Berbalik kepada ujian bulanan tadi, kepada semua murid yang belajar secara langsung dengan cikgu, cikgu harap gunakan masa yang tersisa ini untuk membuat ulangkaji yang mencukupi sebelum menduduki ujian. Baca nota dan buat latihan secara berterusan. Bertanya kepada cikgu jika terdapat masalah dalam pembelajaran. Jangan disimpan di dalam hati. Jangan malu bertanya cikgu dan jangan malu ditertawa atau diejek kawan jika bertanya kepada cikgu.
Skop soalan untuk ujian tingkatan 4 ialah semua topik dalam Tema 7 iaitu bab 1 dan bab 2 sahaja. Soalan dibahagi kepada dua bentuk iaitu bentuk objektif dan struktur.
Untuk soalan struktur fokuskan ulangkaji pada topik berikut:
- tamadun Hwang Ho
- Aspek peningkatan tamadun - perluasan kuasa dalam tamadun Yunani, Rom,India dan China
Bagi soalan srtuktur pula, fokuskan perhatian kamu pada :
- Tema 7 - bab 2 - bahagian perluasan kuasa
- Tema 10 - bab 1- birokrasi barat di Asia Tenggara - salah sebuah negara di Asia Tenggara yang menerima birokrasi barat.
Belajar dan terus belajar.... tiada sagu jika tidak dipecahkan ruyung..
Semoga berjaya.
No comments:
Post a Comment