Sunday, September 20, 2009

Dah Raya...Siri 1

Hari ini berakhir sudah bulan ramadan..Esok seluruh umat Islam di Malaysia akan bersama-sama meraikan hari kemenangan setelah sebulan menahan diri bukan sahaja dari lapar dan dahaga, bahkan dari segala sifat dan perbuatan negatif... Esok...dapat juga beraya di kampung..di Beranang..walaupun pada perancangan awal, tahun ini kami akan menyambut aidilfitri di Labuan... namun semua itu berubah... Perubahan ini berlaku ekoran daripada peristiwa abah terlibat dalam kemalangan jalan raya...langgar lari..hit and run...kemalangan ini menyebabkan akan menerima 10 jahitan di bahagian buku lali...dan ditambah lagi mukanya bengkak dan lebam-lebam...bak kata along...seperti tumbuh 2 biji telur di muka abah...matanya tidak boleh dibuka..kesian abah..kepada pemandu yang telah melanggar dan membiarkan abah tersungkur di tepi jalan raya itu...insaflah dan kesallah dengan perbuatan tersebut...dalam bulan yang mulia ini bertaubatlah banyak-banyak kepada Allah..moga diampunkan dosa... Berbalik pada cerita raya tadi, selepas mendapat berita abah aksiden, saya dan suami berbincang untuk tukar plan beraya di kampungku di samping menjenguk keadaan abah.. syukur juga.. suami memahami keadaan ini... Tanpa melengahkan masa saya pun pergi ke agensi pelancongan untuk membeli tiket...malangnya semua tiket untuk 18, 19 dan pagi 20 September dah sold out...yang ada hanya pada sebelah petang 20 September (raya pertama)... apa nak buat, apapun yang penting dapat balik...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah