Thursday, March 31, 2011

Tamadun Awal asia Tenggara - Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim

KERAJAAN AGRARIA

Definisi

Kerajaan agraria ialah kerajaan yang berasaskan pertanian. Ia berkembang di lembah sungai. Perkembangannya berkait rapat dengan keluaran hasil pertanian kerana mempunyai teknologi pertanian.

Lokasi

Kerajaan ini terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai dan di kawasan pedalaman.Ia menggunakan sistem aliran air yang disalurkan daripada baray maksudnya ialah kolam besar yang mampu menampung isipadu air sebanyak 30 Juta liter padu. Kerajaan angkor menggunakan sistem ini menjadikan mereka negara yang kaya hasil pertaniannya. Air yang disalurkan ke tempat pertanian di angkor juga berasal dari Tasik Tonle Sap (sebuah tasik buatan yang besar.)

Ciri-ciri
  1. Kegiatan ekonominya bergantung kepada pertanian.
  2. Terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai, dan di kawasan pedalaman
  3. Hasil utama kegiatan pertanian ialah padi huma, ubi taro dan padi sawah
  4. Membina empangan dan saliran untuk menjalankan kegiatan pertanian
  5. Sistem pangaliran dikawal oleh pemerintah.
Aktivit Masyarakat

  1. Dilihat dari segi aktiviti masyarakat, mereka memperolehi makanan secara berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan, mengutip sarang burung dan kulit kura-kura pada peringkat awal.
  2. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap dan menternak binatang. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi.
Contoh Kerajaan
  1. Funan
  2. Angkor
  3. Dvaravati


KERAJAAN MARITIM

Definisi

Kerajaan Maritim ialah kerajaan yang berasaskan kegiatan perdagangan laut dan menjalankan kegiatan perdagangan.


Lokasi


Kebanyakan kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan muara sungai.  Laut dan sungai menjadi laluan utama kerajaan maritim.

Ciri-ciri
  1. Aktiviti utama adalah membina kapal dan menjalankan aktiviti perikanan. 
  2. Pusat pentadbirannya tertumpu di kawasan muara sungai. 
  3. Pelabuhan amat penting bagi kerajaan maritim. 
  4. Pelabuhan merupakan pusat perdagangan, pusat jual beli, tempat menyimpan barang perdagang dan tempat persinggahan pelayar dan juragan. 
  5. Kerajaan maritim berfungsi sebagai orang tengah iaitu tempat pengumpulan dan pengedaran barangan mentah. 
  6. Barang yang diperdagangkan adalah hasil hutan, rempah ratus, gaharu, cendana, damar dan ubat-ubatan.
Aktiviti Masyarakat


Masyarakat maritim mahir dalam membaiki kapal dan ilmu pelayaran. Pedagang-pedagang dari kerajaan maritim mampu belayar sehingga ke Afrika Selatan.

Contoh Kerajaan

  1. Srivijaya, 
  2. Champa
  3. Chih Tu
  4. Kedah Tua 
  5. Majapahit
  6. Funan 
Faktor Kemajuan Kerajaan Maritim

    1. Penduduknya sangat mahir dalam pelayaran. Malah mereka juga mahir membuat kapal-kapal besar.(mahir dalam semua bidang berkaitan dengan laut)
    2. Penduduknya terlibat dalam kegiatan perdagangan, dengan ini cukai telah memberikan sumber pendapatan yang utama.
    3. Kerajaan maritim terletak di kawasan yang strategik iaitu di tengah perjalanan Timur dan Barat. 
    4. Terlindung daripada tiupan angin monsun menyebabkan para pedagang terpaksa singgah sementara menunggu pertukaran angin monsun. .
    5. Mempunyai pelbagai kemudahan disediakan kepada pedagang yang singgah di situ. Misalnya air, tempat penyimpanan barangan dan tempat tinggal.

    Selamat membuat ulangkaji.

       

      Sunday, March 20, 2011

      Ujian Pencapaian 1 (Mac 2011)

      Berikut ialah soalan dan jawapan Sejarah tingkatan 4 bagi Ujian Pencapaian 1 (Mac 2011). Para pelajar boleh cuba jawab dan semak jawapan berdasarkan skema jawapan yang disediakan.

      Soalan


      Ujian Pencapqaian 1 Sejarah T4 -

      Jawapan


      Skema Pemarkahan UJIAN PENCAPAIAN 1 T4 sejarah -

      Kepada  pelajar tingkatan 5, silalah buat soalan ini sebagai latihan pengukuhan.

      Saturday, March 12, 2011

      Bencana 11 Mac 2011

      Di sini kita merasa gembira, tapi mereka di sana ditimpa musibah. 11 Mac 2011 disambut gembira oleh sebilangan besar rakyat negara ini kerana hari ini hari terakhir persekolahan bagi pertengahan penggal ini dan menyambut cuti pada keesokan harinya. Namun jauh di timur sana, rakan kita di negara matahari terbit diselubungi rasa takut, ngeri, sedih dan 1001 perasaan lagi kerana negara itu dilanda gempa bumi dan tsunami. Dikhabarkan yang paling besar dalam tempoh 140 tahun.

      Sejuta kesyukuran dipanjatkan kepada yang maha Pencipta kerana melindungi negara ini daripada bencana yang hebat seperti yang melanda negara Jepun.



      kongsikan juga video ini



      Beratus yang mati kerana lemas dan beratus juga yang hilang dalam arus deras tersebut.




      Semoga rakyat Malaysia yang berada di Jepun semuanya selamat daripada bencana ini.

      Sunday, March 6, 2011

      Latihan Sejarah Tingkatan 4


      SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 2 -


      Kepada semua murid 4 Topez dan 4 Berlian, sila buat latihan ini semasa cuti pertengahan semester ini dan hantar sejurus selepas buka sekolah. Kepada murid tingkatan 4 yang lain, sangat digalakkan untuk mencuba latihan ini dan hantar kepada guru sejarah anda untuk semakan.

      Manakala kepada semua pelajar  tingkatan 5 pula, kamu juga digalakkan membuat latihan ini sebagai persediaan menghadapi SPM.

      Saturday, March 5, 2011

      Undang-undang Tubuh Negeri Johor

      Bahan Bacaan Tambahan.  Banyak membaca luas pengetahuan.  Bahan ini boleh dijadikan sebagai bahan tambahan untuk tajuk Undang-undangTubuh Kerajaan Johor, bab 3, tema 11 - Sejarah SPM.

      Undang-undang Tubuh Negeri Johor, (Tulisan Jawi: اوندڠ-اوندڠ توبوه نڬري جوهر) merupakan satu set undang-undang di negeri Johor, Malaysia yang menjadi perlembagaan asas bagi negeri tersebut. Dimasyhurkan pada 14 April 1895 oleh Sultan Abu Bakar, perlembagaan tersebut menjadikan Johor sebagai negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan.


       
      Sultan Abu Bakar
       Di antara kandungan Undang-undang Tubuh Kerajaan itu ialah:
      1. Syarat-syarat bagi melantik atau menabalkan Sultan serta menetapkan wang-wang perbelanjaan dan aturan-aturan bagi menggantikan Sultan Johor itu hingga berketurunan;
      2. Peraturan-peraturan dan kewajipan-kewajipan Majlis Mesyuarat Menteri-menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri;
      3. Aturan-aturan berkenaan dengan agama Islam dalam negeri Johor;
      4. Menetapkan asas hukuman-hukuman undang-undang yang akan dijalankan di dalam mahkamah-mahkamah keadilan; dan
      5. Mengenai perjanjian dengan negara-negara asing.

       Sejak 1895, Undang-undang Tubuh Negeri Johor telah dipinda sebanyak empat kali:-

       
      Pindaan Pertama (1 April 1908)

      Pindaan Kedua (17 September 1912)

      Pindaan Ketiga (12 Mei 1914)

      Pindaan Keempat (17 Julai 1918)

       
      Kepentingan Perlembagaan
       
      Undang-undang Tubuh Negeri Johor telah memainkan peranan penting dalam kalangan masyarakat Melayu semasa menentang penubuhan Malayan Union. Faktor utama penentangan kerana kesemua Sultan di Negeri-negeri Melayu akan hilang kuasa dan kedaulatan mereka terhadap negeri masing-masing, selain daraipada cara Sir Harold MacMichael mengugut untuk mendapatkan tanda tangan para Sultan.

      Sultan Ibrahim dari Johor sendiri telah dipaksa oleh MacMichael untuk menandatangani perjanjian tersebut.  Keadaan ini telah membangkitkan kemarahan dalam kalangan masyarakat Melayu, sambil mendakwa bahawa menandatangani perjanjian tersebut adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang tidak membenarkan Sultan Johor daripada melakukan apa-apa tindakan yang boleh menggugat kedaulatan negeri Johor. Sebagai maklum balas terhadap penentangan tersebut, baginda menganjurkan perhimpunan agung pertama UMNO di istana baginda di Johor Bahru pada Mei 1946. Beliau turut sama memboikot perlantikan gabenor pertama Malayan Union.

      Hasil daripada kejayaan orang-orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union, para pemimpin negeri-negeri Melayu yang lain turut menggunakan Undang-undang Tubuh Negeri Johor sebagai model bagi perlembagaan masing-masing bagi melindungi kedaulatan negeri-negeri Melayu.


      (Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang_Tubuh_Negeri_Johor)


      Wednesday, March 2, 2011

      Kesultanan Melayu Melaka




      Retrato de Parameswara.jpg
      Parameswara
      (sumber: en.wikipedia.org)
      Sejarah Melaka Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, keturunan Majapahit, pada tahun antara 1400 hingga 1403. Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama dan pengasas Kerajaan Majapahit (1293-1309)yang menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit. Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.







      Pemerintah Pertama Melaka : Parameswara (1394-1414)
      Pemerintah Kedua Melaka : Sultan Megat Iskandar Syah (1414 – 1424)
      Pemerintah Ketiga Melaka : Sultan Maharaja (Raja Tengah) atau Sultan Muhammad Syah (1424 – 1445)
      Pemerintah Keempat Melaka : Sultan Abu Syahid (1445 – 1446)
      Pemerintah Kelima Melaka : Sultan Muzaffar Syah (1446 – 1456)
      Pemerintah Keenam Melaka : Sultan Mansur Syah (1456 – 1477)
      Pemerintah Ketujuh Melaka : Sultan Alauddin Riayat Syah (1477 – 1488)
      Pemerintah Kelapan Melaka : Sultan Mahmud Syah (1488 – 1511)

      Pemerintahan JajahanMelaka ditawan oleh Alfonso de Albuquerque, seorang Wizurai Portugis pada 24 Ogos 1511 dan menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur.
      
      Alfonso de Albuquerque
      
      Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan serangan sekejap-sekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat dua tahun kemudian. St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur. Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor.


      Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka.

      Fort A  Formosa:
       Fort A Formosa: Perobohan oleh pihak British dihentikan oleh Sir Stamford Raffles pada 1808 sewaktu beliau singgah di Melaka.

      Apa yang ketinggalan dipelihara sehingga hari ini. (Gambar oleh: Cornell Japanese Animation Society) Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824.


      Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian petempatan Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia. Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989.



      Sejarah Melaka Originally published in Shvoong: http://ms.shvoong.com/books/1672031-sejarah-melaka/





      

      Tuesday, March 1, 2011

      Minggu Ulangkaji

      Pejam celik, pejam celik...dah menjelma bulan Mac. Bulan Mac bermakna bulan ujian bulanan. Malah bulan Mac juga sinonim dengan bulan cuti pertengahan penggal satu. Bulan Mac juga begitu mendebarkan bagi guru dan bekas calon SPM 2010 kerana pada bulan ini keputusan peperiksaan akan diumumkan.

      Berbalik kepada ujian bulanan tadi, kepada semua murid  yang belajar secara langsung dengan cikgu, cikgu harap gunakan masa yang tersisa ini untuk membuat ulangkaji yang mencukupi sebelum menduduki ujian.  Baca nota dan buat latihan secara berterusan. Bertanya kepada cikgu jika terdapat masalah dalam pembelajaran. Jangan disimpan di dalam hati. Jangan malu bertanya cikgu dan jangan malu ditertawa atau diejek kawan jika bertanya kepada cikgu. 

      Skop soalan untuk ujian tingkatan 4 ialah semua topik dalam Tema 7 iaitu bab 1 dan bab 2 sahaja.  Soalan dibahagi kepada dua bentuk iaitu bentuk objektif dan struktur.

      Untuk soalan struktur fokuskan ulangkaji pada topik berikut: 
      • tamadun Hwang Ho
      • Aspek peningkatan tamadun - perluasan kuasa dalam tamadun Yunani, Rom,India dan China
      Manakala untuk tingkatan lima pula, skop soalan merangkumi Tema 7 iaitu bab 1-bab 3 tingkatan 4, tema 10 iaitu bab 1 dan bab 2, serta tema 11 iaitu bab 3.  Soalan dibahagi kepada dua bentuk iaitu bentuk objektif dan struktur.

      Bagi soalan srtuktur pula, fokuskan perhatian kamu pada :
      • Tema 7 - bab 2  - bahagian perluasan kuasa
      • Tema 10 - bab 1- birokrasi barat di Asia Tenggara  - salah  sebuah negara di Asia Tenggara yang menerima birokrasi barat.

      Belajar dan terus belajar.... tiada sagu jika tidak dipecahkan ruyung..

      Semoga berjaya.


      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      Bersama Menghayati Sejarah