Tuesday, March 1, 2011

Minggu Ulangkaji

Pejam celik, pejam celik...dah menjelma bulan Mac. Bulan Mac bermakna bulan ujian bulanan. Malah bulan Mac juga sinonim dengan bulan cuti pertengahan penggal satu. Bulan Mac juga begitu mendebarkan bagi guru dan bekas calon SPM 2010 kerana pada bulan ini keputusan peperiksaan akan diumumkan.

Berbalik kepada ujian bulanan tadi, kepada semua murid  yang belajar secara langsung dengan cikgu, cikgu harap gunakan masa yang tersisa ini untuk membuat ulangkaji yang mencukupi sebelum menduduki ujian.  Baca nota dan buat latihan secara berterusan. Bertanya kepada cikgu jika terdapat masalah dalam pembelajaran. Jangan disimpan di dalam hati. Jangan malu bertanya cikgu dan jangan malu ditertawa atau diejek kawan jika bertanya kepada cikgu. 

Skop soalan untuk ujian tingkatan 4 ialah semua topik dalam Tema 7 iaitu bab 1 dan bab 2 sahaja.  Soalan dibahagi kepada dua bentuk iaitu bentuk objektif dan struktur.

Untuk soalan struktur fokuskan ulangkaji pada topik berikut: 
  • tamadun Hwang Ho
  • Aspek peningkatan tamadun - perluasan kuasa dalam tamadun Yunani, Rom,India dan China
Manakala untuk tingkatan lima pula, skop soalan merangkumi Tema 7 iaitu bab 1-bab 3 tingkatan 4, tema 10 iaitu bab 1 dan bab 2, serta tema 11 iaitu bab 3.  Soalan dibahagi kepada dua bentuk iaitu bentuk objektif dan struktur.

Bagi soalan srtuktur pula, fokuskan perhatian kamu pada :
  • Tema 7 - bab 2  - bahagian perluasan kuasa
  • Tema 10 - bab 1- birokrasi barat di Asia Tenggara  - salah  sebuah negara di Asia Tenggara yang menerima birokrasi barat.

Belajar dan terus belajar.... tiada sagu jika tidak dipecahkan ruyung..

Semoga berjaya.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah