Sebaik tiba di rumah pada jam 12.30 tengah hari tadi, terus buka tv dan terdengar berita pelawak Zami Ismail dilaporkan meninggal dunia. Kiranya terkejut juga, hari sebelum tu ada menonton lakonannya dalam cerita Anak Bapak Sr 2 di TV Hijrah...terasa baru sangat rasanya tengok wajah dia...Alih-alih hari ni dengar dia dah meninggal.
Zami Ismail ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia yang terkenal. Paling diingati ialah peranan beliau dalam siri sitcom televisyen `Pi Mai Pi Mai Tang Tu' sebagai Pak Uda serta siri `Salam Pantai Timur'.
Pak Uda meninggal dunia pada hari Ahad, 19 Jun 2011 di Institut Jantung Negara kerana komplikasi jantung pada umur 67 tahun. Jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak. Pada 2008, beliau pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Selayang selepas tidak sedar kerana sesak nafas.
(Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Zami_Ismail)
Apabila tengok gambar ini semasa dia di wad
teringat pada abah yang juga pernah dimasukkan ke CCU Hospital Seremban pada 10 April kerana mempunyai masalah jantung dan kemudian ke IJN pada 20 April untuk masukkan pacemaker...tapi masa tu doktor dan nurse tak bagi ambil gambar jadi tiada gambar untuk disimpan. Apabila diamati gambar ini betul-betul menimbulkan kenangan terhadap abah semasa itu, cuma bezanya abah pada masa itu rambutnya telah dibotakkan dan telah selamat menjalani operation cuma keadaannya yang tidak begitu stabil.
Berbalik kepada Zami Ismail@Pak Uda, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh. Amin
Al-fatihah.
Limpahan Rezeki
-
70,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Kuala Lumpur : Pelaksanaan projek berimpak tinggi, projek Kereta Api
Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singa...
6 years ago
3 comments:
takziah dan al-Fatihah! info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi
Post a Comment