Monday, October 4, 2010

Sejenak...mari fikirkan...

Demam peperiksaan...itulah yang boleh dikatakan untuk sepanjang tempoh dua bulan ini.  Bermula esok, calon-calon PMR seluruh negara akan 'masuk gelanggang' untuk menguji segala ilmu dan kemahiran yang ada yang telah dipelajari selama hampir sembilan tahun di alam persekolahan.


Pelbagai perasaan bersarang di minda. Berdebar, panik, dan 101 macam perasaan lagi.  Perasaan ini bukan sahaja dialami oleh para calon PMR tersebut malah pihak guru dan ibu bapa juga mengalami perasaan yang sama.


Selain kemahiran kognitif, akademik, pada masa inilah kemahiran emosi amat berperanan.  Bagi mereka yang bijak mengawal emosi, perasaan panik akan mudah diatasi.  Sebaliknya, bagi pelajar yang mempunyai emosi kurang stabil akan menghadapi tekanan dan kemurungan yang berlanjutan.  Pelajar yang pandai dan bijak selalunya akan berjaya namun pelajar yang pandai  tetapi tidak bijak akan menghadapi kesukaran apabila berdepan dengan tekanan.


Apapun, semua tekanan emosi, perasaan takut, panik akan dapat diatasi jika persiapan telah dibuat dengan cukup rapi.


Kejayaan boleh digenggam jika ramuan ini ada dicampurkan bersama doa. Ramuan itu terdiri daripada:








Semua bahan ini perlulah diadun dan dicanai dengan baik dan penuh cermat. Selepas itu dihisai pula dengan doa dan tawakal.  Insyaalah kejayaan itu pasti menjadi milik kita.


Kepada semua calon PMR SMKP, selamat menduduki peperiksaan PMR. Buatlah yang terbaik. Cg juga mendoakan yang terbaik buat kalian.  Doa dan restu ini juga ditujukan kepada semua calon PMR seluruh negara.  Andalah modal insan dan aset yang sangat bermakna buat negara dalam menjayakan Misi Nasional.

Sunday, October 3, 2010

Peperiksaan Percubaan SPM#2

Kepada semua murid SMKP yang menduduki Peperiksaan Percubaan #2 kertas 1249 - Sejarah SPM pada 5 Oktober 2010, cg ucapkan Selamat Menjawab dan





Kejayaan tidak datang bergolek. Kejayaan pasti dapat dicapai apabila kita mengusahakannya. Perkara yang paling penting ialah usaha, tekun dan tabah dalam menghadapinya. Jangan cepat bosan. Tidak juga cepat menyerah kalah. Inilah perjuangan.  Dalam berjuang memang banyak cabaran.  berusahalah dengan sepenuh jiwa dan tumpukan perhatian.  Keyajaan pasti ada di sana.

Tuesday, September 28, 2010

Tajam Minda @ SPM 2010

Bekalan buat semua calon SPM SMK Pantai untuk menghadapi prafasa terakhir dalam membuat ulangkaji kertas 1249-Sejarah SPM 2010.
Dalam menghadapi saat-saat penghujung waktu sebelum menduduki Percubaan ke-2, di sini saya kemukakan tema dan bab yang perlu diberi fokus semasa membuat ulangkaji kertas 1249/2.



Tema 7 : Bab 1 - Tamadun Awal



1. a)  Jelaskan tentang tamadun Indus daripada aspek
         i.  lokasi
        ii.  proses pembentukan
       iii.  organisasi sosial
       iv.  ekonomi


     b) Jelaskan sumbangan tamadun Indus daripada aspek 
          i. bandar terancang         

         ii. sifat keterbukaan
        iii. kreativiti masyarakat .
 




Thursday, September 16, 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri

Hari ni cuti umum...Cuti Hari Malaysia..16 September 2010...ada empat jemputan rumah terbuka hari raya...sempat tunaikan dua jemputan sahaja. Alhamdulillah...terima kasih atas jemputan... Pada zaman melenium ni, amalan rumah terbuka sempena hari raya sudah menjadi satu ikutan yang diamalkan oleh semua kaum di Malaysia. Malah boleh dikategorikan sebagai budaya..satu perlakuan yang menjadi amalan masyarakat. Hari raya memang sinonim dengan rumah terbuka. Hal ini menjadi topik perbualan hangat menjelang hari raya, selain daripada topik juadah yang nak dihidangkan, baju raya, langsir raya, pinggan mangkuk raya, perabut raya yang memang semestinya tersenarai dalam tajuk perbualan walaupun bulan ramadan belum menjenguk tiba... Hal ini sangat berbeza dengan situasi pada zaman saya kecil dulu...hari raya memang telah diketahui umum sebagai hari untuk kunjung mengunjungi, untuk bertandang atau hari rumah terbuka... tak perlu tetapkan tarikh bila dan di mana? Menu apa nak dihidangkan? Siapa jemputan... Semua tu tak perlu... Menjelang saja malam raya, dah ada tetamu yang datang, tuan rumah dah bersedia dengan hidangan ringan...malam takbir...rombongan takbir akan datang dari rumah ke rumah bertakbir membawa ke pukul satu hingga dua pagi... Semasa arwah nenek masih ada, setiap pagi hari raya pertama, selepas sembahyang sunat hari raya, pasti ada tetamu yang singgah khususnya saudara mara (lelaki) datang bertandang untuk bertanya khabar nenek sambil meraikan hari raya. Meriah...mula jam 10 pagi hingga ke petang pula kanak-kanak datang bertandang...datang dari pelbagai kampung...ada yang berjalan kaki, berbasikal dan ada juga yang bermotor...ada juga dalam kalangan mereka yang tidak dikenali...tetap dilayan dan dijemput masuk...pintu rumah sentiasa terbuka...hidangan pula memang telah disediakan. Hari raya pertama, tetamu dijamu dengan hidangan utama ketupat, rendang, lemang...wajib ada. Memang meriah...tak menang tangan layan kanak-kanak...ditambah lagi dengan saudara mara yang datang...penat tetapi puas...gembira...masa tu tak de pula rasa takut nak beraya...takut pencuri, takut diculik, atau takut kedatangan tidak diterima... Hari raya hari bergembira... Namun suasana ini hampir tidak menjadi amalan pada hari ini. Kanak-kanak tidak lagi beraya bersama-sama rakan...Mereka lebih rela menghabiskan masa di depan TV, PS atau pegi ke CC. Selain itu, mereka akan beraya bersama-sama ibu bapa. Faktor keselamatan mungkin merupakan satu faktor yang menyebabkan ibu bapa tidak 'berani' membenarkan anak-anak dalam usia kanak-kanak untuk berjalan sendiri... Kes rompak, culik, bunuh yang berleluasa dewasa ini turut menjejaskan kemeriahan sambutan hari raya yang tradisional...

KEMBALI KE SEKOLAH

Setelah hampir dua minggu bercuti termasuk cuti hari raya, esok kebanyakan sekolah di wilayah ini (WP Labuan) akan mula beroperasi semula. Mood cuti masih ada...tambahan pula hari ini cuti umum - cuti Hari Malaysia...ramai yang ambil kesempatan buat rumah terbuka...maka mood hari raya itu lebih tebal berbanding mood nak gi sekolah esok...ermmmmmm. Walau bagaimanapun... esok - sekolah tetap sekolah. Persiapan perlu dibuat. Mana-mana homeworks yang belum selesai, perlu diselesaikan. Ini satu amanah, satu tanggungjawab. Lupakan seketika FB, kuih raya, rumah terbuka: semak dulu senarai tugasan yang belum selesai. Kepada murid-murid cikgu khususnya di SMKP, sila semak senarai ini...
  • uniform sekolah sudah dibasuh
  • kasut sudah dicuci
  • stokin sudah dicuci
  • rambut sudah digunting kemas (murid lelaki)
  • rambut sudah diwarnakan hitam semua
  • baju dan seluar sekolah ikut spesifikasi yang ditetapkan
  • anak tudung (perempuan sahaja)
  • homeworks sudah disiapkan
  • jadual waktu pembelajaran

dan yang paling penting MINDA, HATI dan PERASAAN perlulah disediakan SEPENUHNYA untuk menghadapi persekolahan esok. Hal ini sangat PENTING agar semua perkara yang disenaraikan di atas dapat dilaksanakan dengan sempurna. Jika semuanya telah dilaksanakan maka perkataan TERLUPA, dan TERTINGGAL tidak akan dijadikan alasan bela diri.

Berita Harian Online | 16 September pelengkap kemerdekaan

Berita Harian Online 16 September pelengkap kemerdekaan

Thursday, September 9, 2010

Raya di Perantauan

Waktu dan tika ini tentu emak di kampung sibuk menyiapkan juadah hari raya... memang tak menang tangan dia... masak rendang (rendang itik - special raya tahun ni)), rebus ketupat, kuah kacang, sup tulang...lemang dah siap dibakar pada petang tadi... Norazni, Norazlida , Norkhazimah, Norlizawati, & Nazrul Azwan....bestnya dapat berkumpul sambil makan rendang itik... Norkamizah pula selamat beraya di Besut, Ganu... Tahun ni, saya beraya kat Labuan jer... ok juga... Selamat menyambut hari raya... walau di mana juga kita meraikannya... yang penting ciptakan suasana hari raya...meriahnya tetap terasa... Namun dalam kemeriahan itu, syahdu tetap menusuk-nusuk di lubuk jiwa terutama apabila mendengar suara takbir mendayu-dayu dari surau perumahan ini... Sabar dan tenanglah jiwa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah