Pages

Thursday, October 11, 2012

Tenung-renung #4

Mari kita belajar. Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.  Baca secara berterusan akhirnya kalian akan mudah ingat fakta yang berkaitan.  Jangan mudah menyerah pada takdir. Tingkatkan usaha : membaca untuk pengetahuan, membaca untuk memahami, membaca untuk menguasai.. 

Jom kita belajar.

Tema 8: Bab 5: Tingkatan 4



Maksud Perjanjian Hudaibiah

F1       Dinamakan Perjanjian Hudaibiah kerana mengambil nama 
           sempena nama sebuah tempat yang terletak di luar kota 
           Mekah iaitu Hudaibiah.
F2       Perjanjian damai ini berlaku antara Quraisy Mekah dengan 
           Rasulullah 
F3       Peristiwa ini berlaku pada bulan Zulhijjah tahun 6 Hijrah.

Sebab-sebab Rasulullah saw ingin ke Mekah

F1        Rasulullah saw bermimpi ziarah kaabah bersama sahabat.
F2        Setelah 5 tahun berhijrah ke Madinah perasaan rindu untuk 
            pulang ke kampung halaman.
F3        Kedudukan umat Islam yang semakin mantap.
F4        Wahyu daripada Allah SWT yang memfardhukan ibadat haji.

Senaraikan dua pihak yang menandatangani Perjanjian Hudaibiyah.

F1        pihak Islam/Nabi Muhammad s.a.w./orang Islam Madinah
F2        Arab Quraisy Makkah

Nyatakan dua peristiwa ke arah termeterainya perjanjian itu.

F1       pada tahun 628M, rombongan orang Islam Madinah ke 
           Makkah untuk mengerjakan umrah
F2       rombongan orang Islam disekat di Hudaibiyah
F3       orang Islam menghantar Uthman bin Affan untuk 
           menerangkan tujuan kedatangan
F4       orang Islam bersumpah setia/"Baiah al-Ridwan" untuk 
           membela kematian Uthman bin       Affan
F5       orang Arab Quraisy menghantar Suhail bin Amru untuk 
           berunding
F6       maka, termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara pihak 
           Islam dengan Arab Quraisy

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan Perjanjian Hudaibiyah kepada perkembangan Islam ?

F1        membolehkan Nabi Muhammad s.a.w. merangka program 
            dakwah Islamiah secara aman
F2        orang Islam berpeluang mengerjakan haji pada tahun 
            berikutnya (7H/629M)
F3        Perjanjian ini telah memberi kebebasan kepada orang Islam 
            untuk memasuki kota   Makkah dan 
            melakukan ibadat di Kaabah pada bila-bila masa
F4        pengislaman tokoh Arab Quraisy yang berpengaruh seperti 
            Khalid bin al-Walid, Uthman bin Talhah 
            dan Amr bin Al-As
F5        kerajaan Islam Madinah diiktiraf oleh Arab Quraisy
F6        Melambangkan ketokohan unggul Nabi Muhammad s.a.w 
            sebagai pemimpin yang amat dikagumi. 
            Baginda bukan sahaja bijak malah merupakan pemimpin              
            yang mempunyai     wawasan dan berfikir 10 langkah ke 
            hadapan

Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Perjanjian Hudaibiyah demi memperkukuhkan perpaduan dan keamanan negara kita Malaysia.

F1        mengutamakan keamanan
F2        kebijaksanaan dalam kepimpinan
F3        permuafakatan dalam membuat keputusan/musyawarah
F4        sentiasa mengutamakan sifat pemaaf
F5        bertolerasi dalam kalangan masyarakat

Nyatakan isi Perjanjian Hudaibiyah.

F1        gencatan senjata selama 10 tahun
F2        kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam 
            Madinah atau Quraisy Makkah
F3        orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa 
            kebenaran penjaganya tidak perlu 
            dipulangkan
F4        orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa 
            kebenaran penjaganya perlu dipulangkan
F5        umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun 
            berikutnya/7H

Berikan sebab Nabi Muhammad s.a.w. membuka semula kota Makkah pada tahun 630M.

F1        orang Arab Quraisy Makkah melanggar Perjanjian 
            Hudaibiyah
F2        tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui 
            bersama
F3        membunuh beberapa orang Bani Khuza'ah yang berpihak 
            kepada Islam
F4        strategi jangka panjang penyebaran Islam

Mengapakah kota Makkah mudah ditawan oleh tentera Islam ?

F1        pengislaman al-Abbas/Abu Suffian
F2        jaminan keselamatan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
F3        bilangan tentera Islam yang ramai
F4        tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan
F5        menyerang kota Makkah menerusi empat arah yang 
            berlainan
F6        semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islam yang 
            tinggi

Selamat Belajar...



No comments:

Post a Comment