Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 kepada semua murid di SMK Pantai khususnya, dan seluruh murid di seluruh Malaysia amnya. Sepanjang tiga minggu terakhir ini memang minggu peperiksaan khasnya yang berada di bangku sekolah.
Hadapilah peperiksaan ini dengan serius dan bersungguh-sungguh. Inilah medan yang paling relevan untuk anda menguji kefahaman terhadap isi pelajaran yang telah dipelajari selama ini.
Kesungguhan yang berterusan akan menghasilkan kejayaan. Kejayaan akan membawa kepuasan. Kepuasan ini akan membawa kepada kegembiraan dan akhirnya akan menghasilkan kebahagian. Kunci utama sebelum mengecap kejayaan itu ialah usaha yang berterusan dalam membuat latihan, mengemaskini nota, bertanyakan guru dan tidak ketinggalan berdoa kepadaNya.
Ketahuilah
TVET Penuhi Keperluan Sektor Industri
-
TVET Penuhi Keperluan Sektor Industri
Menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dari 2016 hingga 2020, 60
peratus daripada 1.5 juta peluang pekerjaan da...
6 years ago
0 comments:
Post a Comment