Saturday, November 7, 2009

Hari Anugerah Gemilang 2009

Hari ini Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaa (SPPK), JPWPL telah mengadakah Majlis Anugerah Gemilang 2009. Objektif utama majlis ini ialah memberi pengiktirafan dan pengukuhan terhadap pencapaian terbaik murid, guru dan sekolah dalam bidang HEM, Kokum dan sukan. Majlis ini dilangsungkan di Dewan SJK (c) Chi Wen. Menjelang jam 8.00 pagi, para tetamu telah mula datang dan mengambil tempat duduk. Tepat jam 9.07 pagi, En. Mohammad Zaki, Pengarah Pelajaran Labuan tiba.. Majlis berjalan mengikut jadual. Dalam ucapan perasmian, pengarah ada menyentuh tentang kehadiran pengetua dan guru besar dalam majlis-majlis anjuran jabatan agak tidak menggalakkan. Beliau menyeru agar pengetua dan guru besar memberi keutamaan terhadap majlis-majlis seperti ini sebagai tanda sokongan terhadap majlis jabatan. Beliau juga menyentuh tentang pertindihan aktiviti-aktiviti di peringkat sekolah dengan peringkat jabatan. Beliau menyarankan agar sekolah membuat perancangan aktiviti berdasarkan program jabatan... Seterusnya, beliau juga menegur ada sekolah yang melaksanakan kejohanan sukan dwi tahunan. Beliau menyatakan bahawa sekolah perlu melaksanakan kejohanan sukan setiap tahun bukannya dwi tahunan..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah