Thursday, September 17, 2009

Cuti Beraya....balik kampunnng...

Hari ni, 17 September 2009, bersamaan 27 Ramadan 1430H... pejam celik... pejam celik... dah 27 hari umat Islam berpuasa...tak terasa masa berlalu.. Hari juga merupakan hari terakhir sekolah sebelum cuti raya selama seminggu... Dalam keseronokan berada pada saat terakhir di sekolah sebelum bercuti...tup..tup muncul pula 3 orang Nazir Sekolah dari Jemaah Nazir Sekolah dan Jaminan Kualiti (JNJK) datang menjenguk untuk membuat pemeriksaan terhadap unit-unit di bawah HEM... suspen juga... Jam 9.00 pagi, taklimat pemeriksaan ketua Nazir bersama guru-guru yang incharge unit HEM yang hendak dipantau... fomaliti pemeriksaan... Alhamdulillah, tepat jam 12.10 tengah hari pemeriksaan dan sesi rumusan selesai... 12.40 t/hari.. masuk kelas... 2.00 petang...saat yang ditunggu...sekolah telah berakhir... Suasana hiba, sedih dan berbaur gembira amat terasa semasa rakan taulan menghulurkan tangan memohon maaf, berpeluk dan bercium sebelum berpisah.. Ada yang teruja untuk pulang menyambut raya di kampung halaman sama ada di Semenanjung, Sabah atau Sarawak...manakala rakan-rakan yang pulang tu...semacam je rasa... termasuklah aku.. tak confirm pulang lagi... belum beli air ticket... Plan asal memang nak sambut raya di sini, tetapi kita hanya merancang, segala-gala telah di atur oleh 'yang maha kuasa'... 2 hari lepas dapat berita abah kemalangan jalanraya... walaupun kecil... kakinya kena 10 jahitan juga...Hal inilah yang menyebabkan plan beraya di sini berubah.. Kami berusaha untuk dapatkan air ticket sama ada bertolak pada malam raya atau pada petang raya pertama... nak jenguk abah... semoga abah cepat sembuh...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah