Saturday, April 2, 2011

MALAYAN UNION 1946

Pengenalan
Malayan Union telah ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia II.

Malayan Union telah menggabungkan semua negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka di bawah sebuah kesatuan yang akan diketuai oleh seorang Gabenor yang berpusat di Singapura.

Gabenor pertamanya ialah Sir Edward Gent.

Pengisytiharan ini secara rasmi menggantikan Pentadbiran Tentera British (British Military Administration - BMA) yang dijalankan di Tanah Melayu sejak September 1945


Sebab-sebab Pengenalan Malayan Union
  1. Persediaan kepada Tanah Melayu Untuk berkerajaan sendiri
  2. British mahu menjimatkan perbelanjaan kos pentadbiran
  3. Melahirkan pentadbiran yang licin
  4. Mengawal kuasa politik orang Melayu
  5. Membentuk bangsa Malayan Union
Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union

  1. Semua Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri selat digabungkan
  2. Diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England
  3. Singapura diasingkan kerana kepentingan sebagai pelabuhan bebas
  4. Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union. Taraf kerakyatan diberikan kepada semua warga asing yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura serta mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di sana untuk tempoh 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942
  5. Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis raja-raja Melayu yang berkuasa dalam bidang adat istiadat Melayu dan agama Islam
  6. Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik untuk menjadi ketua pentadbir di setiap negeri
Reaksi Terhadap Malayan Union

a. Golongan yang Menentang
  1. Orang Melayu membantah cara Sir Harold Mc Michael yang mengugut Raja-raja Melayu bahawa baginda akan diturunkan dari takhta jika enggan menerima Malayan Union
  2. Kebayakan Sultan tidak diberi masa yang mencukupi untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku dengan Sultan Perak
  3. Terdapat sultan yang menandatangi Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor
  4. Orang Melayu menganggap keadaan selepas Perang Dunia 11 tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan politik
  5. Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-raja Melayu dalam Malayan Union. Raja-raja Melayu hilang tahkta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu
  6. Walaupun raja-raja Melayu masih membincangkan hal agama Islam namun zakat dan fitrah dipungut atas nama Gabenor Malayan Union. Justeru orang Melayu bimbang kedudukan agama Islam akan tercabar.
  7. Pemberian kerakyatan yang longgar juga ditentang oleh orang Melayu. Dasar terbuka ini dilihat akan mengancam status quo orang Melayu kerana hal ini akan menyebabkab jumlah orang Melayu semakin kecil dan ekonomi dan pendidikan orang Melayu akan mundur.
  8. Orang Melayu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
b. Golongan yang Menyokong
  1. Orang dagang dan golongan Melayu radikal menyokong Malayan Union
  2. Mereka bersetuju dengan dasar menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran
  3. Bersetuju dengan dsar sama rata Malayan Union yang akan menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu.
  4. Kerakyatan terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing
  5. Mereka percaya janji British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu
  6. Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menyokong kerana pemerintahannya bersifat Barat  serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengikhtiraf kuasa raja dan pembesar Melayu
  7. AWAS, BATAS  dan API juga menyokong Malayan Union.
  8. Penyatuan pentadbiran agama Islam dalam Malayan Union disokong oleh PKMM kerana hal ehwal pentadbiran Islam dipermudahkan.
Flag of the Malayan Union (1946-1948)

Bendera Malayan Union 1946-1948



Lagu Rasmi Malayan Union 1946-1948


Jata Negara Malayan Union 1946-1948

Tindakan Orang Melayu Menentang Malayan Union

  1. Akhbar seperti Utusn Melayu, Majlis dan Warta Negara telah menggesa orang Melayu untuk bangun menentang Malayan Union dengan menekankan kesefahaman dan kerjasama orang Melayu secara berterusan
  2. Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu.  Hal ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah
  3. Persatuan Melayu dihidupkan untuk menentang Malayan Union.  Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
  4. Dato Onn yang dianggap sebagai penyatu bangsa Melayu. Beliau telah menyeru orang Melayu bersatu padu secara berorganisasi di peringkat kebangsaan dan berjaya menganjurkan Kongres Melayu pada 1 hingga 4 Mac 1946 di kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
  5. Kongres Melayu tersebut mendapat sambutan dari segenap masyarakat Melayu dan telah dihadiri oleh 41 buah persatuan Melayu dari seluruh Tanah Melayu. Ia telah dipengerusikan oleh Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaba).
  6. Kongres Pertama itu telah  berjaya membawa kepada penubuhan United Malays National Organization ( UMNO ). Ia telah menjadi sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan serta ketuanan orang Melayu
  7. Pada masa yang sama, orang Melayu turut mengadakan rapat umum semasa kehadiran dua wakil parlimen British iaitu L.D. Gammans dan David Rees Williams. Lawatan kedua-duanya Pada Mei 1946 telah menyaksikan rapat umum di Singapura, Jahor Bharu, Muar, Batu Pahat, Rembau , Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Alor Star dan George Town
  8. Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka terhadap ahli parlimen tersebut.


    Dato' Onn berbasikal dalam usaha menentang Malayan Union
  9. Setem yang digunakan semasa pemerintahan Malayan Union
    Perjuangan Dato' Onn dalam mengembalikan semula maruah bangsa Melayu.
Kesimpulan

Malayan Union dibatalkan pada 1 Februari 1948. Pihak British terpaksa menurut kehendak masyarakat Melayu yang bertindak melalui UMNO untuk mengwujudkan Persekutuan Tanah Melayu. British telah bersutuju untuk membuat perundingan dengan sultan-sultan Melayu dan UMNO bagi membentuk sistem politik dan pentadbiran yang lebih baik.


Sumber:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah