Thursday, September 16, 2010

KEMBALI KE SEKOLAH

Setelah hampir dua minggu bercuti termasuk cuti hari raya, esok kebanyakan sekolah di wilayah ini (WP Labuan) akan mula beroperasi semula. Mood cuti masih ada...tambahan pula hari ini cuti umum - cuti Hari Malaysia...ramai yang ambil kesempatan buat rumah terbuka...maka mood hari raya itu lebih tebal berbanding mood nak gi sekolah esok...ermmmmmm. Walau bagaimanapun... esok - sekolah tetap sekolah. Persiapan perlu dibuat. Mana-mana homeworks yang belum selesai, perlu diselesaikan. Ini satu amanah, satu tanggungjawab. Lupakan seketika FB, kuih raya, rumah terbuka: semak dulu senarai tugasan yang belum selesai. Kepada murid-murid cikgu khususnya di SMKP, sila semak senarai ini...
  • uniform sekolah sudah dibasuh
  • kasut sudah dicuci
  • stokin sudah dicuci
  • rambut sudah digunting kemas (murid lelaki)
  • rambut sudah diwarnakan hitam semua
  • baju dan seluar sekolah ikut spesifikasi yang ditetapkan
  • anak tudung (perempuan sahaja)
  • homeworks sudah disiapkan
  • jadual waktu pembelajaran

dan yang paling penting MINDA, HATI dan PERASAAN perlulah disediakan SEPENUHNYA untuk menghadapi persekolahan esok. Hal ini sangat PENTING agar semua perkara yang disenaraikan di atas dapat dilaksanakan dengan sempurna. Jika semuanya telah dilaksanakan maka perkataan TERLUPA, dan TERTINGGAL tidak akan dijadikan alasan bela diri.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah