Untuk persediaan Peperiksaan AkhirTahun tingkatan 4 &
SPM 2012
Jom kita buat ulangkaji.
Tema 8: Bab 6: Tingkatan 4
Selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat pada tahun 632 M, sistem pemerintahan kerajaan Islam telah diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah.(a) Apakah maksud khalifah ? (Ruj : Buku Teks ms. 143)
F1 Khalifah bermaksud pengganti Nabi Muhammad s.a.w dalam pemerintahan
F2 Melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Nabi Muhammad s.a.w
F3 Dalam konteks agama Khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian
agama Islam dan mengekalkan keharmonian umat Islam.
(b) Senaraikan syarat yang perlukan untuk dicalonkan sebagai Khalifah. (Ruj : Buku Teks ms. 143)
F1 Lelaki yang merdeka / - Beragama Islam
F2 Memilki pengetahuan tentang Islam
F3 Mematuhi perintah Allah
F4 Sanggup melaksanakan hukum Allah / - Bersifat adil
F5 Mempunyai akhlak yang baik
F6 Tubuh yang sihat dan sempurna
F7 Berfikiran cerdas / - Warak / - Pandai mentadbir kerajaan
(c) Berikan dua kaedah pemilihan Khalifah dalam Islam. (Ruj :
Buku Teks ms. 143)
F1 Melalui musyawarah / syura
F2 Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu
F3 Pemilihan daripada beberapa orang calon
F4 Pencalonan oleh sekelompok masyarakat
(d) Nyatakan tugas-tugas Khalifah. (Ruj : Buku Teks ms. 144)
F1 Memelihara kedudukan agama Islam
F2 Mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan al-Quran dan Sunnah
F3 Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
F4 Memastikan kelicinan pentadbiran negara
F5 Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
F6 Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
F7 Menjaga kebajikan rakyat
F8 Menjaga dan meneruskan najaran Allah
F9 Mengekalkan perpaduan ummah
F10 Memantapkan sistem perundangan Islam
F11 Menguruskan kewangan negara
F12 Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.
Selamat membuat ulangkaji...
No comments:
Post a Comment