'Berat mata memandang berat lagi bahu memikul' itulah yang dapat diungkapkan apabila mendengar dan melihat musibah bencana alam - banjir - yang melanda rakan-rakan negara di wilayah pantai timur. Hanya rasa simpati yang dapat diberikan. Kesukaran yang dihadapi oleh oleh lapisan masyarakat di sana memang sukar untuk digambarkan.
Dari sehari ke sehari dilaporkan banjir semakin buruk, lebih banyak pusat pemindahan dibuka dan lebih ramai mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir... Situasi ini memang ujian besar buat semua calon SPM dan STPM di negeri-negeri tersebut... Kala rakan di negeri lain sedang selesa membuat ulangkaji, anda di sana mungkin berada dalam kesukaran bukan saja untuk membuat ulangkaji malah sentiasa bimbang pusat peperiksaan akan dinaiki air dan di mana pula akan dipindahkan. Memang satu ujian yang getir untuk dihadapi. Hanya ungkapan 'sabarlah' yang dapat diberikan.
Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi sesi 2009. Persoalannya, adakah sudah berakhir semua tugasan serentak dengan berakhirnya sesi persekolahan? Adakah jawapannya 'ya' atau 'tidak'? Inilah dilema atau cabaran yang dihadapi oleh seorang yang bergelar guru.
Selalunya, pada pandangan masyarakat, kerjaya guru yang paling beruntung kerana banyak cuti... dan cuti pula panjang terutamanya cuti hujung tahun? Malah ada segelintir masyarakat yang sewenang-wenangnya melabelkan 'cikgu makan gaji buta' untuk cuti hujung tahun yang menjangkau 6 minggu lamanya!!! Adakah pandangan dan dakwaan ini benar? Usah cakap banyak...jawapannya...hanya jauhari yang mengenal manikam!!!
Beban tugas dan tanggungjawab seseorang guru itu tiada noktahnya walaupun pada pada musim cuti... Tak percaya?
Esok, 18 Nov 2009 merupakan tarikh keramat untuk untuk semua calon SPM dan STPM seluruh negara...Selamat menduduki SPM khususnya kepada semua pelajar SMK. Pantai dan semua calon SPM seluruh negara. Semoga anda menjadi aset yang sangat diperlukan negara demi mencapai tahap negara maju bukan menjadi liabiliti yang menyumbang kepada kerosakan tamadun bangsa...
Semakin meniti ke penghujung tahun persekolahan 2009, semakin banyak perkara yang perlu dilaksanakan dan dibereskan. Minggu lepas adalah minggu yang sesak dengan pelbagai aktiviti peringkat sekolah dan jabatan...Sabtu 7 Nov..diisi dengan 2 program utama, MAG 09 peringkat JPWPL dan MAKP 09 peringkat sekolah... bertindan 2 program.. nak buat macam mana.. walaupun telah lama rancangan dibuat...namun sudahnya bertindih juga antara program sekolah dengan program jabatan.
Hari Ahad, 8 Nov hingga Selasa, 10 Nov... lawatan penandaarasan untuk sekolah Kluster fasa 4 2010 ke KK High School di Kota Kinabalu... . Objektif lawatan ini ialah untuk melihat dan belajar tip / rahsia dan formula yang diamalkan warga sekolah from top to bottom sehingga mereka berjaya dinobatkan sebagai sekolah kluster kecemerlangan dengan kebitaraaan bidang kebudayaan, basket ball dan matematik. Pada pandangan luaran dari segi prasarana dan saiz sekolah - whoaaaa..impressed.. kawasan luas...dewan besar... gelanggang basket ball...whoaa...kemudahan ICT..whoaaa..Disiplin pelajar ok...'datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan'.
Hari Selasa, 10 Nov hingga Khamis 12 November 2009, di sekolah diadakan sukan tara untuk kejohanan sukan sekolah. Walaupun tidak ada pengetua dan barisan penolong kanan di sekolah, para guru telah berjaya melaksanakan aktiviti ini dengan jayanya.. Tahniah... Pada hari Selasa juga telah diadakan Teknik Menjawab Sejarah untuk pelajar program Kristal...sentuhan personal dari Guru Berpengalaman mengajar Sejarah iaitu Pn. Siti Musliha, pengetua SM. Teknik Labuan...
Hari Jumaat 13 November 2009.. 2 program yang dikelolakan oleh SMKP... Kejohanan Sukan Sekolah yang bertempat di Kolej Matrikulasai Labuan dan Majlis Cetusan Kasih Pengarah Pelajaran bersama Pelajar Cemerlang SPM Labuan bertempat di Dewan Gemilang, SMK. Pantai. Guru diagihkan kepada dua aktivti...memang satu cabaran...
Walaupun kejohanan sukan kali ini dijalankan dalam keadaan yang penuh sederhana, namun semangat kesukanan dalam kalangan pelajar masih tinggi...mereka nampaknya masih berusaha untuk melakar kemenangan bagi rumah masing-masing.
Jumaat malam, hampir 80% warga SMK Pantai bersama keluarga berkumpul di Grand Dorsertt bagi menjayakan Majlis Makan Malam SMKP yang dianjurkan oleh Kelab Staf. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Pelajaran WPLabuan.
Sabtu...14 November 2009...lokasi Bilik Mesyuarat SMK. Pantai...Bengkel Pengurusan Stategik..dimulakan dengan taklimat Pengurusan Strategik - disampaikan oleh Tuan Pengetua...guru diagihkan kepada enam kumpulan...setiap kumpulan perlu membina pelan strategik mengikut bidang masing-masing..bengkel ini akan disambung pada hari Isnin 16 Nov 2009 dan hasil bengkel akan dibentangkan pada hari Selasa 17 Nov.
Sesungguhnya, apa yang dicoretkan di sini adalah sumbangan kecil kami, warga guru untuk melahirkan modal insan yang akan menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara.
Ungkapan keramat biasakan yang betul, betulkan yang biasa sentiasa aku bisikkan ke jiwa (soul) ini agar hasil kerja, pemikiran dan tindakan aku berada pada landasan yang sepatutnya ia berada.
Pengetua memberi taklimat tentang Pengurusan Strategik sebagai persediaan menerima status sekolah kluster fasa 4 2010 sekali gus menjana kecemerlangan sekolah secara menyeluruh.
Hari ini Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaa (SPPK), JPWPL telah mengadakah Majlis Anugerah Gemilang 2009. Objektif utama majlis ini ialah memberi pengiktirafan dan pengukuhan terhadap pencapaian terbaik murid, guru dan sekolah dalam bidang HEM, Kokum dan sukan. Majlis ini dilangsungkan di Dewan SJK (c) Chi Wen. Menjelang jam 8.00 pagi, para tetamu telah mula datang dan mengambil tempat duduk. Tepat jam 9.07 pagi, En. Mohammad Zaki, Pengarah Pelajaran Labuan tiba.. Majlis berjalan mengikut jadual.
Dalam ucapan perasmian, pengarah ada menyentuh tentang kehadiran pengetua dan guru besar dalam majlis-majlis anjuran jabatan agak tidak menggalakkan. Beliau menyeru agar pengetua dan guru besar memberi keutamaan terhadap majlis-majlis seperti ini sebagai tanda sokongan terhadap majlis jabatan. Beliau juga menyentuh tentang pertindihan aktiviti-aktiviti di peringkat sekolah dengan peringkat jabatan. Beliau menyarankan agar sekolah membuat perancangan aktiviti berdasarkan program jabatan...
Seterusnya, beliau juga menegur ada sekolah yang melaksanakan kejohanan sukan dwi tahunan. Beliau menyatakan bahawa sekolah perlu melaksanakan kejohanan sukan setiap tahun bukannya dwi tahunan..
Kepada semua calon SPM bagi mata pelajaran Sejarah SMK Pantai, khususnya pelajar aku di kelas 5 Zamrud dan 5 Berlian, buatlah latihan-latihan yang Gerak Gempur @ Pecutan Akhir @ Tenungan Akhir yang telah diedarkan itu. Janganlah mengamalkan sikap tunggu dan lihat lagi.. masa semakin hampir...dalam tempoh 15 hari ini, banyak juga perubahan yang boleh dilakukan. Apa yang paling penting ialah usaha, usaha, usaha tanpa mengenal erti penat...amalkan 3T iaitu Tekun, Tabah dan Tenang...Jika ada masa, baca dan hayatilah petua belajar sejarah ini:
STRATEGI DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN SEJARAH
1.Baca dulu arahan dan kehendak soalan dengan cermat.
2.Baca setiap ceraian soalan kerana setiap ceraian mempunyai markah yang tertentu.
3.Gunakan pen ’highlighter’ untuk meningkatkan tumpuan / fokus anda terhadap kehendak soalan.
4.Sila rangkakan jawapan anda dalam bentuk poin supaya anda tidak lupa atau hilang idea atau tertinggal isi-isi penting.Catatkan segala isi yang anda tahu. Jangan bertanggguh!!!
5.Jangan gunakan lebih dari 30 minit bagi setiap soalan.Gunakan masa itu dengan cekap!!!
6.Ingat... jawapan anda mestilah dalam bentuk esei sahaja (bagi soalan no.5-9)
7.Soalan berbentuk perbandingan, jangan buat kolum petak.Tulis dalam bentuk esei... Ingat ya...!!!!
8.Gunakan bahasa yang mudah, ringkas, tepat dan padat.Jangan meleret-leret atau berbunga-bunga. Get to the point.. Jangan kelentong!!!
9.Setiap isi ditulis dalam perenggan yang berbeza. Jangan muatkan semua isi dalam satu perenggan.
10.Jawab apa yang disoal.Jangan jawab ikut suka atau apa yang diketahui...
11.Jangan tulis sesuatu fakta berulang kali dengan harapan hendak dapat markah 2 kali.
12.Jawapan hendaklah ditulis dengan terang dan jelas.Gunakan pen yang berkualiti dan terang dakwatnya.
13.Jawab soalan mengikut urutan dan pastikan nombor soalan dicatat dengan betul.
14.Jangan sekali-kali gunakan bahasa daerah atau bahasa slanga.
15.Idea yang dikemukakan hendaklah bernas dan matang, contohnya soalan yang memerlukan anda memberi pendapat.
16.Jangan terkeliru dengan istilah / konsep tertentu seperti [adat perpatih / adat temenggung], atau [kerajaan maritim / kerajaan agraria].
17.Semua kertas jawapan hendaklah ditulis no.kad pengenalan / angka giliran dan no. soalan dengan jelas dan betul. Sila teliti betul-betul.Susun kertas jawapan mengikut urutan.
TVET Penuhi Keperluan Sektor Industri
-
TVET Penuhi Keperluan Sektor Industri
Menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dari 2016 hingga 2020, 60
peratus daripada 1.5 juta peluang pekerjaan da...
TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA
-
Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar
mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang
tiang dan ...
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN
-
13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan
kenyataan berkenaan pemberian wang B...
belajar sastera seronok, santai, n heboohhh
-
*kepada semua pelajar khususnya fom 4 n fom 5 yg mengambil elektif
sastera...gred A gerenti dalam tangan anda..syaratnya..cuma satu..faham
jalan cerita.....
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
-
*ULASAN*
*Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN
jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...
Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 64)
-
*Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 64)*
*Tan Sri Abdul Gani bin Patail*
Apa dah jadi.... Semua yang dibuat dan dirancang tak menjadi? Letak jawatan
adala...
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH
-
Sememangnya kita tidak dapat lari daripada ujian kerana *ujian itu adalah
sebahagian daripada kehidupan di dunia*. Dunia ini sendiripun tempat ujian
sebel...