Tuesday, November 3, 2009

Gerak Gempur @ Pecutan Akhir @Tenungan Tajam

Kepada semua calon SPM bagi mata pelajaran Sejarah SMK Pantai, khususnya pelajar aku di kelas 5 Zamrud dan 5 Berlian, buatlah latihan-latihan yang Gerak Gempur @ Pecutan Akhir @ Tenungan Akhir yang telah diedarkan itu. Janganlah mengamalkan sikap tunggu dan lihat lagi.. masa semakin hampir...dalam tempoh 15 hari ini, banyak juga perubahan yang boleh dilakukan. Apa yang paling penting ialah usaha, usaha, usaha tanpa mengenal erti penat...amalkan 3T iaitu Tekun, Tabah dan Tenang... Jika ada masa, baca dan hayatilah petua belajar sejarah ini:

STRATEGI DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN SEJARAH

1. Baca dulu arahan dan kehendak soalan dengan cermat.

2. Baca setiap ceraian soalan kerana setiap ceraian mempunyai markah yang tertentu.

3. Gunakan pen ’highlighter’ untuk meningkatkan tumpuan / fokus anda terhadap kehendak soalan.

4. Sila rangkakan jawapan anda dalam bentuk poin supaya anda tidak lupa atau hilang idea atau tertinggal isi-isi penting. Catatkan segala isi yang anda tahu. Jangan bertanggguh!!!

5. Jangan gunakan lebih dari 30 minit bagi setiap soalan. Gunakan masa itu dengan cekap!!!

6. Ingat... jawapan anda mestilah dalam bentuk esei sahaja (bagi soalan no.5-9)

7. Soalan berbentuk perbandingan, jangan buat kolum petak. Tulis dalam bentuk esei... Ingat ya...!!!!

8. Gunakan bahasa yang mudah, ringkas, tepat dan padat. Jangan meleret-leret atau berbunga-bunga. Get to the point.. Jangan kelentong!!!

9. Setiap isi ditulis dalam perenggan yang berbeza. Jangan muatkan semua isi dalam satu perenggan.

10. Jawab apa yang disoal. Jangan jawab ikut suka atau apa yang diketahui...

11. Jangan tulis sesuatu fakta berulang kali dengan harapan hendak dapat markah 2 kali.

12. Jawapan hendaklah ditulis dengan terang dan jelas. Gunakan pen yang berkualiti dan terang dakwatnya.

13. Jawab soalan mengikut urutan dan pastikan nombor soalan dicatat dengan betul.

14. Jangan sekali-kali gunakan bahasa daerah atau bahasa slanga.

15. Idea yang dikemukakan hendaklah bernas dan matang, contohnya soalan yang memerlukan anda memberi pendapat.

16. Jangan terkeliru dengan istilah / konsep tertentu seperti [adat perpatih / adat temenggung], atau [kerajaan maritim / kerajaan agraria].

17. Semua kertas jawapan hendaklah ditulis no.kad pengenalan / angka giliran dan no. soalan dengan jelas dan betul. Sila teliti betul-betul.Susun kertas jawapan mengikut urutan.

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah