BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
1. Ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara :
F1 Kuasa barat menubuhkan kerajaan pusat
F2 Barat melantik Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
F3 Mereka melaksanakan pentadbiran melalui biro(jabatan)
F4 Pegawai barat dilantik sebagai ketua biro
F5 Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat.
2. Ciri-ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina :
F1 Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
F2 Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat
F3 Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah
F4 Gabenor kecil menjadi pentadbir Bandar
F5 Encomiendero menjadi pemerintah Encomienda
3. Maksud Sistem Encomienda :
F1 Sistem pentadbiran Sepanyol diperingkat tempatan
F2 pemerintahnya diketuai encomiendero
4. Tugas-tugas Encomiendero yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina :
F1 menjaga keamanan
F2 mengutip cukai
F3 mengkristiankan penduduk barangay
5. Sebab sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina.
F1 mengenakan cukai yang tinggi
F2 mengenakan kerahan tenaga terhadap penduduk
6. Perubahan sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia :
F1 pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan tempatan
F2 pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
F3 pentadbiran tempatan diketuai dikendalikan oleh pembesar tempatan
F4 pentadbiran tempatan menjalankan tugas dengan pengawasan pegawai Belanda
F5 Belanda menubuhkan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Pertanian
F6 Belanda menubuhkan dewan tempatan
F7 dewan tempatan berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda
F8 dewan tempatan tiada kuasa perundangan
F9 Belanda menubuhkan Volksraad
F10 merupakan majlis rakyat
7. Bentuk sistem pemerintahan di Burma sebelum kedatangan British :
F1 Burma mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah dinasti Konbaung
F2 pemerintahan dan pentadbiran diketuai oleh raja
F3 raja dibantu oleh Hluttaw(majlis diraja) dan Wun(pegawai tinggi kerajaan)
F4 Myothugyi menjadi ketua Bandar
F5 Ahmudan menjadi pegawai diraja
F6 Athi merupakan pembesar-pembesar tradisional
F7 raja menjadi penaung kepada sami Buddha.
8. Perubahan pentadbiran yang dilaksanakan oleh British di Burma :
F1 menamatkan pemerintahan Dinasti Kounbaung
F2 institusi raja tersingkir
F3 British menghapuskan jawatan pembesar tempatan diperingkat pusat
F4 British melantik pesuruhjaya tinggi menjadi pemerintah di Burma
F5 British memperkenalkan sistem undang-undang Barat
F6 British memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma dan Akta PerkampunganBurma
F7 Btitish melenyapkan system pentadbiran tradisional Burma
F8 pentadbiran daerah diambil alih olh Myo-ok(pegawai bandaran)
F9 British menghapuskan fungsi raja sebagai penaung agama Buddha
F10 British meletakkan undang-undang Barat sebagai penaung agama
F11 British memperkenalkan majlis Perundangan
F12 & beberapa jabatan ditubuhkan seperti jabatan perhutanan,kesihatan dan pelajaran.
9. Bentuk sistem pentadbiran Indochina sebelum kedatangan Perancis :
F1 diitadbir oleh sebuah kerajaan pusat
F2 pentadbiran diketuai oleh raja berkuasa mutlak
F3 raja memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan
F4 setiap birokrasi diketuai oleh golongan mandarin
F5 pentadbiran ditiru dari pentadbiran Tanah Besar China.
F6 pegawai dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusateraan China
10. Bentuk sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Perancis di Indochina :
F1 Pentadbiran diketuai leh Gabenor Jeneral
F2 Gabenor Jeneral bertangungjawab kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris
F3 Leftenan Gabenor menjadi pemerintah wilayah jajahan
F4 Leftenan dibantu leh Residen Jeneral dan Residen Wilayah
F5 Perancis membentuk kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise
F6 kerajaan tempatan diberi kuasa autonomi
F7 kerajaan pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan tempatan
F8 kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan kerahan tenaga
11. Konsep Union Indochinoise yang dibentuk oleh Perancis di Indochina :
F1 Union Indochinoise merupakan Persekutaun Indochina
F2 Persekutuan tersebut terdiri daripada Vietnam dan Kemboja
F3 Perekutan ini juga turut disertai laos pada tahun 1904
F4 Pentabdiran Union Indochinoise diketuai oleh gabenor Jeneral
F5 Rang undang-undang Union Indochinoise diluluskan oleh parlimen Perancis.
12. Perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut terhadap sistem pentadbiran Thailand :
F1 melantik 80 orang penasihat barat mengetuai pelbagai jabatan
F2 penasihat barat digubakan untuk melatih pegawai tempatan
F3 Penasihat Britain dalam kewangan,pelabuhan dan polis
F4 Penasihat Amerika dalam jabatan kastam
F5 Penasihat Perancis dalam ketenteraan
13. Sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Chulalongkorn di Thailand :
F1 memperkenalkan majlis Penasihat rendah,majlis mesyuarat tinggi dan Kabinet menteri
F2 melantik juruaudit dari Britain
F3 pentadbir dilantik dalam kerajaan berdasarkan tahap pendidkan
F4 memperkenalkan system raja berperlembagan menggantikan raja mutlak
F5 pengaruh pembesar tempatan dan raja dikurangkan.
14. Kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran Asia Tenggara :
F1 Penunuhan Kerajaan Pusat
F2 Pentadbiran dibahagikan jepada pentadbiran pusat dan tempatan
F3 pentadbiran pusat diketuai gabenor Jeneral/pesuruhjaya tinggi
F4 pembesar tempatan diperingkat pusat dihapuskan
F5 Terhapusnya institusi raja
F6 Raja kehilangan kuasa
F7 Fungsi raja sebagai penaung agama terhapus
F8 Pentadbiran dijlankan melalui biro-biro
F9 Pegawai barat dilantik menjadi ketua biro
F10 Beberapa jabatan ditubuhkan seperti perhutanan,kesihatan pelajaran dan lain-lain
F11 Pengenalan sistem undang-undang Barat
F12 Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat
F13 rang undang-undang di tanah jajahan diluluskan dinegara mereka
F14 sistem kehakiman barat
F15 Raja menerima penasihat Barat
F16 Raja terpaksa menerima penasihat barat daripada residen
F17 Residen dan penasihat barat menasihat sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal
agama dan adat istiadat melayu
F18 pembesar tempatan hilang pengaruh
F19 pentadbiran tempatan diambil alih oleh pegawai bandaran.
No comments:
Post a Comment