Justeru itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menjemput ibu bapa dan penjaga pelajar agar datang beramai-ramai untuk mengambil slip peperiksaan anak-anak tuan sekaligus dapat berinteraksi dengan guru kelas khususnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang prestasi dan potensi anak-anak tuan terutama dalam bidang akademik. Interaksi ini sekurang-kurangnya dapat membantu ibu bapa atau penjaga dalam memantau perkembangan pembelajaran anak-anak di rumah.
Agenda kedua pula, dalam jangka masa yang hampir sama (lebih kurang jam 10.30 pagi), warga sekolah akan menerima kunjungan antarabangsa dari Brunei Darussalam. Rakan rombongan seramai 30 orang yang terdiri daripada guru dan murid dari Sekolah Menengah Menglait, Gadong, Brunei DS.
Lencana SM Menglait |
Lencana SMK Pantai |
Berikut ialah aturcara yang diatur untuk menyambut tetamu
- Tarian Sambut Tamu
- Taklimat oleh pengetua
- Tayangan multimedia
- Sesi perkongsian ilmu
- Ucapan balas oleh ketua rombongan
- Penyampaian cenderahati
- Sesi lawatan ke sekitar sekolah
- Solat Jumaat
- Berangkat pulang
(Sumber aturcara :Pn. Jijah,PK 1)
Kepada semua warga sekolah, terima kasih atas kerjasama yang diberikan dalam proses membantu menjayakan agenda tersebut.
Jumpa esok..^_^
0 comments:
Post a Comment