Belajar terus belajar.
Latihan guna sama. Murid tingkatan 4 dan calon SPM 2012. Mari tenung dan renungkan.
Tema 9: Bab 10: Tingkatan 4
KESAN-KESAN
DASAR EKONOMI
SISTEM
PENDIDIKAN VERNAKULAR
Jelaskan
perkembangan sistem pendidikan.
Perkembangan
pendidikan ketika penjajahan ialah
F1 Mendirikan sekolah vernakular Melayu
H1a bertujuan untuk menjadikan anak Melayu
lebih baik dari bapanya
H1b sekolah Melayu, pertama di Teluk Belanga,
Singapura
F2 Mendirikan sekolah vernakular Tamil
H2a disediakan oleh British di bandar
H2b pengurus ladang membiayai sekolah Tamil di
ladang
H2c sukatan pelajaran, tenaga pengajar , buku
dari India
F3 Mendirikan sekolah vernakular Cina
H3a dibiayai oleh saudagar Cina
H3b guru, buku, suakatan pelajaran dari China
F4 Mendirikan sekolah vernakular Inggeris
H4a dibuka oleh mubaligh Kristian dan badan
sukarela
H4b terletak di bandar
Apakah
ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu?
F1 petempatan masyarakat berbeza mengikut
kaum
F2 orang India tinggal di ladang getah
F3 orang Cina tinggal di kawasan lombong
dan bandar
F4 orang Melayu tinggal di kampung
F5 jenis pekerjaan kaum juga berbeza-beza
F6 kaum Melayu sebagai petani
F7 kaum India sebagai penoreh getah
F8 kaum Cina sebagai pelombong/peniaga
Jelaskan
lima faktor yang menyebabkan berlakunya proses perbandaran.
Faktor
perkembangan bandar baru ialah
F1 perlombongan bijih timah seperti Kuala
Lumpur, Taiping, Seremban
F2 perkembangan perlombongan petroleum
seperti Miri di Sarawak
F3 pusat pentadbiran seperti Kuala Lumpur
F4 pusat perniagaan seperti Kuala Lumpur
F5 perkembangan sistem pengangkutan jalan
raya dan jalan kereta api
F6 perkembangan pelabuhan seperti Klang,
Pulau Pinang
F7 pusat pengumpulan gambir dan lada hitam
seperti Kuching
Jelaskan
perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan.
Antara
perkembangannya ialah
F1 Pembinaan landasan kereta api
H1a landasan kereta api pertama menghubungkan
Taiping ke Port Weld
H1b hubungkan bandar Kuala Lumpur, Seremban
H1c hubungkan kawasan pedalaman
H1c pembukaan kawasan ladang getah di Johor
F2 Pembinaan jalan raya
F3 semakin popular selepas pengenalan
kenderaan bermotor
F4 untuk mengangkut bijih timah dan getah
F5 Perak dan Selangor mempunyai jalan raya
yang baik
F6 menghubungkan Perlis ke Singapura
Bagaimanakah
penjajah British menyelesaikan masalah kesihatan yang timbul kesan daripada
Dasar Ekonomi British di Tanah Melayu pada akhir abad ke sembilan belas.
Usaha-usahanya
ialah
F1 menubuhkan hospital kerajaan di Kuala
Lumpur
F2 membina pusat kesihatan kecil
F3 membina hospital Tung Shin di Kuala
Lumpur atas sumbangan orang perseorangan
F4 mendirikan Institusi Penyelidikan
Perubatan
F5 menubuhkan Sanitary Board menjaga
kebersihan di bandar
F6 Jabatan Kesihatan mengambil alih tugas
Sanitary Board
Soalan berbentuk KBKK
Sebagai warganegara Malaysia, apakah cadangan anda untuk mengekalkan perpaduan?
Cadangan saya ialah
F1 sentiasa berunding
F2 sentiasa bertimbang rasa
F3 sentiasa bertolak ansur
F4 sentiasa bermuafakat
F5 sentiasa menghormati agama lain
F6 pengamalan Rukun Negara
teman semasa belajar |
No comments:
Post a Comment