Nampaknya, raya tahun ini saya dan keluarga nukleas saya menyambutnya di bumi Pulau Mutiara Laut China Selatan ini. Rasanya hanya Maha Pencipta yang mengetahuinya. Tidak dinafikan rasa sedih, hiba dan sayu menyelinap di sanubari lebih-lebih lagi apabila terdengar lagu hari raya malar hijau berkumandang di radio @ tv. Terasa ingin sangat menyambutnya bersama-sama keluarga di kampung. Tapi apakan daya, namun saya redha dengan situasi ini. Saya perlu menceriakan hari kebesaran ini walaupun berada jauh daripada kampung halaman.
Sempena tibanya hari yang mulia ini, saya merapatkan sepuluh jari memohon keampunan atas segala silap dan salah dari segi perbuatan, perkataan atau bahasa tubuh yang telah menyinggung hati dan perasaan kalian. Maafi saya.
No comments:
Post a Comment