di Sarawak
F3        pusat pentadbiran seperti Kuala Lumpur
F4        pusat perniagaan seperti Kuala Lumpur
F5        perkembangan sistem pengangkutan jalan raya dan jalan kereta api
F6        perkembangan pelabuhan seperti Klang, Pulau Pinang
F7        pusat pengumpulan gambir dan lada hitam seperti Kuching

Jelaskan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan.
Antara perkembangannya ialah

F1        Pembinaan landasan kereta api
H1a     landasan kereta api pertama menghubungkan Taiping ke Port Weld
H1b     hubungkan bandar Kuala Lumpur, Seremban
H1c     hubungkan kawasan pedalaman
H1c     pembukaan kawasan ladang getah di Johor
F2       Pembinaan jalan raya
F3       semakin popular selepas pengenalan kenderaan bermotor
F4       untuk mengangkut bijih timah dan getah
F5       Perak dan Selangor mempunyai jalan raya yang baik
F6       menghubungkan Perlis ke Singapura

Bagaimanakah penjajah British menyelesaikan masalah kesihatan yang timbul kesan daripada Dasar Ekonomi British di Tanah Melayu pada akhir abad ke sembilan belas.
Usaha-usahanya ialah

F1        menubuhkan hospital kerajaan di Kuala Lumpur
F2        membina pusat kesihatan kecil
F3        membina hospital Tung Shin di Kuala Lumpur atas sumbangan orang perseorangan
F4        mendirikan Institusi Penyelidikan Perubatan
F5        menubuhkan Sanitary Board menjaga kebersihan di bandar
F6        Jabatan Kesihatan mengambil alih tugas Sanitary Board


Soalan berbentuk KBKK

Sebagai warganegara Malaysia, apakah cadangan anda untuk mengekalkan perpaduan?
Cadangan saya ialah

F1        sentiasa berunding
F2        sentiasa bertimbang rasa
F3        sentiasa bertolak ansur
F4        sentiasa bermuafakat
F5        sentiasa menghormati agama lain
F6        pengamalan Rukun Negara


teman semasa belajar



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah