Tuesday, January 24, 2012

Imperialisme di Asia Tenggara Sr 2

Nota Bab 1 Sejarah Tingkatan 5

BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


1.   Ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara :

F1  Kuasa barat menubuhkan kerajaan pusat
F2  Barat melantik Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
F3  Mereka melaksanakan pentadbiran melalui biro(jabatan)
F4  Pegawai barat dilantik sebagai ketua biro
F5  Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat.

2.   Ciri-ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina :

F1   Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
F2   Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat
F3   Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah
F4   Gabenor kecil menjadi pentadbir Bandar
F5   Encomiendero menjadi pemerintah Encomienda

3.   Maksud Sistem Encomienda :

F1   Sistem pentadbiran Sepanyol diperingkat tempatan
F2   pemerintahnya diketuai encomiendero

4.   Tugas-tugas Encomiendero yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina :

F1   menjaga keamanan
F2   mengutip cukai
F3   mengkristiankan penduduk barangay

5.   Sebab sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina.

F1  mengenakan cukai yang tinggi
F2  mengenakan kerahan tenaga terhadap penduduk

6.  Perubahan sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia :

F1  pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan tempatan
F2  pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
F3  pentadbiran tempatan diketuai dikendalikan oleh pembesar tempatan
F4  pentadbiran tempatan menjalankan tugas dengan pengawasan pegawai Belanda
F5  Belanda menubuhkan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Pertanian
F6  Belanda menubuhkan dewan tempatan
F7  dewan tempatan berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda
F8  dewan tempatan tiada kuasa perundangan
F9  Belanda menubuhkan Volksraad
F10  merupakan majlis rakyat

7.   Bentuk sistem pemerintahan di Burma sebelum kedatangan British :

F1  Burma mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah dinasti Konbaung
F2  pemerintahan dan pentadbiran diketuai oleh raja
F3   raja dibantu oleh Hluttaw(majlis diraja) dan Wun(pegawai tinggi kerajaan)
F4   Myothugyi menjadi ketua Bandar
F5   Ahmudan menjadi pegawai diraja
F6   Athi merupakan pembesar-pembesar tradisional
F7   raja menjadi penaung kepada sami Buddha.

8.  Perubahan pentadbiran yang dilaksanakan oleh British di Burma :

F1   menamatkan pemerintahan Dinasti Kounbaung
F2   institusi raja tersingkir
F3   British menghapuskan jawatan pembesar tempatan diperingkat pusat
F4   British melantik pesuruhjaya tinggi menjadi pemerintah di Burma
F5   British memperkenalkan sistem undang-undang Barat
F6   British memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma dan Akta PerkampunganBurma
F7   Btitish melenyapkan system pentadbiran tradisional Burma
F8   pentadbiran daerah diambil alih olh Myo-ok(pegawai bandaran)
F9   British menghapuskan fungsi raja sebagai penaung agama Buddha
F10   British meletakkan undang-undang Barat sebagai penaung agama
F11   British memperkenalkan majlis Perundangan
F12  & beberapa jabatan ditubuhkan seperti jabatan perhutanan,kesihatan dan pelajaran.

9.   Bentuk sistem pentadbiran Indochina sebelum kedatangan Perancis :

F1   diitadbir oleh sebuah kerajaan pusat
F2   pentadbiran diketuai oleh raja berkuasa mutlak
F3   raja memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan
F4   setiap birokrasi diketuai oleh golongan mandarin
F5   pentadbiran ditiru dari pentadbiran Tanah Besar China.
F6   pegawai dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusateraan China

10.          Bentuk sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Perancis di Indochina :

F1   Pentadbiran diketuai leh Gabenor Jeneral
F2   Gabenor Jeneral bertangungjawab kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris
F3   Leftenan Gabenor menjadi pemerintah wilayah jajahan
F4   Leftenan dibantu leh Residen Jeneral dan Residen Wilayah
F5   Perancis membentuk kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise
F6   kerajaan tempatan diberi kuasa autonomi
F7   kerajaan pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan tempatan
F8   kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan kerahan tenaga

11.   Konsep Union Indochinoise yang dibentuk oleh Perancis di Indochina :

F1   Union Indochinoise merupakan Persekutaun Indochina
F2   Persekutuan tersebut terdiri daripada Vietnam dan Kemboja
F3   Perekutan ini juga turut disertai laos pada tahun 1904
F4   Pentabdiran Union Indochinoise diketuai oleh gabenor Jeneral
F5   Rang undang-undang Union Indochinoise diluluskan oleh parlimen Perancis.


12.   Perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut terhadap sistem pentadbiran Thailand :

F1   melantik 80 orang penasihat barat mengetuai pelbagai jabatan
F2   penasihat barat digubakan untuk melatih pegawai tempatan
F3   Penasihat Britain dalam kewangan,pelabuhan dan polis
F4   Penasihat Amerika dalam jabatan kastam
F5   Penasihat Perancis dalam ketenteraan

13.   Sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Chulalongkorn di Thailand :

F1   memperkenalkan majlis Penasihat rendah,majlis mesyuarat tinggi dan Kabinet menteri
F2   melantik juruaudit dari Britain
F3   pentadbir dilantik dalam kerajaan berdasarkan tahap pendidkan
F4   memperkenalkan system raja berperlembagan menggantikan raja mutlak
F5   pengaruh pembesar tempatan dan raja dikurangkan.

14.  Kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran Asia Tenggara :

F1   Penunuhan Kerajaan Pusat
F2   Pentadbiran dibahagikan jepada pentadbiran pusat dan tempatan
F3   pentadbiran pusat diketuai gabenor Jeneral/pesuruhjaya tinggi
F4   pembesar tempatan diperingkat pusat dihapuskan
F5   Terhapusnya institusi raja
F6   Raja kehilangan kuasa
F7   Fungsi raja sebagai penaung agama terhapus
F8   Pentadbiran dijlankan melalui biro-biro
F9   Pegawai barat dilantik menjadi ketua biro
F10   Beberapa jabatan ditubuhkan seperti perhutanan,kesihatan pelajaran dan lain-lain
F11  Pengenalan sistem undang-undang Barat
F12   Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat
F13   rang undang-undang di tanah jajahan diluluskan dinegara mereka
F14   sistem kehakiman barat
F15   Raja menerima penasihat Barat
F16   Raja terpaksa menerima penasihat barat daripada residen
F17   Residen dan penasihat barat menasihat sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal  
         agama dan adat istiadat melayu
F18   pembesar tempatan hilang pengaruh
F19   pentadbiran tempatan diambil alih oleh pegawai bandaran.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah