Monday, September 6, 2010

Salam Aidilfitri

Salam aidilfitri untuk sanak saudara, sahabat taulan, jiran tetangga, muslimin & muslimat walau di mana jua anda berada...

Saturday, August 28, 2010

Nuzul Al-Quran

27 Osos 2010 bersamaan 17 Ramadan 1431

Sunday, July 4, 2010

Dia datang lagi!

Siapa yang datang? Mana? Bulan Julai datang lagi! Apa relevannya? Tunggu...nanti saya perihalkan.

Sunday, June 27, 2010

Sedia Bersedia

Jun - Julai 2010. Bersedialah untuk sediakan kekuatan: 1. Fizikal 2. Semangat 3. Minda 4. Kesabaran Mengapa perlu sediakan semua ini? Ha...senarai semak untuk aktiviti Jun -Julai telah tersedia untuk dilangsaikan... Selepas berlangsungnya Hari Koperasi SMKPantai 2010 tadi... bolehlah menarik nafas lega..tarik perlahan-lahan... tahan...hempus perlahan-lahan.. Fuhh...lega. Lega...ermmm...belum lega lagi... Sila telitikan aktiviti Jun-Julai.. 1. Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 2. Lawatan & perasmian sekolah oleh TPM merangkap menteri pelajaran 3. Pidato PNB 4. Kelas Tambahan 5. Percubaan PMR 6. Mesyuarat Pengurusan 7. Mesyuarat PIBG Bukan nak merungut atau menghebahkan tugas yang perlu dibuat. Sekadar berkongsi rasa.

Saturday, June 26, 2010

Hari Koperasi SMK Pantai 2010

Minggu pertama selepas cuti yang agak panjang.. tiga minggu. Minggu ni memang minggu yang paling sibuk bagi warga SMK Pantai. Antara senarai tugas yang perlu dilunaskan: 1. Key-in markah peperiksaan pertengahan tahun 2. Membuat pelan tindakan untuk penilaian NKRA 3. Membuat persiapan menjelang Hari Koperasi Sekolah 2010 Kesibukan ini berganda dirasakan khususnya oleh individu yang terlibat secara langsung dengan Hari Koperasi 2010 yang julung kali diadakan pada tahun ini. Pelbagai acara telah diatur bagi memeriahkan lagi hari tersebut. Selain daripada gerai makanan, minuman yang sememangnya gerai wajib dalam setiap program seperti ini, ada pelbagai lagi gerai yang dibuka seperti gerai permainan, gerai pakaian, gerai bundle, car wash, jamming dan karaoke, malah yang istimewanya, pada hari tersebut juga akan diadakan pameran kereta. Gandingan guru dan murid, masing-masing sibuk menyiapkan keperluan untuk program pada hari tersebut. Sebulan yang lalu, dalam keriuhan dan kemeriahan itu, aku teruja juga untuk turut sama menggempakkan lagi program tersebut. Nak beli gerai, tapi nak jual apa? Nak jual makanan, tak berapa ada skill memasak...leceh juga.. Fikir punya fikir, nak jual bundle pakaian terpakai. Tak susah nak dapat barang... kat dalam almari baju lama banyak.. bolehla...campur dengan barang rakan kongsi...stok tak jadi masalah.. Muktamad...habis fikir... jual barang bundle.. Ermmm...ada ke permintaan? Ada ke orang nak beli? Ada ke? Boleh ke?.. itulah antara soalan-soalan yang menerjah fikiran. Hari ni, hampir 80% persiapan telah dibuat. Stok bundle...ada (masih kurang), penyangkut baju...ada, sepit baju..ada... Ermmm...apa lagi ye? Penyidai baju..ada (dua).. Macam dah cukup.. Apa-apapun, tunggu je la hari esok.. Jumpa di sana... 27 Jun 2010 - jam 7.30 pagi hingga 4 petang. Jangan lupa singgah di Bundle Corner.

Sunday, June 20, 2010

Cabaran Masa Cuti.

Setelah tiga minggu bercuti, esok tibalah masanya untuk meneruskan sesi persekolahan semester kedua 2010. Terasa seperti baru semalam je cuti. Peluang cuti ini memang sangat dinanti-nantikan. Macam-macam perancangan yang dibuat untuk mengisi masa cuti ini. Bagi perantau seperti aku, yang tinggal berjauhan dengan induk keluarga, jadi masa cuti ini memang sangat berharga dan perlu dipenuhi dengan sebaik mungkin! Masa cuti inilah nak pulang ke kampung. Menjenguk sanak keluarga. Mengeratkan silaturahim. Masa cuti ini juga sibuk memenuhi undangan: majlis pertunangan, majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran. Setiap minggu. Masa cuti ini juga nak digunakan untuk membuat tinjauan di shopping malls. Godaan jualan tengah tahun sungguh menggoda. Seperti aku yang tinggal di pulau ini, apabila berpeluang pulang ke kampung, singgah pula di kota kosmopolitan KL, gamitan dan godaan malls ini sangat mengujakan. Melangkah je di dalam shopping malls itu, terasa seakan tak cukup masa nak melihat, membelek dan membeli (jika berkenan) barangan yang didagangkan. Urut je dada. RM, RM, RM.... Bagiku, walaupun di atas kertas tercatat cuti selama tiga minggu, tapi hakikatnya bukanlah tiga minggu solid dan total. Cuti bukan sebarang cuti. Cuti ini dibekalkan dengan tugasan yang perlu dibereskan. Jadi, perlu pandai merancang dan membahagi masa untuk melunaskan kerja yang dibekalkan. Tepuk dada tanya selera. Hal ini perlukan kekuatan. Kekuatan mental dan fizikal tentunya. Dewasa ini senario persekitaran dipengaruhi dunia siber hari ini memang besar cabaran yang perlu dihadapi. Kemajuan dan kemudahan akses internet merupakan cabaran yang sangat besar terhadap kemahuan melunaskan tugasan yang sedia ada. Terasa masa sangat singkat dan jarum jam sangat cepat berputar. Saat bertukar minit bertukar jam. Pagi bertukar tengahari bertukar petang berganti malam..Malam bertukar menjadi pagi. Bertukar sudah haribulan. Cepatnya. Sungguh pabila melayari alam siber, satu jam umpama satu minit sahaja. Masa terus berlalu. Kerja di alam nyata belum usai lagi. Tunggulah dulu, lima minit saja lagi. Tit, tot, tit, tot..bukan lima minit lagi. Dah hampir lima jam..belum terasa lama. Itulah penangan alam siber ini. Ya, satu cabaran yang perlukan kekuatan mental untuk menghadapinya. Namun hal yang bertentangan berlalu pabila aku mengadap tugasan ini. Terasa jarum jam sangat malas nak berlalu.. Baru satu muka surat..terasa lama sudah aku menatapnya..Bosanpun menjelma. Kebosanan ini semakin menebal pabila terpaksa berhadapan dengan jawapan yang tidak memenuhi skema, teknik menjawab yang tidak betul dan ditambah lagi dengan bentuk tulisan yang sangat 'seni' sehingga sukar untuk dibaca! Tapi inilah cabarannya!

Thursday, June 10, 2010

Kumpul Kekuatan...Hari ke-2

10 Jun 2010...mengumpul baki kekuatan dan kesunguhan kelmarin disaring menjadi misi hari ini. Misi: MESTI siap semua skrip. Lebih kurang 42 skrip. 6.45 pagi dah bersiap-siap di meja makan bersama 42 skrip, sebatang pen merah dan peraturan pemarkahan. Fikiran bercelaru antara surfing dengan skrip. Surfing...games...FV, CW..sungguh mengoda. Mampu mencairkan misi. Oooo tidak...ingat esok 11 Jun 2010... desa permai melambai-lambai...semua kerja ini mesti dibereskan. Baru aman jiwa dalam percutian. Kekuatan mental, semangat dan keazaman dicanai, diadun dan digenggam agar misi menjadi kenyataan. Jangan fikirkan keseronokan hari ini...bisik hati terhadap minda... Minda terus mengarahkan tangan dan mata untuk terus memegang dan menatap skrip demi skrip... Minda terus memahami isi-isi yang diberi.. aduh! lain yang ditanya lain pula yang dijawab.. Ni sah tak buat membaca apatah lagi membuat ulangkaji. Bukan nak menuduh, tapi dari cara jawapan yang diberi, dia memang takde bahan/isi yang hendak ditulus. Kuatkan semangat. Biarlah. Jangan emo. Nanti skrip yang lain tak tertanda. Tangan terus mencapai skrip yang seterusnya. Aduh...toing! toing! toing!...sudah banyak kali diberitahu...jawapan mesti ditulis dalam bentuk ayat yang berperanggan atau esei untuk soalan esei! Mengapalah dia tulis dalam bentuk poin-point dan bernombor. Adakah dia lupa?, terlalu cemas semasa menjawab?, tidak tahu? atau tak ambil peduli? Tulis je la.. Alahai... Sabar...sabar...sabar. Jangan emo. Kontrol emosi tu. Teruskan. Jika terlalu banyak fikir nanti tak siap pula kerja ni dan misi tak tercapai. 8.45 pagi... ahaaa...22 skrip dah siap...selesai. Jawapan tak panjang dan tak berbelit dan ada lima skrip yang tidak dijawab sepenuhnya. Dalam situasi ini, aku sedikit kecewa. Dah hampir lima bulan belajar. Bab dan tajuk yang disoal semua dah dipelajari dan telah diberi penekanan semasa P&P. Hari ini, hasil daripada jawapan yang diberi, perkara yang telah dipelajari macam tak pernah dipelajari langsung... memang kecewa. Macam hilang semangat nak teruskan penandaan. Sabar...sabar... kuatkan semangat. Jangan emo. Masih ada 20 skrip lagi. Mungkin yang ini boleh melegakan perasaan.. Rehat dulu. Tarik nafas. Kumpul kekuatan. Himpun semangat. Bancuh satu mug nescafe...cicah roti dalam nescafe. Huu... sedapnya. Setengah jam dah berlalu. Jangan bertangguh lagi. Tarik nafas. Kumpul kekuatan. Himpun semangat. Teruskan. 20 skrip di depan mata. Perjuangan diteruskan. Kesungguhan menghasilkan kejayaan. Kejayaan memerlukan kekuatan...mental tentunya... Kekuatan datang dariNya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah