Wednesday, September 26, 2012

Tenung-Tenung

 Tingkatkan lagi usaha. Kuatkan azam. Teruskan pembacaan kalian.

Sekarang mari kita kukuhkan kefahaman terhadap topik ini.

Tema 10: Bab 1: Tingkatan 5

Soalan

Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara pada umumnya dibahagikan kepada dua tahap.
a)         Nyatakan ciri-ciri nasionalisme tahap pertama dan kedua di Asia Tenggara

Jawapan
            Ciri-ciri nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara

            Gerakan nasionalisme tahap pertama bersifat setempat. Gerakan tahap pertama tiada organisasi.

            Matlamat gerakan nasionalisme tahap pertama ialah mennuntut pembaharuan dalam bidang kebudayaan, agama dan hak peribumi. Gerakan tahap pertama tidak menuntut kemerdekaan segera.

            Gerakan tahap pertama dipimpin golongan pertengahan yang mendapat pendidikan di Barat dan Timur Tengah

            Gerakan tahap pertama bersifat sederhana. Menggunakan kaedah memberi kesedaran melalui karya kesusasteraan

Ciri-ciri nasionalisme tahap Kedua di Asia Tenggara

Gerakan  nasionalisme tahap kedua pula bersifat nasional. Gerakan tahap kedua mempunyai  organisasi yang tersusun.

            Gerakan tahap kedua mempunyai matlamat menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri. Gerakan tahap kedua juga dipimpin  golongan berpendidikan tinggi yang berpengetahuan.

            Gerakan  kedua menggunakan gerakan bersifat radikal. Melancarkan revolusi untuk mencapai matlamat.

  

b)         Jelaskan perkembangan nasionalisme di negara berikut:
            i)          Filipina

Jawapan 
ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina ialah

F1        merupakan gerakan dakyah
F2        dipimpin oleh Jose Rizal
F3        menuntut kebebasan bersuara
F4        menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
F5        menubuh Liga Filipina
F6        ditangkap dan dibunuh

Ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina ialah
F1        dimulakan oleh Andres Bonifacio
F2        menubuhkan Katipunan
F3        untuk menyatukan bangsa Filipina
F4        mencapai kemerdekaan
F5        melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal
F6        menggunakan akhbar Kalayan
F7        diteruskan oleh Emilio Aguinaldo
F8        bekerjasama dengan Amerika Syarikat

Jelaskan perkembangan nasionalisme di negara berikut:

ii)         Indonesia
Ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia ialah

F1        dipelopori oleh Raden Adjeng Kartini
F2        memajukan pendidikan wanita
F3        menulis karya Seorang Puteri Jawa
F4        mendedahkan kemunduran dan penindasan Belanda
F5        melalui pertubuhan Muhammadiyah
F6        matlamat menyebarkan Islam
F7        menentang penyebaran agama Kristian

Ciri-ciri nasionalisme tahap kedua di Indonesia ialah

F1        diperjuangkan oleh parti radikal
F2        seperti Parti Nasional Indonesia (PNI)
F3        dipimpin oleh Soekarno
F4        menuntut kemerdekaan
F5        walaupun secara kekerasan
F6        PNI diharamkan

c)         Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, bagaimanakah anda menanamkan    
            semangat nasionalisme kepada rakyat jelata.

F1        Menanam semangat patriotisme dalam setiap tindakan yang dilakukan.
F2        Menanam perasaan cinta dan sayangkan negara
F3        Menjamin kedaulatan negara, tidak dijajah oleh kuasa asing.
F4        Semangat mempertahankan negara dan bangsa.
F5        Semangat bersaing dan berusaha untuk memajukan diri/bangsa/negara.
F6        Menyemai perasaan menghargai perjuangan dan pengorbanan pejuang terdahulu.
F7        Mendorong semangat berkorban demi bangsa dan negara.
F8        Mana-mana yang munasabah

Tenung-tenung

Mari kita tenungkan topik ini. 


Tema 10: Bab 2: Tingkatan 5

Peranan Akhbar, Majalah dan Novel

a)       Isu berkaitan orang Melayu dibincangkan secara meluas dalam akhbar dan               
          majalah berbahasa Melayu di Negara ini pada tahun 1930an.   
          Terangkan isu tersebut.
        
        
            Politik
            F1        British  mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu
            F2        Raja-raja Melayu dan pembesar tidak memajukan rakyat
            F3        Dasar pilih kasih British dalam pentadbiran
            F4        Mengadakan Malay Administrative Service (MAS)
            F5        Menyeru orang Melayu bersatu melalui pertubuhan kebangsaan
           
            Ekonomi
            F6        Menggalakkan orang Melayu melibatkan diri dalam bidang
                        perniagaan
            F7        Menggalakkan syarikat kerjasama dalam kalangan orang Melayu
            F8        meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang
            F9        Menyeru orang Melayu berubah.  Elakkan memilih kerja, meninggalkan sifat                         
                        malas, melarang orang Melayu menjual tanah dan menyeru orang Melayu berjimat cermat.
            F10      Membela nasib orang Melayu di Bandar. Meminta diwujudkan kampung khas                                           
                        Melayu di Kuala Lumpur

            Sosial dan Pendidikan
            F11      Memajukan pendidikan orang Melayu melalui pendidikan tinggi Melayu.
            F12      Menggalakkan pendidikan untuk orang Melayu dan menggalakkan tabungan untuk                                  
                        pendidikan anak-anak Melayu
            F13      Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris
            F14      Menaiktaraf sekolah Melayu
            F15      Mengekalkan ciri-ciri baik masyarakat Melayu







     

       

            
Selamat membuat ulangkaji. A+ idamanku.

Tenungan Akhir

Menghitung hari. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi yang berbaki.  Tingkatkan tenaga. Gandakan usaha.  Bersungguh-sungguh menghadapinya. Anggap satu berjuangan membela maruah diri, bangsa dan negara. Kejayaan anda kejayaan bangsa. Kejayaan anda kejayaan negara. terus berusaha.

Mari kita buat ulangkaji.

Jadikan nota / latihan ini sebagai panduan.



Tema 10: Bab 2: Tingkatan 5



1          Apakah maksud Gerakan Islah?
F1        Gerakan mendorong masyarakat Melayu
F2        membetulkan pandangan terhadap Islam
F3        dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaludin
F4        dikenali sebagai Kaum Muda
F5        menggunakan akhbar al-Imam, Pengasuh, Saudara

2          Apakah saranan Kaum Muda untuk memajukan orang Melayu?
F1        menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
F2        menekankan pendidikan dunia dan akhirat
F3        mempelajari mata pelajaran Fardu Ain, Ilmu Hisab dan bahasa Inggeris
F4        menggalakan pendidikan untuk perempuan
F5        mengkritik penjajah
F6        mengkritik raja dan pembesar Melayu
F7        memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan social

3          Bagaimanakah Kaum Muda menyampaikan ideanya?
F1        menubuhkan madrasah
F2        menekankan pendidikan dunia dan akhirat
F3        peluang belajar kepada perempuan
F4        melalui akhbar al-Imam
F5        mengeluarkan buku dan risalah
F6        berdakwah

4          Jelaskan halangan yang dihadapi Kaum Muda dalam menyebarkan ideanya.
F1        ditentang Kaum Tua
F2        British turut menghalang
F3        negeri-Negeri Melayu mengeluarkan undang-undang
F4        tidak dibenarkan berdakwah tanpa kebenaran sultan
F5        risalah dan buku Kaum Muda disekat

Selamat belajar.  Semoga berjaya menggenggam A+ untuk subjek Sejarah.

Tuesday, September 4, 2012

Masa untuk Ulangkaji



PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012

JADUAL SPESIFIKASI ITEM (JSI)

...TUNGGU...

TEMA
BAB
TAJUK
CATATAN



TEMA 7
BAB 2


BAB 2




TEMA 8
BAB 5



BAB 8


TEMA 9





TEMA 10

BAB 2












TEMA 11


BAB 3









BAB 5





TEMA 12




PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012


Semua calon SPM

Sudahkah anda bersedia?








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersama Menghayati Sejarah