Thursday, March 31, 2011

Tamadun Awal asia Tenggara - Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim

KERAJAAN AGRARIA

Definisi

Kerajaan agraria ialah kerajaan yang berasaskan pertanian. Ia berkembang di lembah sungai. Perkembangannya berkait rapat dengan keluaran hasil pertanian kerana mempunyai teknologi pertanian.

Lokasi

Kerajaan ini terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai dan di kawasan pedalaman.Ia menggunakan sistem aliran air yang disalurkan daripada baray maksudnya ialah kolam besar yang mampu menampung isipadu air sebanyak 30 Juta liter padu. Kerajaan angkor menggunakan sistem ini menjadikan mereka negara yang kaya hasil pertaniannya. Air yang disalurkan ke tempat pertanian di angkor juga berasal dari Tasik Tonle Sap (sebuah tasik buatan yang besar.)

Ciri-ciri
  1. Kegiatan ekonominya bergantung kepada pertanian.
  2. Terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai, dan di kawasan pedalaman
  3. Hasil utama kegiatan pertanian ialah padi huma, ubi taro dan padi sawah
  4. Membina empangan dan saliran untuk menjalankan kegiatan pertanian
  5. Sistem pangaliran dikawal oleh pemerintah.
Aktivit Masyarakat

  1. Dilihat dari segi aktiviti masyarakat, mereka memperolehi makanan secara berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan, mengutip sarang burung dan kulit kura-kura pada peringkat awal.
  2. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap dan menternak binatang. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi.
Contoh Kerajaan
  1. Funan
  2. Angkor
  3. Dvaravati


KERAJAAN MARITIM

Definisi

Kerajaan Maritim ialah kerajaan yang berasaskan kegiatan perdagangan laut dan menjalankan kegiatan perdagangan.


Lokasi


Kebanyakan kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan muara sungai.  Laut dan sungai menjadi laluan utama kerajaan maritim.

Ciri-ciri
  1. Aktiviti utama adalah membina kapal dan menjalankan aktiviti perikanan. 
  2. Pusat pentadbirannya tertumpu di kawasan muara sungai. 
  3. Pelabuhan amat penting bagi kerajaan maritim. 
  4. Pelabuhan merupakan pusat perdagangan, pusat jual beli, tempat menyimpan barang perdagang dan tempat persinggahan pelayar dan juragan. 
  5. Kerajaan maritim berfungsi sebagai orang tengah iaitu tempat pengumpulan dan pengedaran barangan mentah. 
  6. Barang yang diperdagangkan adalah hasil hutan, rempah ratus, gaharu, cendana, damar dan ubat-ubatan.
Aktiviti Masyarakat


Masyarakat maritim mahir dalam membaiki kapal dan ilmu pelayaran. Pedagang-pedagang dari kerajaan maritim mampu belayar sehingga ke Afrika Selatan.

Contoh Kerajaan

  1. Srivijaya, 
  2. Champa
  3. Chih Tu
  4. Kedah Tua 
  5. Majapahit
  6. Funan 
Faktor Kemajuan Kerajaan Maritim

    1. Penduduknya sangat mahir dalam pelayaran. Malah mereka juga mahir membuat kapal-kapal besar.(mahir dalam semua bidang berkaitan dengan laut)
    2. Penduduknya terlibat dalam kegiatan perdagangan, dengan ini cukai telah memberikan sumber pendapatan yang utama.
    3. Kerajaan maritim terletak di kawasan yang strategik iaitu di tengah perjalanan Timur dan Barat. 
    4. Terlindung daripada tiupan angin monsun menyebabkan para pedagang terpaksa singgah sementara menunggu pertukaran angin monsun. .
    5. Mempunyai pelbagai kemudahan disediakan kepada pedagang yang singgah di situ. Misalnya air, tempat penyimpanan barangan dan tempat tinggal.

    Selamat membuat ulangkaji.

       

      2 comments:

      anna said...

      assalamualaikum....saya x tw apa ciri-ciri kerajaan Agraria. Boleh share tak ngan saya??

      Anonymous said...

      minta izin utk print

      Post a Comment

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      Bersama Menghayati Sejarah