skip to main |
skip to sidebar
10 Jun 2010...mengumpul baki kekuatan dan kesunguhan kelmarin disaring menjadi misi hari ini. Misi: MESTI siap semua skrip. Lebih kurang 42 skrip.
6.45 pagi dah bersiap-siap di meja makan bersama 42 skrip, sebatang pen merah dan peraturan pemarkahan. Fikiran bercelaru antara surfing dengan skrip. Surfing...games...FV, CW..sungguh mengoda. Mampu mencairkan misi.
Oooo tidak...ingat esok 11 Jun 2010... desa permai melambai-lambai...semua kerja ini mesti dibereskan. Baru aman jiwa dalam percutian.
Kekuatan mental, semangat dan keazaman dicanai, diadun dan digenggam agar misi menjadi kenyataan.
Jangan fikirkan keseronokan hari ini...bisik hati terhadap minda...
Minda terus mengarahkan tangan dan mata untuk terus memegang dan menatap skrip demi skrip... Minda terus memahami isi-isi yang diberi.. aduh! lain yang ditanya lain pula yang dijawab.. Ni sah tak buat membaca apatah lagi membuat ulangkaji. Bukan nak menuduh, tapi dari cara jawapan yang diberi, dia memang takde bahan/isi yang hendak ditulus.
Kuatkan semangat. Biarlah. Jangan emo. Nanti skrip yang lain tak tertanda. Tangan terus mencapai skrip yang seterusnya.
Aduh...toing! toing! toing!...sudah banyak kali diberitahu...jawapan mesti ditulis dalam bentuk ayat yang berperanggan atau esei untuk soalan esei! Mengapalah dia tulis dalam bentuk poin-point dan bernombor. Adakah dia lupa?, terlalu cemas semasa menjawab?, tidak tahu? atau tak ambil peduli? Tulis je la.. Alahai...
Sabar...sabar...sabar. Jangan emo. Kontrol emosi tu. Teruskan. Jika terlalu banyak fikir nanti tak siap pula kerja ni dan misi tak tercapai.
8.45 pagi... ahaaa...22 skrip dah siap...selesai. Jawapan tak panjang dan tak berbelit dan ada lima skrip yang tidak dijawab sepenuhnya.
Dalam situasi ini, aku sedikit kecewa. Dah hampir lima bulan belajar. Bab dan tajuk yang disoal semua dah dipelajari dan telah diberi penekanan semasa P&P. Hari ini, hasil daripada jawapan yang diberi, perkara yang telah dipelajari macam tak pernah dipelajari langsung...
memang kecewa.
Macam hilang semangat nak teruskan penandaan.
Sabar...sabar... kuatkan semangat. Jangan emo. Masih ada 20 skrip lagi. Mungkin yang ini boleh melegakan perasaan..
Rehat dulu. Tarik nafas. Kumpul kekuatan. Himpun semangat. Bancuh satu mug nescafe...cicah roti dalam nescafe. Huu... sedapnya.
Setengah jam dah berlalu. Jangan bertangguh lagi. Tarik nafas. Kumpul kekuatan. Himpun semangat. Teruskan.
20 skrip di depan mata. Perjuangan diteruskan.
Kesungguhan menghasilkan kejayaan. Kejayaan memerlukan kekuatan...mental tentunya... Kekuatan datang dariNya..
0 comments:
Post a Comment