Hari ini 1 Syawal 1430H bersamaan 20 September 2009...Selamat Hari Raya Aidil Firti... dititipkan buat semua sanak saudara, sahabat handai jiran dan taulan.. yang dekat atau yang jauh...
Hari ini merupakan hari kemenangan setelah sebulan kita menjalani ibadah puasa yang penuh dengan dugaan dan cabaran...hanya kesabaran yang dapat mengatasinya...
Pertama kalinya dalam sejarah hidup saya, pada pagi hari raya kami bersarapan bukan dengan hidangan 'hari raya'...tiada ketupat nasi, kuah kacang, rendang daging atau lemang... bukan tak mampu nak buat atau beli... tapi mengenangkan pada petang ini nak pulang ke kampung, kami buat keputusan untuk tidak menyediakan hidangan 'raya'... tapi bila dah sampai di kampung nanti kami akan 'tibai' abis masakan mak...
Semoga perjalanan pergi dan balik kami direstui Allah...selamat sampai ke destinasi yang ditujui...amin
TVET Penuhi Keperluan Sektor Industri
-
TVET Penuhi Keperluan Sektor Industri
Menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dari 2016 hingga 2020, 60
peratus daripada 1.5 juta peluang pekerjaan da...
6 years ago
0 comments:
Post a Comment