Wednesday, September 26, 2012

Tenung-Tenung

 Tingkatkan lagi usaha. Kuatkan azam. Teruskan pembacaan kalian.

Sekarang mari kita kukuhkan kefahaman terhadap topik ini.

Tema 10: Bab 1: Tingkatan 5

Soalan

Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara pada umumnya dibahagikan kepada dua tahap.
a)         Nyatakan ciri-ciri nasionalisme tahap pertama dan kedua di Asia Tenggara

Jawapan
            Ciri-ciri nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara

            Gerakan nasionalisme tahap pertama bersifat setempat. Gerakan tahap pertama tiada organisasi.

            Matlamat gerakan nasionalisme tahap pertama ialah mennuntut pembaharuan dalam bidang kebudayaan, agama dan hak peribumi. Gerakan tahap pertama tidak menuntut kemerdekaan segera.

            Gerakan tahap pertama dipimpin golongan pertengahan yang mendapat pendidikan di Barat dan Timur Tengah

            Gerakan tahap pertama bersifat sederhana. Menggunakan kaedah memberi kesedaran melalui karya kesusasteraan

Ciri-ciri nasionalisme tahap Kedua di Asia Tenggara

Gerakan  nasionalisme tahap kedua pula bersifat nasional. Gerakan tahap kedua mempunyai  organisasi yang tersusun.

            Gerakan tahap kedua mempunyai matlamat menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri. Gerakan tahap kedua juga dipimpin  golongan berpendidikan tinggi yang berpengetahuan.

            Gerakan  kedua menggunakan gerakan bersifat radikal. Melancarkan revolusi untuk mencapai matlamat.

  

b)         Jelaskan perkembangan nasionalisme di negara berikut:
            i)          Filipina

Jawapan 
ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina ialah

F1        merupakan gerakan dakyah
F2        dipimpin oleh Jose Rizal
F3        menuntut kebebasan bersuara
F4        menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
F5        menubuh Liga Filipina
F6        ditangkap dan dibunuh

Ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina ialah
F1        dimulakan oleh Andres Bonifacio
F2        menubuhkan Katipunan
F3        untuk menyatukan bangsa Filipina
F4        mencapai kemerdekaan
F5        melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal
F6        menggunakan akhbar Kalayan
F7        diteruskan oleh Emilio Aguinaldo
F8        bekerjasama dengan Amerika Syarikat

Jelaskan perkembangan nasionalisme di negara berikut:

ii)         Indonesia
Ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia ialah

F1        dipelopori oleh Raden Adjeng Kartini
F2        memajukan pendidikan wanita
F3        menulis karya Seorang Puteri Jawa
F4        mendedahkan kemunduran dan penindasan Belanda
F5        melalui pertubuhan Muhammadiyah
F6        matlamat menyebarkan Islam
F7        menentang penyebaran agama Kristian

Ciri-ciri nasionalisme tahap kedua di Indonesia ialah

F1        diperjuangkan oleh parti radikal
F2        seperti Parti Nasional Indonesia (PNI)
F3        dipimpin oleh Soekarno
F4        menuntut kemerdekaan
F5        walaupun secara kekerasan
F6        PNI diharamkan

c)         Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, bagaimanakah anda menanamkan    
            semangat nasionalisme kepada rakyat jelata.

F1        Menanam semangat patriotisme dalam setiap tindakan yang dilakukan.
F2        Menanam perasaan cinta dan sayangkan negara
F3        Menjamin kedaulatan negara, tidak dijajah oleh kuasa asing.
F4        Semangat mempertahankan negara dan bangsa.
F5        Semangat bersaing dan berusaha untuk memajukan diri/bangsa/negara.
F6        Menyemai perasaan menghargai perjuangan dan pengorbanan pejuang terdahulu.
F7        Mendorong semangat berkorban demi bangsa dan negara.
F8        Mana-mana yang munasabah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah